Aku melabuhkan punggung dikerusi kayu bersebelahan padang sekolah. Tudung aku yang sedikit senget akibat ditiup angin aku perbetulkan. Karipap baru aku beli tadi dikantin aku kunyah perlahan. Tidak mahu bergelojoh. Mata asyik sungguh memandang awan biru terbentang luas di atas sana. Cantik. Indah. Dua perkataan sahaja sudah cukup untuk menerangkan betapa indahnya awan itu.
Sedang asyik aku mengunyah, mataku tertangkap pada sebatang tubuh tangkas bermain bola keranjang dalam gelanggang basketball. Tinggi lampai. Bukan seorang atau dua namun sepuluh orang. Hanya tiga orang sahaja melayu dan yang lain semuanya berbangsa cina. Seketika anganku melayang apabila seseorang menepuk bahuku dari belakang lantas aku mengalihkan tubuh ke arah sang pemanggil.
" Kamelia kau ni selalu sangat melepak kat sini apa yang seronok sangat?" Sofea melabuhkan punggung dibangku berhadapan aku. Hal maklumlah disini memang ada bangku dua kerusi aje. Cukuplah untuk kami berdua bukannya kami membawa rombongan meminang abe cina tu.
Sofea Juwita. Sahabat aku sejak kami berusia 12 tahun, itupun sebab aku pindah ke sekolah rendahnya kalau tidak memang tak kenal la rasanya sampai sekarang. Sudahlah dia ini spesies susah mahu ajak bergaul, nampak tak kesusahan tu.
" Ramai orang sangat kat kantin tu, sesak pulaktu memang takla aku nak makan kat sana." Balas aku, sebelum karipap tinggal sedikit sahaja lagi kusumbat masuk dalam mulut. Ternganga terus Sofea jadinya. Aku tergelak kecil. Air anggur Sofea aku hirup beberapa kali sebelum kuberikan padanya semula.
" Dahla rembat air aku, ketuk kau kang." Pecah tawa aku.
Kami berdua melangkah masuk dalam kelas, disebabkan kelas kami paling bawah sekali jadinya tidak mengapalah jikalau kami membuat bising. Semua kelas jauh dari kami hanya kerana kami ini kelas sains tulen. Katanya harus menumpukan perhatian lebih dalam pelajaran tapi lain pula yang jadi. Nak contoh?
Tu lima ekor monyet dibelakang kelas, entah apa yang mereka sembangkan sehingga bunyi tawa mereka kedengaran. Nak lagi? Tu lagi lima ekor beruk tengah bergosip panas nampaknya sehinggakan termuncung muncung bibir mereka jadinya. Nampak tak betapa rancaknya semua bersembang. Ada ketua kelas tapi tak macam ada, ketua kelas pun sama sama naik.
Walaupun musim panas sekarang tapi disebabkan aku duduk dibawah kipas jadinya tak berapa panas sangatlah. Aku melentokkan kepala atas meja, mengantuk. Baru aku ingin melelapkan mata bunyi tapak kaki menapak masuk ke dalam kelas kedengaran dicuping telinga lantas kepala diangkat dari meja. Tempat duduk paling hujung sekali tepi tingkat tempat lelaki itu labuhkan punggung. Memang itu tempatnya. Air botol mineral diteguknya beberapa kali sebelum botol itu dia letakkan dibawah meja.
Handkerchief dalam poket seluar dia ambil, peluh kian menitik jatuh ke dahi dia lap. Itu sahajalah rutinnya, habis latihan basketball dia masuk ke kelas dan belajar. Kemudian pulang ke rumah esok pagi dia latihan basketball semula dan masuk ke kelas seperti biasa. Makan pun tidak. Aku pun tak faham la dia ni perut cap apa entah.
" Kamelia dah dah la tu tengok anak teruna orang cikgu masuk dah tu." Aku tersedar dari lamunan pantas aku berdiri mengucapkan salam pada cikgu Kimia.
•
" Sofea esok kita kimia masuk makmal ke?" Sofea tika itu sedang mengangkat kain jemuran mengalihkan tubuh menghadap aku.
" Haah kalau lambat takboleh masuk." Baju kemeja terletak hujung ampaian itu dicapainya sebelum dia berjalan menghampiri aku disebalik pagar sebelah. Baju dalam pelukkannya diperbetulkan. Banyak sungguh baju minah ni, padahal dia anak sulung.
" Jangan lambat esok subject chemistry awal pagi." Beritahu Sofea, suaranya ditekankan sedikit mungkin mahu mengingatkan aku takut jika aku terlewat lagi. Sebelum ini pun aku pernah terlewat juga namun disebabkan hanya lima minit lambat cikgu lepaskan aku masuk. Nasib baik.
" Baik boss." Usai itu dia meminta izin untuk ke dalam rumah, aku balas dengan anggukkan kepala. Lagipula hari dah nak senja, tak elok duduk diluar rumah. Tak bagus.
Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Hal maklumlah aku dan Sofea berjiran jadi mudahlah kami mahu berjumpa. Jalan tak sampai beberapa langkah pun dah tiba dirumah Sofea. Aku menuju ke ruangan dapur.
" Ibu esok kejut kamelia awal sikit, takut lambat pergi sekolah nanti." Tempat kosong bersebelahan ibu aku ambil. Nasi dicedok masuk ke atas pinggan. Sambal udang aku ambil, tidak dengan itu sambal ayam juga aku letakkan atas pingganku.
" Nanti ibu kejut bukannya nak bangun." Kata ibu, air yang baru dituang masuk tadi dia sisip perlahan. Pinggannya pun aku lihat sudah licin, laju benar ibu makan. Aku mencebik.
" Kejut aje ibu, kalau lambat esok kena denda." Aku menyuap masuk nasi dalam mulut.
Ibu menghiraukan kata kata aku, dia bangun dari kerusi menuju ke sinki lalu pinggan kotor itu dia basuh. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari dapur suara jeritan aku kedengaran bergema diruang dapur.
" IBU KEJUT TAU JANGAN LUPA." Sergah aku menyebabkan bahu ibu terhenjut. Terkejut mungkin.
" YA NARA KAMELIA YAALLAH." Terus pecah tawa aku melihat tingkah laku ibu kelam kabut. Terkejut betul la tu.
•
Aku berlari masuk ke makmal tapi belum sempat aku ingin melangkah melepasi pintu makmal tubuhku sudah ditahan dari luar. Ah sudah! Aku tersengih kambing. Semua orang aku lihat sudah menyusun barang untuk mulakan eksperimen. Aku tilik jam dipergelangan tangan, tepat pukul 7:45 pagi. Lambat.
" Maaf cikgu, saya lambat."
" Cikgu dah inform semalam siapa lambat tak dapat masuk, tunggulah awak kat luar tu." Cikgu Kamsah berlalu masuk dalam makmal semula. Terus pudar senyuman aku. Mahu tak mahu harus jugalah aku berdiri kat luar ni dua jam. Haih. Nasib.
Dah kejutkan awal pagi tadi aku tidur semula, entah kenapa mengantuk sangat tadi pagi. Padahal aku tidur awal semalam. Semua angkara syaitan durjana. Kalau tak aku dah bangun awal pagi tadi. Ish! Kaki aku dibawah sana bermain antara satu sama lain. Membosankan.
" Good morning cikgu, sorry I'm late." Lantas aku mengangkat kepala dari menekur lantai. Suara itu. Bibir tersungging senyum manis. Ada chance aku nak masuk ni. Lenguh dah kaki aku berdiri 15 minit.
" Awak pergi mana tadi?" Soal cikgu Kamsah, wajah aku dibelakang dia pandang sekilas sebelum dia memutarkan bebola mata. Tahu sangat dah. Dia anggukkan kepala pantas berdesup masuk aku ke dalam makmal. Sayang cikgu, muah!
" Tadi ada perjumpaan basketball." Cikgu Kamsah anggukkan kepala dia berikan laluan untuk Xiu WangWei dan kami berdua berdiri dihadapan makmal. Semua orang aku pandang sudah mempunyai kumpulan sendiri. Bagaimana dengan kami berdua?
" Kamu berdua satu group, yang lain semua dah cukup. Barang cikgu dah susunkan atas meja hujung sana maklumat semua ada cikgu berikan kelmarin buat macam tu."
Aku berjalan dihadapan manakala Xiu Wangwei dibelakang. Kerusi bersebelahan aku tempat dia labuhkan punggung. Okay dua dua awkward sekarang. Aku mengeluarkan buku nota kelmarin. Eksperimen 5.2. Macam susah aje.
" Dah boleh mula, sekarang." Suasana mula riuh rendah tapi tidak bagi aku dan Xiu WangWei. Kami berdua hanya diam.
" Saya buat awak tolong bagi bahan." Aku tolehkan kepala ke kiri. Kening terjongket sebelah. Aku bukan pandai sangat bab bab ni jadi aku hanya anggukkan kepala mendengar kata katanya.
YOU ARE READING
O G || His Love
Romance" awak memang pendiam ke ?" - Nurul Nara Kamelia Apabila Kamelia cuba mendekat dengan lelaki itu pantas sahaja lelaki itu mengelak. Tidak mahu berjumpa dengan Kamelia. Beribu soalan yang dilontarkan hanya sepatah yang dijawab. Tidak cuba untuk berko...