Bab 3

824 103 2
                                    

" Wangwei tolong ajarkan bab 5 boleh?" Xiu Wangwei tika itu baru mahu melangkah ke tempatnya mengalihkan tubuh. Dia berjalan menghampiri aku lalu dia melutut bersebelahan meja, walaupun dia sudah menyamai paras kepala aku tapi disebabkan dia tinggi aku tetap harus langutkan kepala memandang tepat pada matanya. Memang seketul Xiu Wangwei ni tinggi ke?

" Which one?" Dia menatap kertas kerjaku, disebabkan kami akan menduduki peperiksaan terbesar dua hari lagi memang semua cikgu akan berikan semua kerja untuk diulang kaji. Tebalnya tidak terkata wahai anak anak, tebal kalah buku teks biologi. Banyak betul latihan.

" This." Jari telunjuk aku tujukan pada soalan nombor 25. Soalan tentang apakah itu Meiosis. Okay, ini subjek biologi tingkatan 4 bab 3. Tapi disebabkan aku ini seorang yang amat malas untuk menghafal serta membuat nota menyebabkan semua benda yang aku belajar di tingkatan 4 hilang ditelan zaman. Aku hanya boleh go dengan subjek Addmath aje. Itu pun sebab aku suka mengira. Mudah untuk aku susahkan otak sendiri. Aku pun tidak tahu mengapa.

Wangwei diam. Cukup lama sebelum dia membuka suara memecahkan kesunyian antara kami berdua.

" Meiosis salah satu kaedah pembiakan asekual yang berlaku dalam tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan zuriat yang dapat mewarisi ciri-ciri genetik daripada induk." Terangnya panjang lebar membuatkan aku terkelip kelip cuba menangkap maksud apa yang cuba dia sampaikan.

" Okay?" Aku gelengkan kepala sebelum bibirku tercebik. Sumpah aku tak faham, yaAllah menyesal pula tak belajar dari tahun lepas. Itulah kau Kamelia pemalas.

" Saya tak faham."

" Look, meiosis ini proses pembahagian sel sel pembiakan untuk hasilkan gamet gamet yang bilangan kromosom separuh haploid berbanding sel induknya diploid.

" Oh faham faham, lagi."

" Itu saja saya tahu." Dia mengangkat bahu sebelum mula bangun dari atas lantai. Seluar pada bahagian lutut sedikit kotor dia tepuk menghilangkan debu.

" Oh sel haploid dengan sel diploid tu apa?"

" Sel diploid itu sel yang ada dua set kromosom meanwhile sel yang ada satu set kromosom di dalamnya itu sel haploid."

" Oh faham dah, terima kasih." Wangwei hanya anggukkan kepala lalu berjalan pergi ke tempatnya semula.

Aku menghela nafas lega. Haraplah apa yang Wangwei tu terangkan dapat aku ingat, takut jikalau otak aku ini buat masalah tidak sampai lima belas minit semuanya hilang ditelan akal. Biasanya otak aku ini ada limit, terkadang paling lama aku dapat mengingati perkara yang aku hafal hanya 30 minit dan setelah itu semuanya lenyap bagai tiada apa yang berlaku.

" Oi kau kenapa ni berangan lagi?" Sofea menampar bahu aku menyentakkan aku dari lamunan. Dia labuhkan punggung atas kerusi kosong bersebelahan aku.

" Takla aku cuma terfikir macam mana nanti kalau semua dah habis sekolah, mesti kita tak jumpa dah kan." Dapat aku lihat kening Sofea sudah bertaut. Hairan mungkin dengan kata kataku. Iyala, tidak pernah aku membuka topik tentang perihal sekolah ini tiba tiba sahaja. Pelik.

" Tapi kita kan jiran still boleh meet." Aku anggukkan kepala mengiyakan kata kata Sofea. Betul juga apa yang dia katakan namun bukan itu apa yang aku mahukan sebagai jawapan. Suasana diantara kami berdua sunyi. Mata aku terus menerus memandang budak kecil sedang bermain dengan papan gelongsor bersama seorang kanak kanak perempuan. Comel.

Seketika mataku dikalihkan pada satu susuk tubuh berbasikal diseberang jalan. Mata aku kecilkan agar mudah untuk melihat, lama sehingga tangan aku naik menekup bibir. Peha Sofea kutampar menyebabkan dia terkejut.

" Apa kau ni?"

" Tu tu tu." Aku tunjukkan pada Sofea lelaki itu. Seketika dahinya berkerut.

" Wangwei?" Pantas kepala aku anggukkan. Jarang betul aku dapat melihat lelaki itu diluar kawasan sekolah bukan jarang tapi memang tak pernah jumpa. Lagipula dia bukan tinggal dikawasan perumahan aku. Memang susahlah mahu berjumpa atau terserempak. Maksudnya ini kali pertama la.

" Kau memang suka kat dia ke Kamel?" Aku kalihkan kepala menghadap Sofea.

" Sikit aje tak banyak pun." Sofea aku lihat sudah menghela nafas panjang. Tak puas hati mungkin. Dia memegang bahu aku dengan kedua belah tangannya, tubuhku ditarik menghadap dirinya. Kening aku ternaik sebelah.

" Jangan Kamel nanti kau yang sakit." Aku tersenyum kecil. Sofea...Sofea. Sudah seperti kakak dan adik aku lihat. Walaupun si Sofea ini anak tunggal namun aura kakak yang ada padanya menampakkan kematangan dirinya.

" Jangan risau Sofea, aku takkan lebih pada limit. Okay?" Ibu jari aku tayangkan padanya bersama senyum manis.

Wangwei melangkah keluar dari gelanggang basketball diikuti semua pemain bola keranjang yang lain. Hari ini sahaja mereka berlatih dari pagi hingga petang. Perlawanan antara daerah juga sudah habis, semuanya dah tamat. Sebulan sebelum SPM perlawanan dilancarkan. Kata cikgu mahu mereka semua fokus dalam pelajaran. Tapi kali ini mereka bermain mahu mengeluarkan peluh. Hal maklumlah sudah terbiasa bermain takkan mahu tinggalkan semua.

" Ni wei ming tian de kao shi zhun bei hao le ma?" (Kau dah ready untuk peperiksaan esok?) Wangwei meneguk beberapa kali air dalam botol mineral miliknya. Pernampakkan halkumnya bergerak gerak saat air mengalir masuk tertangkap elok oleh rakannya Tan Jia Jian. Mereka sambung melangkah keluar dari perkarangan kawasan itu.

" Ke keng." (Mungkin.) Balas Wangwei sepatah.

" Zhu ni hao yun." (Good luck) Tan Jian Jian berlalu pergi meninggalkan Wangwei dibelakang. Lagipula rumah mereka tidak sehaluan itu sebab harus berpisah di persimpangan.

Kaki panjang itu melangkah keluar dari kamar mandi menuju ke meja belajar. Seluar pendek tersarung elok pada tubuh bahagian bawahnya manakala bahagian atas tubuhnya tersarung elok sleeveless shirt berwarna putih. Baru dia ingin membuka helaian kertas kerja matematik tambahan cikgu berikan tadi di sekolah, seseorang menguak perlahan pintu biliknya dari luar menghentikan gerak tangannya.

" Ni bie wang le yao chi fan, mama xian shui jiao le." (Jangan lupa makan, mama tidur dulu.) Dahi Wangwei dikucup sayang oleh mamanya. Dia hanya balas dengan anggukkan sekilas sebelum bunyi derapan kaki mamanya hilang dari pendengaran.

Aku menyiapkan latihan baru sahaja diberi oleh cikgu petang tadi, hal maklumlah esok sudah menduduki peperiksaan besar. Semua orang akan sibuk dengan mengulangkaji pelajaran yang lepas. Takut benar aku. Sudahlah aku ini sejenis yang malas belajar. See, latihan ni pun aku buat sejak pulang sekolah tadi hingga sekarang belum lagi siap. Entah bila aku akan dapat menjawab soalan ini pun aku tidak tahu. Aku mengeluh perlahan.

" Susahnya." Aku mengeluh lagi. Jari aku bermain dengan batang pen dalam pegangan. Bosan betul. Mahu keluar tapi sekarang tepat jam pukul 9 malam. Awal lagi. Walaupun kedai tidak jauh dari kawasan rumah aku tapi disebabkan aku seorang yang amat amat amat malas untuk keluar memang takkan keluar. Kenapalah aku ni pemalas.

Aku baringkan tubuh atas katil. Kejap lagilah aku sambung kembali. Mengantuk pula rasa. Aku menatap syiling putih dalam bilik, seketika kantuk mata terasa berat dan dengan selamat aku mendarat masuk ke alam mimpi.

O G || His LoveWhere stories live. Discover now