Kepala aku teleng kiri kanan mencari keberadaan seseorang.
Eh?
Sofea cakap dia masuk tapi mana? Dari tadi lagi belum nampak ke aku yang memang tak nampak? Gosh!
Sesaat..
"Tu pun!" Ujar aku ceria. Dah jumpa jodoh i guys of course la ceria. Siapa je yang sedih menangis bila jumpa jodoh dia? Tell me. Hoho perasan je dia jodoh kau kamel.
Hm..
Hujung baju Wangwei aku tarik dari belakang. Wangwei mengalihkan badan menghadap aku. Dia nampak hot at the same time nampak comel sebab prihatin terhadap saya yang manis ini, Ahak!
"Why Nara?" Aku mencelikkan mata. Kepala dilangutkan. Aku bakal membuat operation leher lepasni kalau setiap hari hadap Wangwei. Tinggi ngatngat!
"Ni air awak."
Botol air mineral bertukar tangan lantas Wangwei melabuhkan punggung di atas rumput padang.
"Okay thankyou Nara." Diteguk beberapa kali air. Sempatla aku mengerling wajahnya beberapa kali. Ish KENAPA KAU TAK DENGAN AKU JE WAHAI WANGWEI. Menangis hati ini biarlah diri yang tahu.
Aku setia berdiri menemani Wangwei namun ada suara seseorang dari belakang menyentakkan kami berdua.
"Kamel kau buat apa kat sini?"
"Aku dengan Wangwei." Aku menginjak sedikit kebelakang beri ruang pada Wafiy. Haih..
Kacau lain sungguh! Nak dating pun susoh semua salah Wafiy kepala udang ni! Wangwei hanya diam. Hanya mata memandang namun tidak bersuara.
"Oh jom ikut aku nak?" Wafiy membetulkan bajunya. Ajakkan wafiy aku balas dengan kerutan dahi. Nakpi mana pulak dah. Masalah sungguh!
"Ke mana?"
"Makan makan."
Automatik aku tersengih. Makanan siapa je yang reject. Orang gila pun tak reject makanan okay.
"Wow kau belanja ke?"
"Kau ni asyik aku je tapi takpe jom."
Wafiy berjalan diikuti aku namun hanya beberapa langkah baju aku pula yang ditarik menyebabkan aku tersentak kebelakang terlanggar badan seseorang. Dak lani apa masalah tarik tarik ni. Kalau minat tu habaq. Kita ejaih tepi. Adu.
"Nara follow aku makan. Kau pergi sana sendiri."
Okay aku blushing teruks tahap gaban dah sekarang ni. Why? Sebab jodoh aku tak bagi aku makan dengan lelaki lain! Boleh dipertimbangkan tak masa depan aku dengan dia? Hehe mesti kami bahagia AAAA seronoknye hidup.
Wafiy monyok.
"Alaa Wangwei bagi la aku pinjam awek kau kejap." Ujar Wafiy sengihan dibibir terukir.
Wangwei menggeleng. Aku pula melihat tangan Wangwei yang masih setia memegang erat bahagian belakang baju aku. Meroyan sat.
"Okay aku pergi." Wafiy menghela nafas. Panjang. Dia berlalu pergi. Mesti kawan kawan dia semua hilang entah kemana sebabtu la dia ajar aku makan. Kalau tak hm mampos la gayanya nak menunggu dia ajak. Bila bosan baru cari eh ketuk kang.
Setelah Wafiy hilang dari pandangan lantas Wangwei beralih ke arah aku. Menghadap Kamelia yang comel ini rawr.
"Awak nak makan apa?" Soal Wangwei. Namun aku masih dalam angan sendiri. Tak sedar langsung.
"Awak nak makan saya ke?" Soalan dibalas soalan. Tanpa sedar soalan aku memalukan diri sendiri.
"Hah?" Tertayang riak wajah terkejut pada Wangwei. Ah sudah! Bodohnye kau ni Kamelia. Dah kenapa dia nak makan kau tapi boleh je tapi MANA BOLEH DAHLA AKU MALU.
YOU ARE READING
O G || His Love
Romance" awak memang pendiam ke ?" - Nurul Nara Kamelia Apabila Kamelia cuba mendekat dengan lelaki itu pantas sahaja lelaki itu mengelak. Tidak mahu berjumpa dengan Kamelia. Beribu soalan yang dilontarkan hanya sepatah yang dijawab. Tidak cuba untuk berko...