#12 Ratu

17 1 0
                                    

Selepas itu,
aku bukan lagi yang kau kenali dulu,
kau juga berubah menurut waktu,
yang berlaku telah berlalu,
walaupun terpahat memori di situ.

Selepas itu,
rajuk rasa menjamah pilu,
rentak hati tarinya tak menentu,
bahasa jiwa ungkapannya kelu,
biarpun atma kita telah menyatu.

Selepas itu,
aku berdaya menahan seperti selalu,
kau pula megah berdiri teguh begitu,
semakin tahu kerana perlu,
sekalipun puncaknya akulah ratu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Buai Laju-laju - Kamelia AmaniWhere stories live. Discover now