BAB 34

15.3K 827 14
                                    

"bini aku tak buat macam ni belakang aku."Rayyan memandang Fina. Gadis tu tergelak kecil.

"Ni gambar ori tau. I yang tangkap sendiri kebetulan i nak pergi restoran petang semalam sebab nak berbuka. Ternampak lah Mirza dengan jantan lain bulan bulan puasa ni." Rayyan mengepal erat penumbuk nya. Jadi Mirza kata yang kecemasan semalam tu apa?.

"You ceraikan je Mirza tu dan khawin dengan i lagipun dia tu budak lagi tak sesuai dengan you."Fina sudah tersenyum penuh makna apabila Rayyan sudah hampir masuk perangkap.

"Tak semudah tu Fina."mereka menoleh ke arah pintu melihat Mirza memegang pintu dengan wajah tertunduk. Lengan baju sekolahnya turut disinting sehingga ke siku.

Wajah tu di anggkat memandang wajah mereka berdua dengan mata merah tajam. Terkaku Rayyan.

"Ish ish ish kau memang cari pasal kan Fina?"gadis tu seakan dirasuk. Dia dari tadi mendengar semua butir bicara Fina. Iblis di dalam dirinya kini bangkit setelah lama tidak menunjukkan dirinya.

"Sayang bertenang" Gerun Rayyan melihat isterinya yang seperti dirasuk. Bilik guru tu bergema dengan gelakkan nya.

Semua guru sudah bangun dari duduk mereka.

Rambut ikal mayang gadis itu turut ada kemerahan dihujung nya. Tubuh Mirza seratus peratus dikawal oleh Asy. Sisi iblis.

"Rayyan. Tenangkan Mirza sekarang. Kalau Asy dapat kawal dia. Nyawa semua orang hanya di hujung tanduk."Tegas suara cikgu Izzat.

Rayyan perlahan lahan mendekati isterinya yang hanya memandang Fina tajam.

"Sayang bertenang. Abang ni." Gadis tu menoleh ke arah nya dengan mata yang merah.

"Kau tak payah masuk campur urusan aku." Pandangan di alihkan kepada Fina semula.

"KAU IKUT AKU SEKARANG BETINA!"jerkahnya dan dibuka pintu untuk keluar. Fina melangkah keluar dari bilik tersebut.

Cikgu cikgu turut keluar untuk melihat apa yang jadi. Rayyan sudah risau.

"Apa jadi Sir?"soal Nadya. Rayyan menoleh ke arah nya.

"Asy"Terkejut Nadya dan Rifa. Mereka berdua segera ke dewan. Dilihat mata gadis tu berwarna merah.

"Nad. Aku tak yakin yang Fina akan selamat."Rifa memandang ke hadapan semula. Nadya menganguk perlahan mengiyakan kata-kata Rifa.

Jika Mirza adalah ketua AR manakala Asy adalah ketua bagi White Tiger yang dulunya adalah kumpulan mafia arwah bonda nya. Walaupun orang yang sama tapi mereka sisi yang berbeza.

Siapa sangka abangnya juga turut ketua mafia bagi kumpulan Devil Shark yang ditubuhkan dengan sendirinya sehingga berada di rangking kedua setelah White Tiger.

"Kita lawan guna senjata."Dikeluarkan dua pisau rambonya di betis nya dan dilontar kan pada Fina. Gadis tu segera menyambut walaupun takut sedikit.

"Apakah."Rayyan terkejut apabila isterinya membawa senjata ke sekolah. Malah dia langsung tidak tahu tentang itu.

Asy mengukir senyuman sinisnya.

"Kalau kau mati aku ucapkan takziah."Membulat mata Fina. Asy seakan mahu membunuhnya disini.

"Sayang jangan buat kerja gila!" Asy menoleh ke arah Rayyan. Di buat isyarat untuk diam.

Bulan bulan puasa ni tak baik jerit jerit. Tak elok. Biar diam sikit senang aku nak buat kerja.

Asy mula berlawan dengan Fina. Gadis tu agak takut dengan Asy yang sangat menggerunkan.

Diselit kaki Fina dan diletakkan pisau di lehernya. Kening dijongketkan dengan disertai senyuman sinis nya.

"Kau dipecat menjadi guru disini Nur Fina binti Dato Sri Fadzil"Terkejut gadis tu apabila Asy dapat tahu nama panjangnya.

Asy bangun berdiri dan mengatur langkah keluar dari dewan tersebut tanpa berkata apa-apa.

Rayyan mengejar langkah isteri nya namun langkahnya terhenti apabila isteri nya berhadapan dengan Cruel Boy.

Dia hanya berdiri di belakang Mirza sahaja. Gadis tu menoleh ke belakang melihat Ray dan ditoleh ke hadapan pula .

Dijulingkan matanya ke atas. Di ambil jalan lain. Rayyan mengejar langkah gadis tu.

"Kenapa tu? Main kejar mengejar ingat sweet ke?"Soal Hazry. Kawan kawannya mengangkat bahu.

Mirza bermain dengan pisau ditangannya. Rayyan memeluk tubuh isterinya dari belakang.

"Sayang." Mirza hanya bergumam saja. Ray memusingkan badan Mirza menghadap nya.

"Kenapa sayang rahsiakan dari abang?. Sayang ketua White Tiger kan? Hanya ketua dia saja nama Asy."Direnung dalam mata cantik isterinya.

10. MY BABYGIRL : RAYYAN ARYAN ✓Where stories live. Discover now