Bab 6

421 45 0
                                    

Aqil berdiri dihadapan pintu kelas. Bibir terukir senyum gembira. Semua masih sibuk bertukar cerita. Entah apa yang digosipkan. Bantai gelak aje.

"Geng!" jeritnya lantang. Semua berpaling ke arahnya.

"Kenapa kau ni?" Aqish bangun dari duduk. Roti disuap masuk dalam mulut. Apa masalah si Aqil ni kacau honeymoon aku nak rehat. Hak elah!

"Jom follow aku." Semua dahi berkerut. Pelik.

"Nakgi mana pula kau ni Aqil? Alright tak alright ni?"

"Aaa jom ler, cepatlah!"

Wangwei berjalan keluar. Diikuti satu kelas. Semuanya membontoti Wangwei meninggalkan Aqil dibelakang terngiang ngiang keseorangan.

Aqil menggaru dagu. Aku rasa aku yang panggil diorang. Apa pasal diorang ikut si budak Wangwei tu? Pelik bin hairan. Lantak la. Asalkan semua keluar.

Sampai depan pintu dewan semua berhenti mendadak. Ada yang sampai berlanggar dengan orang depan akibat hentian yang tidak terduga.

"Woi nak berhenti bagi ah signal."

"HAHAHA sorry la Aqish dah Wangwei berhenti kami stop ah." Liana tergelak besar melihat wajah cemburut Aqish. Bukan sahaja Liana, hampir sekelas ketawakan Aqish. Makin monyok la budak tu.

"Awat kita duk luaq ni? Masukla dewan aduh aku panaih ni, ada aircond punya dalam takmau masuk." Farhan mengibas wajahnya ala ala gadis diva. Hangat sungguh noh!

Satu kelas memberi anggukkan. Ya takya juga kata kata Farhan tu. Dengan pelat kedahnya. Ish! Pekat naw!

"Sabar la kalut betul." Aqil jalan laju dari belakang. Dia membuka pintu dewan, setelah semua masuk lantas pintu itu ditutup kembali.

Semua hairan. Mahu berpandangan antara satu sama lain namun tak terlihat. Kerana?

Gelap!

"KENAPA GELAP NI WOI!"

"SAPADIA PULAK BUAT KEJUTAN TENGAH MATAHARI RAMBANG NI!"

"1-" Suara Aqil kedengaran sambil mengira.

"2"

"3"

Lampu kembali terbuka. Semua terkesima. Terdiam sendiri.

Dewan dihiasi dengan banyak benda. Belon tergantung. Kek di atas meja. Riben melingkari sekeliling dewan. Makanan penuh atas meja. Semua ada. Sudahlah warna pink!

"So, ni semua aku dengan Wangwei yang buat." Aqil menarik Wangwei. Lengannya dilingkarkan pada bahu Wangwei. Sama tinggi.

Wangwei hanya balas dengan anggukkan sekilas.

"Serious ah Aqil? Berdua ja buat semua ni?" Aku terkejut juga. Mana taknya, kalau nak hias semua ni makan masa juga tau. Lagipula tadi bukankah aku dengan Wangwei.

Patutlah si Wangwei ni takbagi masuk. Ada surprise rupanya. Hm. Nasib badan.

"Haah unbelievable!" Jerit Iliana. Suka! Suka sebab ada banyak food. I like!

"Takyah unbelievable sangat aih enjoy laa." Aqil meniru pelat kedah Farhan. Semua tergelak besar.

Semua tunggu apa lagi? Melahap la. Takda maknanya nak terkejut lama lama. Baik makan dari terkejut. Kenyang pun kenyang. Banyak pula tu makanan. Rajin betul budak berdua tu hias semua.

Aku mengambil sepotong kek cheese atas meja sebelum tempat duduk kosong bersebelahan meja tempat aku labuhkan punggung.

Sofea? Dia masih dalam awangan. Seronok sangat budak tu. Meninggalkan aku sendiri. Huhu.

O G || His LoveWhere stories live. Discover now