Part End
"EH, perempuan!"
Aku memandang wajah tiga gadis itu silih berganti. Kemudian, keningku terangkat mengisyaratkan 'apa?'.
"Kau jangan nak rapat sangat dengan Arief! He's mine!" Gadis itu terus menolak aku. Apa yang berlaku sekarang ni?
"Apa? Arief? Aku tak kenal pun siapa Arief lah!" Aku mula meninggikan suara. Kau tak rasa malu ke kalau jatuh kat hadapan kelas? Dengan mata-mata yang memandang lagi. Aku rasa macam nak menangis je sekarang ni.
"Kau jangan nak menipulah, perempuan! Dia milik aku! Kau boleh tak jauhkan diri kau dari dia!" Ana bertindak agresif dengan menarik aku supaya berdiri semula. Dia mencengkam tudungku dengan kasar sekali.
"What the hell is wrong with you!" Aku terus menolaknya ke belakang. Kawan-kawannya terus menyambut dia. Huh, lemah!
"Lain kali, jangan cari pasal dengan kita orang!" Ani pula bersuara. Aku tak gentar langsung dengan ugutan dia orang.
Hari ini, hari terakhir peperiksaan SPM. Dan, aku tak tahu kenapa dia orang serang aku. Aku ada buat salah apa-apa ke? Ini mesti pasal pengawas kerek tu!
"Bila masa aku cari pasal dengan kau orang? Kau orang yang tengah cari pasal dengan aku sekarang ni. Ada aku kacau ayam kau berak ke?" Aku mula berpeluk tubuh. Dia orang ingat dia orang cikgu? Macam aku takut sangat dengan mereka!
"Kurang ajar kau kan!" Ana bertindak untuk menampar aku. Aku terus menutup mata. Namun, aku tak terasa kesakitan itu.
Apabila aku mencelikkan mataku, aku dapat lihat tangan Arief sedang memegang tangan Ana.
"Jangan sentuh dia walau sehelai rambut pun!" Dia mula memberi arahan.
"Why not?" Sekumpulan gadis itu mula berhenti bertindak. Aku berasa lega buat seketika. Sekejap je rasa lega tu hadir. Lepas ni confirm kebaboom!
"Because she's my love! I will always protect her at all cost!" Dia berdiri di hadapan aku sambil mendepakan tangannnya.
Aku akhirnya terdiam, gadis-gadis itu juga ikut terdiam sama. Wah, pengawas kerek jatuh hati kat gadis yang sentiasa datang lambat? Yang sentiasa timbulkan masalah disiplin? Pengawas ni lupa nak pakai cermin mata ke?
Manalah tahu, dia nampak muka aku macam Angelina Jolie ke... eh, salah orang!
Hari ini, dia nampak lain. Dia dah tak rabun ke sebab dia dah tak pakai spek mata? Nampak makin handsome, rawr!
Apa kau ni, Yusrina Aisyah! Silalah bertaubat sebelum terlambat.
"How could you! Arief, you kata you sayangkan I seorang je?" Ana mula mengeluarkan air mata. Aku yang tengok pun naik meluat!
Alahai minah ni, nak berdrama di sini pula! Perempuan ni memang acah-acah diva betul!
Okay, tiga orang gadis gedik depan aku ni ada tubuhkan kelab. Kiranya kelab untuk dia orang bertiga lah! Nama kelab dia orang 3 Girls.
Yang paling diva sekali, Ana.
Yang acah-acah pandai dan berlagak, Ani.
Yang ikut telunjuk orang, Anne."Jangan. Kacau. Dia.!" Wah, sepatah-sepatah dia bercakap. Ana mula merengus kecil. Dia kemudian menyuruh kawan-kawannya pergi dari situ.
Wait, kenapa Arief datang selamatkan aku? Dia bukan ke ada exam paper last? Dia buat apa kat depan kelas aku ni?
"Exam aku dah habis. Aku tak ambil subjek last tu. Jom, ikut aku." Dia menarik lengan baju kurungku.
YOU ARE READING
Keindahan Takdir [DONE]
RomanceKisah cinta ringkas yang mempunyai: -> NAZIFA RAZIF -> NAMA DIA WAWA -> KENANGAN LAMA -> KELAB CINTA? -> PENGAWAS KEREK -> SETIA DI SISI Kalau ada masa, saya akan tambah lagi cerita dalam buku ni hehe <3 Jangan risau, cerita ni semua pendek sahaja...