BAB 6

23.3K 1.2K 26
                                    

Mirza meletakkan bagnya di kaki meja dan disembamkan mukanya di meja. Tiada mood dia harini.

Nadya dan Rifa memandang sayu ke arah sepupu mereka ini. Gadis tu sudah tidak kuat seperti dulu. Lemah sahaja. Makan tidak mahu.

Buntu diorang.

"Stand up" mereka bangun dari duduk mereka apabila Sir Ray sudah masuk cuma Mirza saja yg kekal menyembamkan mukanya di meja.

"Good morning sir!"Ray menyuruh mereka untuk duduk.

"Open your teks book page 69."arah Ray. Dia nampak gadis tu sudah datang ke sekolah tapi buat masa sekarang dia perlu jalankan tugas nya dahulu.

Mirza hanya termenung saja melihat buku teks dihadapan nya ini. Mood belajar nya hancur.

"Mirza Asyfa focus!"tegas suara Ray dan dibalas anggukkan lemah dari gadis tu.

Jejaka tu perasan mata Mirza yang agak sembab. Tak akan lah gadis tu menangis? Tapi disebabkan apa?.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran Rayyan.

"Mirza waktu rehat jumpa saya di bilik guru."Mirza mengangguk lagi.

Semasa waktu rehat, Mirza melangkah ke bilik guru dan didekati meja Rayyan. Jejaka tu yang perasan kehadiran  babygirl nya segera menyuruh Mirza duduk.

"Kau pergi mana? Aku call tak jawab aku chat kau tak balas."Dijongket keningnya. Mirza mengeleng perlahan.

"Tak ada pergi mana."jawabnya dengan suara agak serak sedikit. Tangan kanan Rayyan automatik naik menyentuh dahi dan leher Mirza.

"Demam?"Gadis tu mengeleng.

"Jujur dengan aku sekarang kau pergi mana?."Mirza menunduk dan hanya diam.

Disebabkan kebisuan Mirza membuat kan Rayyan bengang. Dia tidak suka soalannya dibiarkan dibawa angin.

"jawab.soalan.aku."Gigi diketap rapat. Mirza mengeleng kepalanya. Dia tidak boleh buka mulut. Hatinya menjadi sebak dan itu buatkan dia akan menangis.

"Before aku buat something bad dekat kau lebih baik kau jujur sekarang."penuh ugutan dari jejaka tersebut.

"pergi US."Rayyan mengangkat dagu Mirza agar memandangnya.

"Pergi mana?"Tanyanya sekali lagi.

"Pergi US."tangannya mula mengigil. Jejaka tu menjongket keningnya menyuruh gadis tu memberitahunya secara details.

"Maaf, Mirza tak boleh bagitahu."Dia segera bangun berlari keluar dari bilik guru tersebut dan menuju ke arah tandas.

Rayyan mengetap gigi nya kuat. Aku akan buat kau sampai kau bagitahu Mirza.

Nafas dihela perlahan dan diatur langkah keluar dari tandas. Seketika dia terserempak dengan HD.

"Aku nampak kau baru keluar dari bilik guru. Kena dendaaa kee"HD mengukir senyuman mengejek.

"Tak."Ringkas dia menjawab. Naik menyampah dia asyik jumpa HD ja time rehat.

"Atauuuu kau pergi bilik guru sebab nak mengorat Sir Ray?"Menajam mata Mirza ke arah Selina.

"Yang kau sibuk sangat hal aku pehal? Kain sendiri pun tak cukup ada hati nak jaga kain orang."Bidas nya dan melangkah pergi meninggalkan HD disitu.

"TAK GUNA KAU MIRZA!"gadis tu hanya mengendahkan saja jeritan dari Selina.

"Mirzaa kau nak pergi mana ni malam malam?."Tanya Nadya apabila ternampak gadis tu mahu keluar.

"Aku nak pergi jalan jalan."dua sepupunya mengangguk faham. Biarlah gadis tu mencari ketenangan nya dahulu.

Angin malam meniup lembut wajah mulusnya. Ditoleh ke sisi apabila terasa ada yang mengikuti.

Mirza hanya mengabaikan saja dan mengatur langkah ke pantai yang agak jauh dari rumahnya.

Setibanya di pantai, bunyi ombak dapat didengari. Terasa tenang sahaja.

Ditoleh ke arah sebuah pokok besar yang berada di hujung sana. Kosong sahaja tapi kenapa dia rasa seperti ada seseorang tadi.

Mungkin hanya perasaan nya sahaja. Di ambil keputusan untuk pulang ke rumah lagipula rumahnya agak jauh jadi lebih baik dia pulang awal.

"babygirl nak pergi mana hm?" Mirza tersentak. Ditoleh ke belakang namun kosong sahaja. Diatur langkah laju untuk pergi dari situ.

"Abang tanya ni babygirl nak pergi mana?"  Jelas suara tu seakan dekat dengan nya. Mirza memusingkan badannya.

"jangan ganggu aku lah."Dia terasa kepalanya diusap dari belakang.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now