Bab 2

917 105 8
                                    

Kami semua berpusu pusu keluar dari makmal, tergopoh gapah aku berlari mengejar langkah Wangwei laju betul lelaki ini berjalan. Jalan tapi macam berlari, haih. Aku menarik hujung bajunya mengarahkan dia agar memperlahankan langkah kaki. Dia mula memperlahankan langkahnya jadi aku jalan bersebelahan dirinya menampakkan ketinggian aku yang hanya separas dadanya.

" Thank you Wangwei." Ucap aku setelah aku menghirup udara baharu. Tadi tercungap cungap sekarang tidak lagi. Terhenti langkah kaki Wangwei daripada terus berjalan. Dia berdiri tegak menghadap aku.

" For?"

" Tolong eksperimen tadi kalau awak takda tadi rasanya tak siap eksperimen tu." Wangwei hanya anggukkan kepala sekilas lalu dia berjalan meninggalkan aku di belakang keseorangan. Aku mengangkat bahu, malas. Lalu berjalan mengikut langkah kakinya.

Aku meletakkan kepala atas meja baru ingin melelapkan mata bunyi suara orang ramai menerombos masuk ke gegendang telinga membatalkan niatku. Seketika sekumpulan pengawas beratur dihadapan kelas aku dan semuanya lelaki. Alis milikku terbaik sebelah, buat rombongan meminang ke? Padahal semua jantan jantan ni classmmate aku pandai betul spesies terancam semua ni berlakon.

" Cikgu datang cikgu datang duduk." Semua berterabur duduk di tempat masing masing. Maklumlah sekarang waktu fizik, cikgu garang. Siapa aje berani. Usai memberi salam kami semua duduk kembali.

" Cikgu nak cakap sikit." Suasana bertukar hening. Hanya bunyi kipas berpusing sahaja kedengaran. Sofea disebelah sudah bermain dengan jarinya sendiri. Tabiat. Aku kembali menoleh ke depan menghadap cikgu Fizik.

" Minggu depan kamu semua akan menduduki peperiksaan besar iaitu SPM saya harap kamu semua dapat menjawab soalan soalan itu dengan mudah. Jangan anggap bahawa exam ini hanya hal yang remeh. Faham?"

" Faham cikgu." Semua sebulat suara berkata. Lagi sebulan sahaja kami sekolah dan semua mengikut haluan masing masing.

" Pastikan ulangkaji pelajaran jangan asyik sangat nak main nanti dah lepas semua benda tu nak main main lah. Jangan lupa pesan cikgu." Kami semua balas dengan anggukkan kata katanya.

Bagaimanalah hidup aku nanti, berjauhan dengan rakan sendiri dengan si sofea ngokngek. Nasiblah kami hanya berjiran mudahlah aku untuk bertemu dengannya. Tapi bagaimana pula aku mahu bertemu dengan si cina itu? Aku pusing sekilas ke belakang melihat Wangwei. Dia hanya sibuk dengan kerjanya. Aku pun tak faham dengan dia ni entah apa yang sibuk sangat pun aku tidak tahu hinggakan semua orang pun dia tidak bercakap. Jikalau ada orang cuba untuk ajak berbual dia akan balas dengan anggukkan atau gelengan sahaja. Pendiam budak ni.

Cikgu melangkah keluar dari kelas setelah satu jam setengah mengajar kami, alhamdulillah tak masuk otak. Aku tak tahulah otak aku ni kenapa, kadang kena ulang ulang baru faham kalau tak tu memang bodoh sampai ke sudah. Haih.

" Sofea aku nak pergi dekat Wangwei, tataa." Sofea hanya balas dengan anggukkan sekilas.

Aku menghampiri meja lelaki itu kerusi kosong berhadapannya tempat aku labuhkan punggung. Aku pusingkan tubuh menghadap dirinya. Dia masih fokus dengan kerjanya. Rasa tadi cikgu bagi kerja sikit sahaja ini dah macam bertimbun timbun aje. Pelik betul.

" Wangwei awak buat apa?" Soal aku apabila kami berdua diam tidak bersuara. Wangwei mengangkat kepala dari terus menatap kertas kerjanya. Kening terletak elok pada wajah kacak itu ternaik sebelah.

" Study." Balasnya sepatah manakala aku hanya mengohkan sahaja. Rajin sungguh dia ni ulangkaji kalau aku memang ikut mood. Dah kalau tiada mood tu memang tak sentuh dah. Senang cakap aku ni pemalas itu aje.

Aku menarik sehelai kertas yang berada dibawah kotak penselnya, setiap isi yang tertulis pada kertas itu aku baca satu persatu. Mataku terhenti pada ayat bawah sekali dimana tertulis soalan 'nyatakan tujuan teras besi berlamina dalam transformer." Aku menggaru kening tidak gatal. Memanglah bab ini baru sahaja habis dua minggu lepas tapi otak aku tak ingat.

" Wangwei." Seruku membuatkan dia mengangkat kepala menatap aku kembali.

" Hm?"

" Apa jawapan ni?" Soalan itu kutayangkan padanya hanya sesaat dia berikan jawapan padaku.

" Untuk mengurangkan arus pusar." Jawabnya tanpa ragu. Aku menggaru kening tidak gatal. Ada belajar ke pasal bab ni? Bila eh? Tak kot? Kan?

" Kita ada belajar ke bab ni?"

" Ya." Itu sahaja balasannya padaku lalu dia kembali fokus pada kerjanya. Aku mencebik. Lelaki ni memang balas sepatah sepatah je. Kena ada hati yang kental untuk mencuri hatinya eh untuk bersembang dengan dia. Ha tu maksud aku jangan salah faham. Aku pulangkan semula kerta itu padanya.

Suasana kembali sunyi antara kami berdua, walaupun semua orang sedang rancak bersembang tika ini namun apabila duduk bersama dengan Wangwei suasana akan bertukar hening. Diam aje budak ni. Mana taknya memang sunyi lah. Aku menongkat dagu atas mejanya, bosan. Aku memang selalu kacau dia entah kenapa. Lagipula dalam kelas ini aku sahaja yang suka bersembang dengannya walau sebaliknya dia hanya layan mahu tak mahu. Tapi dia balas juga pertanyaan aku, orang lain cuba bercakap dengan dia pun tidak dilayan. Ghosting.

Pedih.

" Awak memang pendiam ke atau awak memang taknak cakap dengan saya?" Soal aku tiba tiba, terhenti tangannya daripada terus menulis.

" Saya nak pergi tandas." Dia bangun dari kerusi dan terus mengorak langkah keluar dari kelas. Aku? Terdiam seribu bahasa. Dia memang suka elakkan diri daripada semua orang ke?

" Kamelia kau ada hati dengan si cina basketball tu ke?" Soalan yang dilontar keluar dari bibir Sofea membuatkan aku tertawa besar. Cina basketball? YaAllah Sofea. Jahat betul kau eh.

" Nama dia Xiu Wangwei la bukan si cina basketball."

" Dah dia main basketball aku cakap aje la basketball." Sofea mencebik. Tidak mahu mengalah. Inilah Sofea, memang spesies taknak mengalah. Kadang aku rasa nak lesing juga kepala dia ni. Degil betul.

Suasana kami bertukar hening. Hanya langkah kaki kami sahaja kedengaran, hal maklumlah sudah sampai waktu pulang. Memanglah. Selalunya kami berdua akan berjalan kaki pulang ke rumah. Rumah kami pun tidak berada jauh dari kawasan sekolah, jadi mudahlah. Lagipun ramai lagi budak sekolah aku yang pulang dengan berjalan kaki.

" Aku tanya kau ni." Sofea merengus kasar.

" Apa?"

" Kau ada hati dengan mamat cina tu ke?"Buat kali kedua dia menyoal soalan yang sama. Bagaimana mahu katakan? Aku macam ada hati tapi tak tapi ya. Ha gitula kira kira.

" Kenapa kau tanya?"

" Dah kau rapat dengan dia lain macam, dia tu dahlah spesies palau orang geram gila aku. Nasib baik bukan aku seorang yang kena."

" Oh faham faham"

" And kau jangan nak tercatch feeling dengan dia."

" Kenapa pula tak boleh?"

" Ha betul la kau ada hati dengan dia, orang cina ni susah Kamelia lagi lagi kita ni islam diorang tak pandang sangat. Memanglah ada setengah suka ada setengah yang tak suka. Mana tahu mamat cina basketball tu memang takkan terbuka hati untuk islamik girl macam mana? Kalau dia nak tu kira rezeki engkau la. Jadi conclusion nya disini jangan letakkan harapan tinggi sangat nanti kita sendiri yang sakit. Gitu." Terang Sofea panjang lebar. Terangguk angguk kepala aku mendengar kata katanya. Panjang betul.

" Takkan punya meh. Chill."

O G || His LoveWhere stories live. Discover now