Pengawas Kerek

4 3 5
                                    

Part 1

AKU berlari laju ke arah pagar sekolah. Ini kalau tak sampai tepat pukul 7:20 pagi, memang aku akan menangis sampai tahun depan!

Argh, pengawas kerek tu lagi! Kenapa dia kena berjaga depan pagar sekolah setiap hari? Aku tak sempat nak masuk dalam sebab dia dah tutup pagar hadapan!

"Tunggu! Jangan tutup lagi!" Aku menjerit sekuat hati. Aku dah lari sampai ke sekolah pun tetap pukul 7:23 pagi aku baru sampai di hadapan pagar sekolah! Ish, geramnya!

Mohon jangan tiru aksi ini, takut malu tujuh keturunan sahaja. Dah serupa Tarzan dah aku menjerit untuk masuk ke dalam sekolah!

"Yusrina Aisyah. Dah 200 kali kau datang lambat. Alasan apa pula kau nak bagi aku kali ini?" Ya, di situlah pengawas kerek itu berdiri tegak serupa tiang sekolah.

Dah lah dia kira berapa kali aku datang lambat. Bagus lah pengawas macam dia ni! Harapan sekolah, bangsa dan negara!

"I'm late because of the traffic jammed!" Hentam sahaja lah Aisyah, kalau kena marah pun sebab alasan kau yang merepek tu!

"Wow, reason of the year! Traffic jammed? Gila ke? Kau jalan kaki saja kan? Kau tahu tak berapa kali je kau datang awal ke sekolah? Never! Apa alasan kau? Tayar basikal pancit, bas lambat sampai, bangun lambat, sakit perut, macam-macam lagi lah! Aku pun tak ingat apa alasan yang kau pernah bagi!"

Aduh, dia bermukadimah dekat sini pula! Aku nak masuk kelas lah! Menyampahnya! Oh, aku tak pernah tahu nama dia siapa. Aku just tahu dia ni pengawas yang sangat-sangat kerek!

"Hmm itu sahaja kot? Okay lah! Aku nak masuk dalam, nanti lambat pula masuk ke kelas. Hehe." Aku terus ke pagar sekolah. Dia menahan pagar itu daripada dibuka.

"Kenapa pula ni?" Muka ku kembali monyok. Jangan halang jalan aku lah, pengawas kerek!

"Tunggu kat luar sampai guru disiplin datang."

"What?" Aku tercengang. Dia ni, tak akan tak ada discount kot! Aku datang lambat tiga minit je! Argh, dia ni sengaja nak cari pasal pada pagi yang mulia ini.

"No way!"

"Yes way!" Dia tersenyum lebar sambil menghulurkan buku rekod disiplin pelajar. Dia nak suruh aku catat nama aku lah tu!

"Mantap Pak Abu!" Aku menunjukkan ibu jari kepada dia. Aku dah redha kena marah atau yang lebih tepat lagi, masuk bilik disiplin!

"Memang nama ayah aku Abu pun, ada masalah ke?" Eh, siapa cakap dengan dia ni? Perasan lebih! Aku merampas buku tersebut lalu menulis nama.

Dia memegang pagar sekolah macam sekolah tu ayah dia punya!

Maaf, walaupun sekolah ni namanya SMK Abu Samad, tapi itu tidak bermaksud nama ayah kau pun!

"Felix Antonsen Hendra Alexandria? Siapa punya nama kau rembat ni? Panjang bebenor!" Aduh, dia baca pula nama yang aku tulis! Memang aku tak boleh nak lari ke sekarang ni?

"Fine, kau tulis lah nama aku sendiri! Aku nak masuk kelas. Kalau aku kena marah waktu rehat nanti pun, atas usaha kau juga kan? So bye bye!" Aku terus menolak pagar sekolah itu.

Dia hanya memberi laluan sambil mencatat sesuatu di dalam buku tersebut. Sudah semestinya nama aku!


















"ECAH, kau tak bertugas kat bilik SPBT ke?"

Ya Allah, aku lupa nak susun buku teks hari ni! Nasib baik ada Amelia, kawan baik merangkap bantal busuk aku!

Keindahan Takdir [DONE]Where stories live. Discover now