Nazifa Razif Part 2

4 0 0
                                    

PINTU kelas aku buka dengan wajah penuh kemurungan. Boleh pula ada kelas pukul 8 pagi macam ni! Aku baru saja nak melepaskan lelah. Aku penat bersengkang kata semalam semata-mata untuk menonton drama kegemaranku!

Nasib baik jarum jam baru menginjak ke angka 7. Jadi, aku ada satu jam lagi untuk melentokkan kepala di atas meja!

“Azif, awal kau datang harini?”

Terkejut aku. Siapa pula yang menyapa aku ni? Oh, Waheeda rupanya. Dia ni, pelajar harapan lah kiranya. Dia pandai, bukannya macam aku ni.

Kalau nak harapkan aku siapkan assignment seorang diri, memang menangis di tepi bucu katil lah jawabnya! Dia lah yang tolong aku siapkan assignment. Bukan tolong bagi tiru, tolong mengajar mana yang patut. Jangan samakan dua benda ni, okay?

Kalau dalam kumpulan, dia paling banyak menyumbang bakti. Dia lah yang tolong kami membuat kerja sehingga siap! Aku gembira dan bersyukur mempunyai kawan yang prihatin sepertinya.

“Ya ke? Aku rasa aku terlebih excited kot untuk kelas pagi ni. Biasanya Prof buat kelas waktu petang. Hehe,” balasku sambil meletakkan beg di atas kerusi. Nampak gayanya, aku tidak akan mampu untuk melelapkan mata sekiranya ada Waheeda dalam kelas ni.

“Oh, kau ada dengar cerita tak?” duga Waheeda. Laju sahaja aku menggelengkan kepala. Memang aku jarang dengar gosip yang pelajar-pelajar lain sampaikan. Apa salahnya aku dengar sekali-sekala, kan?

“Cerita pasal apa ni? Kalau tentang Pak Tam, tukang kebun tu, tak mahu lah!” tolakku awal-awal.

Biasanya, lelaki miang macam Pak Tam tu, tidak layak dijadikan bahan gosip! Sudahlah mempunyai 4 isteri. Mahu bernikah dengan pelajar di kolej ini pula! Mana dia mahu campak pelajar tu? Tak mungkin bini kelima pula! Seram betul aku apabila memikirkannya. Lebih baik aku lupakan saja tentang dia!

“Ish, bukan pasal dia lah! Aku ada berita sensasi. Ada lelaki nak masuk kelas ni. Nampak hensem juga tau,” beritahu Waheeda. Aku pantas sahaja mengerutkan dahi.

“Hensem? Mana kau tahu? Kau dah usya dia dulu ke? Muka dia ada mirip pelakon Bollywood tak?”

“Ish, merepek aje lah kau ni! Aku ada terserempak dengan dia kat depan pejabat tadi! Dia memang masuk kelas ni. Nampak gaya macam anak orang kaya. Cuba lah masuk line, Azif!”

Gila! Ini semua kerja gila! Kenapa aku pula kena try mamat tu? Kalau muka dia kena dengan selera aku, tak apa lah juga! Buatnya muka yang Waheeda kata ‘hensem’ tu sebenarnya macam plastik sampah, lebih baik tak payah!

Sekejap, memang kami berdua je ke dalam kelas ni? Mana yang lain? Tak kan mereka sampai lambat pula?

“Kau rasa pelik ke, kenapa ada kita berdua je dalam ni?” soal Waheeda sambil melihat ke arah skrin telefonnya.

Wah, dia faham bahasa hati aku. Baguslah macam tu! Aku pantas menganggukkan kepala.

“Sebab kita dah salah kelas! Kelas patutnya kat tingkat 4. So, jom cepat!” Waheeda menarik tanganku untuk mengikut langkahnya.

Aku tersenyum, menyembunyikan tawaku. Nasib baik tak ada orang dalam kelas ni. Kalau tidak, buat malu sahaja!

Yang kelakarnya, pelajar harapan pun boleh tersilap kelas. Aduhai!








AKU menarik nafas lega kerana sampai ke dalam kelas tepat pada waktunya. Kalau bukan disebabkan Waheeda, pasti kami akan terlewat ke kelas.

Jam menunjukkan pukul 7:50 pagi! Nasib baik, nasib baik! Aku duduk di antara Rais dan Sarah.

“Kau pergi mana, babe? Asal lambat sangat datang kelas? Kau sesat ke?” tanya Sarah.

“Haah, selalunya kau awal. Waheeda pun terlewat juga?” Rais pula menanya. Aku tidak sempat mahu memberitahu perkara yang terjadi tadi, pintu kelas terbuka dari luar.

Aku tercengang apabila terlihat wajah lelaki yang menyapa ruangan mataku. Tidak mungkin, mustahil!

“Kau lagi?!” Ya, kami berkata dengan serentak. Sama rentak, sama irama, sama melodi!

Aku jumpa dengan mamat ‘Azif’ ni lagi! Argh, tak guna betul! Kenapa nama dia sama dengan aku?









KEJADIAN semalam aku lupakan buat seketika. Kerana mamat tu, aku terlupa mahu siapkan hasil bentangan aku.

Nasib baik ada Waheeda, dia yang mengingatkan aku untuk menyiapkan kerja itu. Aku bersyukur kerana memiliki seorang kawan yang baik seperti dia!

"Azif, sila bentangkan hasil yang awak dapat selama tiga minggu ini." Prof Intan memanggil namaku. Aku mahu berdiri untuk membentangkan hasil kerjaku. Namun, Razif pula yang berdiri. Eh, aku terlupa pula yang kami mempunyai nama yang lebih kurang sama.

"Maaf, bukan Razif. It's Nazifa. Nazifa, awak boleh mula bentang sekarang."

Aku sudah menahan tawa daripada meletus. Ya lah, dia baru je masuk kolej semalam, tak akan dia dah buat kerja tiga minggu lepas?

Aku bangun dengan bergaya sambil menjeling ke arah Razif yang sedang membuat muka. Aku sempat menunjukkan ibu jari ke arahnya.

Dalam hati pasti sudah beribu-ribu kutukan dia berikan kepada aku. Aku? Hanya menikmati kejadian tersebut bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.

Boleh tak aku nak buat pesta? Hehehe! Aku gembira kerana dia sengsara! Itulah, suka sangat malukan orang, kan? Padan muka!

Akhirnya, kami seri. 1-1.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Keindahan Takdir [DONE]Where stories live. Discover now