Sofea berjalan terus ke arah aku yang tika ini duduk atas kerusi kanten sekolah. Buat apa lagi rehatlah. Sangat! Amat! Terlalu! Penat! Ye anak anakku sekalian. Main bola jaring habis terbalik semua atas padang. Kasar bebenor mainnya. Hukaloh.
"Kamel ni air kau." Sofea melabuhkan punggung sebelah aku sempat aku dengar keluhan darinya. Letih betul tu. Haih Sofea..Sofea.
"Two days more to go before kita habis sekolah. Kalau tak sekarang mesti cikgu Haflan bebel sebab kerja sekolah taksiap sekarang dia diam je."
"Kau ni apeke bengap sangat, kita dah habis exam yang dia nak bebel lagi buat gapo. Bukannya belajar dah kitani." Aku tersengih sumbing mendengar kata Sofea.
Bongok betul kau ni Kamel kan dah makan berpatah patah bebelan Sofea. Aku menggaru kening. Tersengih sendiri.
Aku mengayunkan kaki sambil minum air kotak milo. Hal maklumlah, kitani nak cakap tinggi takla tinggi mana nak cakap pendek hmm takla pendek mana tapi cukupla nak sepak orang.
"Nanti aku rindu kau si kakmel cukcam." Aku jegil mata pada Sofea.
Eh ikut suka je panggil orang cukcam. Pijak kang.
"Nanti aku rindu cinta hati aku." Aku tersenyum. Auch! Tidak ku sangka sweet juga aku ni.
"Siapa cinta hati kau? Laku ke kau ni?"
"Eh takguna betul perempuan ni." Aku menampar kuat lengan Sofea. Terbahak bahak dia lepaskan tawa. Bolehlah suara gelak tawa dia tu dengar sampai dewan. Kuat betoi!
"HAHAHAHAHAHA tak aku tanya je." Aku pincingkan mata tepat padanya sebelum aku sambung minum.
Sofea menanti kata kataku seterusnya. Aku? Watderk je. Lantak kau la joyah, hang dah kata kata kat aku sampai aku pun tak terkata kata sampai kata kata aku tu takmau keluaq nak kata dah. Haa tuihhh.
Kata hati aku terhenti apabila Sofea membuka suara.
"Oh aku tahu siapa, si anak cina tu kan? Aku tahu aaa fuhlamak padu tak aku? Kau tak bagitahu pun aku tahu sebab apa? Sebab aku ironman yang menyelamatkan dunia!" Bersama gaya ironmannya, dia nangun dari kerusi.
Habis menjadi tontonan ramai. Habislah aib ku. Ada yang tergelak melihat Sofea.
Aku menarik lengan Sofea, sempat aku memijak kasutnya untuk melihat sekeliling. "Eh bendul kau duduk balik jangan nak malukan aku."
Sofea melihat suasana kantin, sebelum dia tergelak kuat. Dia malu tapi benda dah gelak enjoy jela. Aku menepuk dahi kuat. YaAllah tolonglah hambamu ini yaAllah.
"Wangwei, free ke?" Soal Aqil. Sempat dia mengerling sekeliling kelas. Mencari keberadaan seseorang namun hampa, tiada.
Siapa lagi kalau bukan Wafiy. Entah hilang mana budak bertuah tu.
Wangwei membalas tatapan Aqil bersama pandangan pelik. Apekehenye sibudak Aqil ni.
"Ya kenapa?"
"Jom ikut aku."
Belum sempat Wangwei membalas tangannya sudah disambar Aqil. Terus mereka berlari keluar dari kelas. Wangwei? Redha.
"Okay Wangwei kau tolong je aku buat, aku nak buat something." Aqil mengeluarkan semua isi dalam kotak. Lagi Wangwei pelik semua barang dalam kotak tu warna pink. Sempat dia kerling ke arah Aqil.
Pondan ke?
"Kau nak buat apa?" Soal Wangwei bersama kerutan didahi. Mahu tak peliknya barang ni semua macam nak sambut birthday ja. Bendul ke budakni?
"Adelee kau teman je aku."
"Hm."
Wangwei merebahkan badan atas lantai beralaskan tikar. Dia menyelak rambut ke belakang menampakkan dahi putih bersihnya.
YOU ARE READING
O G || His Love
Romance" awak memang pendiam ke ?" - Nurul Nara Kamelia Apabila Kamelia cuba mendekat dengan lelaki itu pantas sahaja lelaki itu mengelak. Tidak mahu berjumpa dengan Kamelia. Beribu soalan yang dilontarkan hanya sepatah yang dijawab. Tidak cuba untuk berko...