Bab 4

780 103 1
                                    

Kami semua mengorak langkah keluar dari dewan peperiksaan, Sofea sudah berada di depan katanya mahu ke tandas. Sakit perut. Aku berjalan turun dari tangga, hal maklumlah dewan peperiksaan tingkat atas sekali manakala kelas kami bawah dan paling hujung. Harus jugalah aku gunakan tenaga, masuk kelas nanti mesti tercungap cungap.

Wangwei aku lihat dengan dunianya sendiri, keseorangan. Terkadang tertanya juga aku dia ini memang suka bersendirian ke? Mahu taknya ada sahaja lelaki dalam kelas aku ajak berbual dia hanya anggukkan kepala apabila mereka sudah membuka topik untuk dibual dia hanya mendengar tanpa mahu membuka suara. Apakah? Mungkin dia memang begitu. Biarkanlah.

Aku tanpa banyak kata terus menghampiri Wangwei, kotak pensel dalam pegangan aku perbetulkan agar tidak jatuh. Masuk kali ini dan tahun ini sudah tiga kali kotak pensel aku hilang. Ibu pun dah penat mahu belikan yang baru jikalau beli hadaplah aku dengan bebelan dia tiga hari dua malam. Itu pun belum tentu sudah habis mungkin ada lagi esoktu. Aku taubat.

" Hey Wangwei, how exam? Okay ke?" Soal aku, dia kalih ke arah aku sebelum dia kembali menghadap jalan. Kaki panjang itu sambung melangkah.

" Okay." Itu sahaja balasannya padaku. Tapi bagi aku itu sudah biasa sudah masak sangat dengan perangai sepatah lelaki ini. Tidak mengapalah.

" Esok exam Fizik awak dah ready?" Baru aku ingat bahawa esok hari akhir kami menduduki peperiksaan. Physics paper paling akhir sekali dan semuanya tamat. Pejam celik pejam celik sudah sampai kami ke penghujung zaman persekolahan. Mahu sahaja aku undurkan masa kembali di mana masa kali pertama kami kenal tapi apakan daya.

" Ya." Dan itu sahaja ayat yang keluar dari bibir merah merekah miliknya. Suasana antara kami berdua kembali sunyi. Hanya bunyi derapan kaki kami berdua kedengaran maklumlah kami paling depan sekali manakala lain semua masih di belakang.

Baru aku ingin melangkah masuk ke dalam kelas ada seseorang melanggar belakang badanku dari belakang hampir sahaja aku terjatuh namun ada tangan lain yang mencengkam erat bahagian lenganku. Setelah aku menstabilkan semula diri, kepala aku kalihkan kesebelah. Wangwei. Bibir terukir senyum lebar. Mahu sahaja aku jerit disini! ARGH!

" Walk properly." Kata Wangwei, wajahnya berubah seratus peratus. Marah mungkin. Budak itu anggukkan kepala sebelum dia bergerak pergi meninggalkan aku. Wah! Buat pertama kalinya abe cina marah. ARGH! Nak jerit boleh tak? Ala boleh la. Aaaa!

Wangwei melepaskan rangkulan tangannya pada lengan aku sebelum dia melangkah masuk dalam kelas meninggalkan aku keseorangan di hadapan pintu kelas. Melting teruks. Sudah! Ana tidak mahu dengar lagi! Cukup! Leave me alone!.

" Sofea, esok last paper." Aku menggigit roti coklat, air milo kotak dalam pegangan aku hirup. Sofea pula sudah habis rotinya dia makan. Cepat betul perempuan ni makan, padahal plastik roti baru sahaja dikoyak. Telan laju betul.

" Haah dahlah Fizik aduh susah betul." Sofea merengus kasar. Air milo kotak telah kosong dia penyekkan sebelum dilempar masuk dalam tong sampah. Suasana tadi riuh rendah telah berkurangan, semua mula naik masuk ke dalam kelas. Masa rehat pun sudah habis. Cepat sungguh masa berjalan.

" Makan cepat Kamel, waktu rehat dah habis ni."

" Xiu Wangwei!" Suara jeritan aku kuat menyebabkan orang ramai turut mengalihkan kepala melihat aku. Aku tersengih janggal. Malu! Cepat cepat aku berlari ke arah Wangwei. Setelah aku betul betul berada disebelahnya baru dia meneruskan langkah kaki keluar dari kawasan sekolah.

" Wangwei." Seruku perlahan, namun tidak dibalas. Mungkin dia tidak dengar.

" Wangwei- Xiu Wangwei." Baru dia kalihkan kepala membalas tatapan mataku, kening aku bertaut geram. Sudahlah panas, Sofea pun sudah pulang awal lagi. Katanya ayahnya datang ambil. Maka tinggallah aku keseorangan membawa diri.

" Awak ni pekak ke?" Soal aku geram. Keningnya ternaik sebelah. Sudahlah lelaki ini tinggi bagaikan tiang lampu, aku pula hanya paras dadanya terpaksalah aku langutkan kepala untuk melihat wajahnya. Lenguh leher aku kalau selalu sangat memandang wajahnya.

" Why?"

" Saya nak tanya." Aku meneruskan langkah kaki keluar dari pagar sekolah. Disebabkan laluan aku dan laluan rumahnya sama jadinya memang sehaluanlah kami. Cumanya dia akan masuk ke simpang kanan manakala rumah aku ke simpang kiri. Itu sahaja perbezaannya.

" Hm."

" Awak memang pendiam ke?" Soalku tiba tiba mahu membuka topik baharu. Lagipun mahu ke simpang dua lambat lagi jadi jikalau diam pun tak seronok harus jugalah aku membuka topik untuk berbual. Mahu harapkan si basketball ini hm lambert lagi jawabnya.

" Hm." Itu sahaja balasannya pada soalan yang aku berikan. Aku merengus kasar. Kali ini memang aku sakit hati betul dengan si abe cina ni. Aku tak tahulah kenapa tapi mungkin keadaan cuaca panas sama. Itu yang panas hati semacam.

" Awak ni membosankanlah." Terus langkah kaki dilajukan. Siapa sahaja tidak sakit hati jikalau orang hanya balas sepatah apabila kita cuba untuk ajak bersembang. Ingat senang ke mahu mencari topik untuk dibual. Susah tau. Aku meninggalkan dia dibelakang belum sempat aku ingin melepasi tong sampah bersebelahan aku, beg aku rasa seperti tertarik oleh seseorang dari belakang. Terus terhenti langkah kakiku. Dahi aku berkerut geram. Hairan. Sakit hati. Semua ada. Sudahlah panas ada pula orang main tarik tarik tepi jalan ni. Haih.

" Why nara?" Suara itu, lantas kepala aku pusingkan kebelakang. Wangwei? Eh, rajin pula dia sebut nama aku. Sebelum ini mana pernah dia memanggil nama orang. Memang tak pernah langsung. Orang yang sebut namanya adalah. Dasar berat mulut. Heh.

" Saya panas la, awak tarik beg saya kenapa?" Tangan aku lipatkan ke dada sempat aku berikan jelingan sekilas padanya. Geram. Wangwei mengangkat buku teks dalam pegangannya lalu dia menutup cahaya matahari yang menyinar mengenai wajahku, ha takla berapa panas sangat. Aku langutkan kepala menghadapnya.

" Awak lindung saya dengan buku tu dah kenapa?" Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu. Aku mencebik. Dasar punya tiang elektrik.

" Malaslah saya layan awak, heh."

Aku rebahkan badan atas katil, letih. Tidak tahu mengapa walhal hanya mengemas bilik sahaja. Belum lagi ulangkaji pelajaran untuk esok. Aah! malasnya. Tiada mood pula mahu ulangkaji tapi jikalau aku tidak nengulanglaji pelajaran, susah pula mahu menjawab esok. Tapi kita tidur ja sekarang, nanti malam kita study. Ha! Pandai kamel! Tidur.


Suasana kelas bertukar hening. Semua wajah tertayang riak wajah murung. Bukan apa tapi soalan Fizik tadi sumpah susah betul. Aku pun tinggal beberapa soalan hanya disebabkan tidak tahu apa yang cuba soalan itu sampaikan. Repeat lima enam kali pun dia masih lagi tergantung. Aku hampir sahaja menangis dalam dewan tadi nasib aku tahan sahaja.

" Aku rasa exam ni aku banyak fail la." Sofea mengeluh perlahan, dia menjatuhkan kepala ke atas meja.

" Soalan macam apa lagi, hancur otak aku." Khai bersuara, dia melabuhkan punggung depan meja aku. Aku sangkakan dia seorang sahaja aku duduk disini namun hampir satu kelas menarik kerusi lalu tempat bersebelahan serta belakang aku tempat mereka labuhkan punggung. Aku dan Sofea dikelilingi oleh semua orang. Mungkin kami tengah kipas, sejuk sikit. Sekarang musim panas. Hangat yakmat.

" Bukan otak kau aje otak aku pun sama." Aku melentokkan kepala atas bahu Iliana. Siapa suruh duduk sebelah aku, nasib padan.

Asyik kami bersembang tanpa sedar aku rasa seperti kekurangan orang. Mataku melilau lihat sekeliling, haah la! Mana budak tu.

" Mana Wangwei?" Soal aku, mata kukalihkan kebelakang dimana tempat duduknya berada. Tiada orang tetapi dia masuk ke kelas tadi. Kenapa tiada?

" Dia pergi tandas rasanya." Wafiy bersuara buat pertama kalinya untuk hari ini. Kalau tak dialah yang paling meriah sekali tapi hari ini diam aje budak ni. Stress la tu.

" Oh patutlah pun."

O G || His LoveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang