Part 2
DARI jauh memang jelas kelihatan mata-mata sedang memerhatikan aku.
Apa masalah dia orang ni? Aku datang lambat salah, aku datang awal salah! Eh, ini sejarah bagi Yusrina Aisyah okay!
Aku datang tepat-tepat pukul 7 pagi! Wow, this is so amazing! Lepas tu, ramai pula pelajar dari tingkatan satu sampai tingkatan-
Okay, aku tak famous mana pun. Tapi setiap kali aku lalu depan kelas dia orang, mesti dia orang akan pandang aku.
Kalau pandang je tak apa lah! Ini sampai berbisik-bisik macam aku ni penjenayah yang akan menerima hukuman esok lusa!
"Eh, itu Ecah kan?"
"Haah. Awal gila dia datang sekolah hari ni"
"Wei, jam dia rosak kot? Sebab tu dia datang awal?"
"Abam pengawas tu bagi dia makan apa sampai dia datang awal?"
Okay cukup! Kau jangan sesuka hati nak mention pengawas tu! Setiap hari persekolahan aku akan jumpa dia, nasib baik weekend tak sekolah. Kalau tidak, boleh dikatakan aku jumpa dia everyday!
Aku datang awal ni pun sebab nak elakkan diri daripada jumpa dia. Tapi dengar cerita, bulan ni sehingga akhir tahun dia tak akan jaga pagar sekolah dah.
Yahooo boleh datang lambat! Alahai... dia seorang je yang tak denda aku. Kalau lepas ni aku datang lambat, siapa nak selamatkan aku daripada didenda?
Apa kau mengarut ni, Yusrina Aisyah?
"Eh, cik Ecah!" Amelia memang terkejut sakan apabila aku melangkah masuk ke dalam kelas. Apa? Aku masuk kelas dah pukul 7:10 pagi lah!
"Apa? Apa?"
"Kau datang awal? Ini betul Ecah ke? Ataupun ini cuma bayangan aku je? Aku masih dalam alam mimpi eh?" Amelia ni, memang nak kena lempang laju-laju dengan aku!
"Kau rasa ni!" Aku terus mencubit isi pipinya. Eee pipi pau ni, buat orang geram je!
"Aduh! Aduh!" Ha, tahu pun nak menjerit lepas kena cubitan manja aku! Manja-lah-sangat!
"Eh, betul lah ni Ecah. Bagus lah! Kau nak tahu? Tadi Cikgu Aphro bersembang dengan pengawas tu!"
Hahaha. Amelia pun tak tahu nama pengawas kerek tu, so aku bukannya keseorangan! Ada geng boleh buat main guli!
"Dia orang sembang apa? Pasal aku? Wah, famous aku sekarang ni. Dah serupa artis." Aku cuma bergurau. Tapi reaksi daripada Amelia membuatkan bahuku jatuh.
"Dia orang memang sembang pasal kau! Aku dengar cerita si pengawas tu nak buat pagar sekolah automatik. Siapa datang lambat daripada 7:20 pagi, memang pagar tu automatically off! Tak ada kompromi dah!"
"Aish, mamat tu kan!" Aku sudah merengus. Tangan pun bekerjasama menggenggam sesama sendiri. Ada je idea pengawas kerek tu nak buat aku malu lapan belas keturunan!
"Eh, lagi satu. Tadi aku singgah bilik guru sebab teacher Raiz suruh hantar essay book semalam kat meja dia. Lepas tu aku dengar mamat tu sembang dengan teacher Raiz pasal kau juga!"
"Pasal aku?" Sekali lagi? Apa yang dia tak puas hati dengan aku ni? Dia nak apa lagi ha!
"Ya! Dia orang sembang pasal akademik kau. Pengawas tu terkejut tau bila tengok result PT3 kau straight A's! Biasalah, kau kan murid pandai!"
Kembang kempis hidung aku menerima pujian daripada kawan baik sendiri! Aku ni, nak dikategorikan sebagai pelajar cemerlang, tak berapa sesuai! Sebab result aku up and down senang cerita!
YOU ARE READING
Keindahan Takdir [DONE]
RomanceKisah cinta ringkas yang mempunyai: -> NAZIFA RAZIF -> NAMA DIA WAWA -> KENANGAN LAMA -> KELAB CINTA? -> PENGAWAS KEREK -> SETIA DI SISI Kalau ada masa, saya akan tambah lagi cerita dalam buku ni hehe <3 Jangan risau, cerita ni semua pendek sahaja...