BAB 43

14.4K 758 1
                                    

Sebulan telah berlalu dan Mirza dan Ray sibuk dengan urusan masing masing. Mirza sibuk dengan sekolahnya yang tidak lama lagi dia mahu ambil SPM.

Rayyan pula sibuk dengan syarikat nya sehingga kan dia sudah jarang untuk spend time bersama isterinya.

Mirza menekup mukanya dengan kepala ditundukkan. Kebetulan Rayyan yang mahu turun ke dapur ternampak isterinya yang di ruang tamu. Atas meja itu bersepah dengan kertas dan buku.

"Astaghfirullah apa ni bersepah sana sini hah? Belajar ke main?"Rayyan bercekak pinggang dengan memandang tajam ke arah isterinya yang menunduk saja.

"hiks abanggg"Terkejut Rayyan melihat Mirza menangis dia segera meluru ke arah isterinya.

"Sayang kenapa ni?"Dilihat Mirza yang seakan kusut. Diusap rambut tu ke belakang.

"Hiks Za serabutlah."Rayyan menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan. Diusap belakang Mirza perlahan.

Dia juga sedar sejak akhir ni dia selalu sibuk dengan kerjanya sehingga kan Mirza dia tidak ambil peduli.

"Shhh jangan nangis."Dicium tepi dahi Mirza. Telefon Mirza bergetar di atas meja menandakan ada mesej masuk.

Rayyan mengambil telefon tersebut. Terkejut dia melihat 16468 mesej yang masuk tidak henti henti. Sekejap boss sekejap Miss.

"Sayang. Dont cry babygirl. Okeyh bagitahu abang kenapa ni?"Diseka air mata Mirza yang tidak henti henti mengalir.

"Hiks. Ad..ada kes dadah. Pembunuhan dengan penculikan budak. L..lepastu a...ada orang serang markas hiks."Fikirannya serabut. Rayyan menatap sayu wajah isterinya.

Mirza tidak ceria seperti dulu. Hanya kekusutan saja yang berada di wajah itu. Tambahan lagi isterinya mahu SPM tidak lama lagi.

Jika dia duduk di tempat Mirza pasti dia akan kusut jugak. Diusap perlahan kepala isterinya.

Dibaringkan tubuh Mirza di sofa. Dikeluarkan telefonnya dan dicari nombor anak buahnya.

"Aku nak korang pergi markas White Tiger tumpaskan musuh diorang. Ingat jangan cederakan ahli white Tiger sedikit pun."Arah Rayyan dan ditamatkan panggilan nya.

Tentang Agent Rahsia dia tidak tahu cara untuk handle benda ni kerana dia mafia. Silap hari bulan dia yang kena tangkap walaupun bini dia ketua.

Dipandang wajah tenang Mirza yang sedang tidur. Dahi tu dicium penuh kasih sayang. Dia perlu ambil cuti esok. Jika dia kerja juga entah apa yang akan jadi dengan isteri nya.

Dicempung tubuh tu ke bilik. Ditarik comforter ke atas dada gadis nya. Diusap perlahan pipi gebu isterinya.

"Babygirl abang ni tak boleh stress stress. Sayang muda lagi." Dia tidak mahu isterinya menghadapi stress dan depression dalam umur yang masih muda bergini. Itu akan membahayakan Mirza.

"Sayang. Sini dekat abang."Panggil Ray. Gadis tu mendekati suaminya dan duduk di peha Rayyan.

"Abang tak kerja ke harini?"soalnya. Rayyan mengusap rambut Mirza perlahan.

"Abang cuti harini. Nak spend time dengan sayang. By the way nak tak abang ajar sayang untuk mudah buat nota sebelum nak SPM dan tu memudahkan sayang untuk ingat."Mirza mengangguk laju.

"Nak nak."Rayyan menunjuk ke arah pipinya. Berkerut dahi Mirza dan seketika barulah dia faham. Dicium pipi suaminya.

"Nasib peka"Dicuit hidung mancung isterinya. Gadis tu hanya tergelak saja. Rayyan tersenyum melihat si isteri yang kembali ceria. Dia tidak mahu bidadarinya tertekan. Jadi dia sebagai suami perlu ceriakan isterinya.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now