Part 3
AKU dengan dia sekarang ni boleh dikira sebagai geng. Nanti ada lah mulut pelajar-pelajar yang benci dengan seketul Yusrina Aisyah membuat cerita merepek-repek!
"Eh, menyampah pula tengok si Ecah rapat-rapat dengan Arief"
"Entah, macam tak ada orang lain pula nak rapat. Sibuk betul!"
"Dia tu dah lah tak cantik, sibuk rapat dengan Arief pula!"
Hello, aku cantik okay? Pengawas kerek tu bukannya handsome mana pun! Tak ada ciri lelaki idaman langsung!
Dengan pakai cermin mata, dah nampak macam nerd. Rambut? Pendek, tak ada gaya langsung! Dia ni tinggi lampai je. Itu je harapan yang ada. Sebab setiap kali aku cakap dengan dia, aku kena pandang macam pandang pokok kelapa.
Tinggi dia 180+ while me 150- huhu.
And one more thing, kulit dia sawo matang. Tak menarik langsung bagi pandangan mata aku! Hehe.
"Wei, kau dah siap belum soalan Kimia tu?"
Aku memandang wajahnya. Nak harapkan aku buat soalan ni? Kau menangis seratus kali pun belum tentu aku boleh jawab!
"Entah, tengok lah." Kertas yang suci murni itu aku hulurkan kepada pengawas kerek ini.
"Wah, what an amazing answer!" Dia menyindir ya teman-teman. Siap tepuk tangan gaya slow motion!
"Aku penat lah! Nak balik. Kau study seorang-seorang je la eh? Bye!"
Lagi dua bulan dia nak SPM, so dia asyik suruh aku teman dia belajar je! Kau fikir apa? Aku bosan juga kalau dipaksa belajar je ni!
Yusrina Aisyah tidak tahu apa-apa kerana dia hanya lah seketul potato. Belajar lagilah aku malas! Walaupun aku baru sahaja masuk menengah atas, tapi aku tetap malas nak belajar!
Kau nampak ayat aku dah berbelit-belit macam Bangla jual karpet tu?
"Ecah, sabar lah!"
Ha, dia tahu nama aku. Tapi aku tak tahu pun nama dia. Pelik kan? Jangan tanya macam mana dia boleh tahu nama aku!
Sebab nama aku juga lah, dia kena hadap semasa pukul 7:20 pagi dan ke atas! Aku kan spesies datang lewat ke sekolah!
"Apa lagi?" Aku mula mengeluh kasar.
"Tunggu lah kejap. Lagi sepuluh minit, please? Lepas tu aku hantar kau balik? Kita naik motor, vroom vroom? Amacam?" Keningnya sudah terangkat-angkat.
"Okay." Aku kalau naik motor memang tak tolak! Aku dah lama tak naik motor, mengidam teruk ni babe!
SEMINGGU selepas itu, pengawas tu tiba-tiba melarikan diri daripada aku. Secara mengejut tau dia tak nak sembang dengan aku dah.
Kau bayangkan lah, kau nak tegur dia, tiba-tiba dia buat-buat tak tahu and pergi macam tu je. Kau tak rasa macam nak bagi dia makan selipar jamban?
Apa masalah dia ni?
"Hai, buah hati tak layan ke tu?" Ana muncul bersama tawa menghiasi wajahnya.
"Buah hati mana pula ni? Kalau nak buah, pergilah kantin. Tanya aku buat apa?" Aku berpura-pura bodoh. Lagi satu, bila pula pengawas kerek tu jadi boyfriend aku?
Kami cuma berkawan. Berkawan? Betul ke ni?
"Alaa, kesian dia ni. Muka pun macam minta penampar je." Ani tergelak kecil. Aku membuat muka menyampah. Malas betul nak layan dia orang ni.
YOU ARE READING
Keindahan Takdir [DONE]
RomanceKisah cinta ringkas yang mempunyai: -> NAZIFA RAZIF -> NAMA DIA WAWA -> KENANGAN LAMA -> KELAB CINTA? -> PENGAWAS KEREK -> SETIA DI SISI Kalau ada masa, saya akan tambah lagi cerita dalam buku ni hehe <3 Jangan risau, cerita ni semua pendek sahaja...