[ Part 1 ]
"BUBARKAN kelab? Are you sure? For a new club? Apa semua ni?"
Aku terkesima. Sudah tiga tahun aku dan dia bersama-sama dalam kelab ini, kenapa baru sekarang kelab ini mahu dibubarkan?
"Nak buat macam mana, kelab ni tak dapat sokongan para pelajar. Lagipun ahli kelab ni sikit sangat. Kau tengok lah berapa kerat je yang ada kat dalam bengkel ni." Iskandar Zulkarnain selaku pengerusi kelab berdiri sambil memeluk tubuhnya. Bibirnya terjuih ke arah ahli kelab yang sedang menyaksikan pergaduhan kami.
"Tapi, kita dah lama dalam kelab ni? Apa salahnya kalau nak tubuhkan sesebuah kelab yang kurang ahli? Aku rasa kelab kita okay sahaja!" Aku membantah keputusannya.
Masalah yang paling utama sekarang ni, diorang nak tukar Kelab Reka Cipta kepada Kelab Cerpen?
Kau orang boleh faham tak perasaan aku? Kelab Cerpen nak buat apa saja? Mengarang? Membaca? Semua tu ada dalam subjek Bahasa Melayu! Kita belajar subjek tu everyday lah!
"Kau cuma naib pengerusi. Jadi jangan nak menyibuk hal yang aku dah bincang dengan pengetua! Aku dah malas nak handle kelab ni lagi! Asyik aku je yang perlu fikirkan idea untuk membangunkan kelab ni."
What?! Dia kata dia yang bangunkan kelab ni? Selama ni, aku yang bagi idea untuk mereka cipta benda! Kenapa dia yang dapat nama pula?
Argh, this is not fair! Dah lah dia sesuka hati bubarkan kelab tanpa berbincang dengan aku dulu!
Aku malas nak bertengkar dengan dia sekarang ni. Lagipun, ramai je ahli Kelab Reka Cipta yang berada di dalam bengkel kemahiran hidup.
Kalau termasuk kami berdua, ada lebih kurang 25 ahli kelab. Kurang sangat ke ahli kami? Kelab Pidato pun 15 orang ahli sahaja! Kenapa tak bubarkan Kelab Pidato?
"Terpulang kat kau, kalau kau boleh yakinkan pengetua untuk dapatkan kelab ni semula, kau pergi lah berunding dengan dia. Aku pergi dulu."
Iskandar terus keluar dari bengkel ini. Aku menarik nafas lalu menghembuskan ia. Kenapa hati aku rasa berdarah sangat sekarang ni? Kenapa aku sakit hati sangat? Bubar kelab je kan?
Bubar kelab acik ko!
RAMAI pelajar berdiri di hadapan papan kenyataan berhampiran kantin sekolah. Sekejap, apa dah jadi pula ni? Kenapa diorang nampak terlalu 'menyibuk' kat sana? Ada pelajar baharu atau cikgu sekolah baharu yang tampan ke?
Aku menyelit di antara pelajar tersebut. Hehehe aku ni kecil saja orangnya, jadi senanglah nak menyelit di antara orang ramai ni! Peace yow!
What? Kelab Cerpen lah! Ada senarai nama pelajar untuk 'kelab baru' yang ditampal pada papan kenyataan. Wah, lebih daripada 59 orang ahli!
Kenapa ramai sangat yang tertarik dengan kelab ni? Kenapa diorang suka kelab baru? Kalau Kelab Reka Cipta tak ada siapa nak minat pula! Kenapa kelab penuh dengan 'sastera' yang dia orang akan minat?
"Naib Pengerusi: Syahirah Aqilah Zainal."
Semua mata memandang ke arah aku. Kejap, kenapa aku baca nama sendiri pula ni? Eh? Aku jadi naib pengerusi lah! Aku tak pernah minat pun dalam bidang penulisan! Kenapa aku kena join kelab ni pula?
Oh tidak, siapa yang cadangkan nama aku? Habislah aku, matilah aku! Aku tak pandai nak mengarang!
"Aku yang cadangkan."
Aku menoleh ke belakang. Dia ni, pelajar kelas 5A kan? Kenapa dia cadangkan nama aku? Aku tak pernah kenal dia pun!
Dia berdiri betul-betul di hadapan aku. Oh damn, apa masalah dia ni? Jangan kata dia dah sukakan aku, benda ni secara tiba-tiba kot!
I need some wotah. Sorry, aku nak air. Haus lah tekak ni! Lagipun, ini bukan drama waktu senja yang tiba-tiba hero muncul entah dari mana and ter-fall in love dengan heroin mentah macam aku! Excuse me?
Patutlah ramai yang masuk kelab baharu ni sebab ada pengerusi yang boleh dikatakan hot gitu!
"Nama aku, Hafiz. Aku akan jadi pengerusi kepada kelab Cerpen. So, aku harap kita dapat bekerjasama dengan baik. Ayah aku, eh I mean pengetua kata kau seorang yang amanah dan bertanggungjawab. So, hopefully apa yang dia kat tu ada betulnya." Hafiz terus beredar setelah perkataannya memberikan kerutan di dahiku.
Ha! Dia anak pengetua? Dia baru pindah sekolah ke? Tapi, aku pernah nampak dia lah! Dia punya kelas berhadapan dengan kelas aku je lah!
"Wah, syok lah kau Qilah! Dapat rapat dengan abam hensem macam tu!" Entah siapa-siapa yang menegur aku! Aku kenal pun tidak!
Ergh, aku tak nak pun rapat dengan sesiapa! Menjadi naib pengerusi kelab ialah suatu perkara yang aku nak elakkan!
Kalau jadi pengerusi tak apa lagi, boleh goyang kaki lepastu pass semua benda dan 'masalah-masalah' kepada naib pengerusi! So, sekarang ni siapa yang akan ada banyak kerja? Mestilah naib pengerusi!
Argh, aku nak pengsan sekarang ni.
Boleh sesiapa sambut aku?BILIK SASTERA. Hmm bilik ni ada kat tingkat empat. So, aku kena pergi sana ke sekarang? Tapi, Kelab Cerpen baru ditubuhkan semalam, kan? Kelab tu perlukan masa ke untuk ditubuhkan? Maybe dalam seminggu or sebulan?
Apa patut aku buat sebenarnya? Kalau mereka cipta, itu dalam kepakaran aku. Untuk mengarang cerita seperti buat novel? Aku tak pernah lulus bab itu!
"Cik Syahirah Aqilah Zainal. Kau kenapa tak pergi kelab lagi?" Aku nampak Hafiz di hadapan pintu kelas. Oh mak aihh, sebut nama panjang aku nampak!
What! Dia cari aku sampai ke kelas? Eh, bukan jauh pun kelas dia dari kelas aku! Apalah kau ni, Aqilah!
"Sorry, nak kemas barang lah ni. Kau pergilah dulu. Nanti aku menyusul." Aku mula menyimpan buku-buku di dalam beg. Sepatutnya aku ke Kelab Cerpen 10 minit yang lalu, tapi aku malas nak cepat-cepat ke sana!
"Cepat sikit, jangan nak berangan sangat. Aku tahulah aku hensem." Dia terus membawa beg sekolahnya ke tingkat empat.
Eee perasannya mamat ni! Aku tak kata dia hensem pun. Aku cuma fikir nasib yang bakal aku terima di dalam kelab nanti sahaja!
"Jangan nak mengutuk aku dalam hati pula. Aku ni pandai baca pemikiran orang!"
Cis, tak guna betul! Aku nak mengata dia pun tak boleh! Dengan kadar sederhana, aku membawa beg ke tingkat atas.
Yang lebih tepatnya, ke bilik sastera!
YOU ARE READING
Keindahan Takdir [DONE]
RomanceKisah cinta ringkas yang mempunyai: -> NAZIFA RAZIF -> NAMA DIA WAWA -> KENANGAN LAMA -> KELAB CINTA? -> PENGAWAS KEREK -> SETIA DI SISI Kalau ada masa, saya akan tambah lagi cerita dalam buku ni hehe <3 Jangan risau, cerita ni semua pendek sahaja...