BAB 4

25.5K 1.3K 42
                                    

"kau memang jenis suka buat hal dekat sekolah ke hah?"Rayyan mencengkam siku Mirza dengan kuat.

"APA MASALAH KAU HAH? KAU TAK ADA HAK LAH NAK CAMPUR URUSAN AKU!"Rayyan mengetap gigi nya.

"Dasar perempuan keras kepala! Kalau mati perempuan tu macam mana hah? Tak fikir? Ada otak guna lah!"Rayyan menunjal dahi Mirza.

"LEPASKAN AKU LAH! KAU TU TAK ADA KAITAN DENGAN AKU! TAK PAYAH NAK SIBUK BOLEH TAK!"Rayyan mencengkam kedua siku gadis tu.

Tajam matanya menikam mata Mirza. Jelas di dalam mata gadis tu menunjuk kan api kemarahan.

Mirza memulaskan tangannya dan ditolak tangan Rayyan yang memegang pengelangan tangan nya. Kaki diatur melangkah pergi dari situ.

Rayyan mengejar langkah Mirza dan dipeluk erat tubuh tu dari belakang.

"APA MASALAH KAU HAH JANTAN!"nafas Mirza turun naik menahan amarah.

"Shh bertenang."lembut saja suara Rayyan memujuk Mirza. Jika Mirza menjadi api jadi dia perlu menjadi air.

"lepaskan aku lah."nada Mirza turut mengendur. Dia tidak suka jika orang masuk campur urusan nya.

"sini ikut aku."Ditarik tangan Mirza agar mengikutinya. Dibawa Mirza ke bangku yang terdapat di taman.

"duduk "Arah Rayyan. Gadis tu hanya turut sahaja.

"Kenapa kau belasah diorang?"Mirza menghela nafas perlahan.

"Diorang yang kacau kitorang. Entah apa yang diorang bencikan sangat dekat kami."Kata nya dan mengengam kedua tangannya erat.

Rayyan melutut depan Mirza. Lengan gadis tu dipegang apabila ternampak lengan baju bahagian siku gadis berdarah.

"Rawat dulu."Dipandang lembut ke dalam mata Mirza. Gadis tu mengeleng tanda tidak mahu.

"Tak sakit."katanya. Hatinya masih belum puas kerna tidak membelasah Selina sehingga mati.

"Come."Ditarik tubuh gadis itu ke dalam pelukannya diusap belakang Mirza perlahan.

"Dont think about that oke babygirl?"Mirza menganguk perlahan.

"Pergi R&R cuci luka ni. Aku tak boleh ikut. Ada hal sikit."Diusap rambut Mirza perlahan sebelum bangun melangkah pergi.

Rayyan mendapat sesuatu. Jika nak tenangkan gadis tu senang sahaja cuma pujuk dengan cara lembut dan akhirnya berjaya.

"easy"Rayyan mengukir senyuman sinisnya.

"Mirza tolong belikan serbuk coklat dengan susu tin."Mirza mengangkat simbol okeyh sebelum melangkah ke kedai berdekatan.

Semasa pulang, Mirza terasa seperti ada yang mengikuti nya. Awalnya dia hanya abaikan saja tapi makin lama seperti ada seseorang di belakangnya.

Ditoleh ke belakang. Kosong sahaja dan ditoleh ke hadapan semula. Dilajukan langkah nya dan berlari ke rumahnya.

Setibanya di rumah, Mirza berlari masuk dan dilihat ke arah luar melalui tingkap. Dia ternampak seorang lelaki yang berpakaian serba hitam yang memandang ke arah rumahnya.

Di ambil keputusan untuk abaikan saja kerna dia tak akan mula selagi seseorang tu tak mulakan nya.

"Penat main kejar kejar."Alden merebahkan badannya di sofa. Rayyan melangkah mendekati mereka.

"Dia ada pergi mana mana?"Alden mengangguk.

"Dia pergi kedai depan tu jaa kau suruh aku pantau. Dahlah lari laju. Semput aku dibuatnya."Yang lain tergelak kecil.

Terjongket kening Rayyan. Dah kenapa pula nak main kejar mengejar? Running man?.

"Hm aku nak korang always perhatikan dia."Diatur langkah ke bilik semula. Tidak sabar untuk bertemu dengan gadis tu besok.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now