Kadang-kadang
Tawa...
tak bermakna kau bahagia
mungkin hanya sekadar pembalut
hati nan luka.Kadang-kadang
Tangis...
tak bermakna kau derita
saat terharu bahagia
air mata turun laju tak terasa.Tawa dan tangis..
punya seribu satu makna
yang hanya kau faham
maksudnya kerana apa..
antara kemanisan dan kepahitan
menyusuri liku-liku hidupmu
dihimpit duri atau dipayung pelangi.Antara tawa dan tangis itu..
percayalah..
masih ada kau dan aku..
di situ.
YOU ARE READING
Buai Laju-laju - Kamelia Amani
PoetryTia cuba.... Nak kata berbakat tu.. tak berani.. Tapi... iyalah... Tak salah mencuba.. Kalau elok.. eloklah.. Kalau buruk.. oh pity me... 😞😢