Huh?

95 41 0
                                    

Makan malam itu, Yuuma bersama Arslan. Dewan makan terlalu sesak untuk mereka. Namun mujur sahaja ada meja kosong yang sudah ditetapkan nama mereka masing-masing.

"Lepas ni kau nak kemana?" Tanya Arslan. Yuuma berkerut memikir sejenak. Tak kan nak bagitau aktiviti dia pulak. Susah betul ada rakan sebilik yang kaki penyibuk.

"Tidur." Rasanya itu jawapan paling klise. Arslan mengangguk selepas itu. Baguslah, jangan tanya lagi.

"Wah, mereka dah sampai!"
"Dia si berambut hitam, kuat dari aku."
"Yang rambut hijau tu lah lagi kuat."
"Kacaknya mereka!"
"Hebat!"
"Dia aku punya!"
"Raja perang aku ketua mereka kan?"
"Kalau jentik sekali, mati aku."

Yuuma melarikan pandangan. Dia lupa pertandingan itu bebas diikuti oleh semua pihak. Bangsawan mahupun rakyat jelata.

'Raja perang? Gelaran ke?'
"Dia peserta yang terkenal di negara Arandale, kehebatan dia mampu kalahkan beberapa kstria. Aku dengar je, tak tahu betul ke tak." Cerita Arslan.

"Dia bangsawan ke?" Tanya Yuuma ingin tahu. Dari jauh, budak berkabut perang itu mula mendapatkan meja makan mereka.

"Haha, dia bangsawan. Tapi rasanya dia bukan penduduk tetap negara tu."

Yuuma garu kepala. Boleh ke macam tu? Pertandingan ni motif dia sebenarnya ape?

"Boleh aku tau, tujuan pertandingan ni ape?" Tanya Yuuuma membuatkan Arslan berkerut tak percaya. Takkan budak sebelahnya sekadar masuk menyertai tanpa mengetahui maklumat pertandingan.

"Untuk dapatkan kristal Whabba."

Yuuma ingat-ingat lupa, kristal Whabba ialah kristal penebat sihir dan raksasa. Itu kelebihan dia, namun kekurangannya ialah sepanjang berada di dalam lingkungan kristal tersebut, sihir memang tidak dapat digunakan. Malah, ia tidak boleh sesekali kering. Kalau kering kristal itu tidak akan active.

"Kristal tu penting ke?" Yuuma tak tahu tentang itu.
Arslan ternganga.
"Pentinglah, adanya kristal tu boleh jadikan beberapa kawasan selamat malah boleh jadikan sebagai tembok penghalang kemasukan raksasa."

Yuuma mengangguk faham akhirnya.
"Aku kurang tahu tentang kristal ni sebab benda macam tu tak logis di pemikiran aku. Maka aku tidak mempelajarinya." Jujur Yuuma membuat Arslan mampu menggeleng.

Baru hendak berdiri, bahunya terlanggar dengan kumpulan yang ramai peminat itu.
"Maaf, aku tak sengaja." Yuuma baru hendak pergi setelah meminta maaf namun belakang leher bajunya ditarik. Kuang aja, sape tarik tu?

"Sesenang kau je budak kecik, baik kau melutut depan dia?"

'Hah!?' Yuuma pandang si muka budak rambut emas tu. Budak itupun main kerut dahi.

"Kau melampaulah, dia dah tak sengaja. Nak buat macam mana. Lepaskan dia." Ujar si rambut blonde tu. Yuuma senyum kemenangan. Budak rambut hijau tu pun mendengus dan tinggalkan dia dengan wajah tak puas hati.

"Kau kan dah baru je panggil kasut baru tu." Ujar si berambut hitam pula. Yuuma turut pandang bawah. Kasut hitam, dan macam jenama pada abad di dunia lamanya.

"Kasut je pun, boleh panggil berkali-kali." Ujar si berambut blonde tadi. Kemudian dia memandang Yuuma.

"Maafkan kawan-kawan aku."
"Tak apa, aku sedar aku siapa." Sinis. Bagus untuk bangsawan untuk sedar diri.

"Kau nak cari gaduh ke!?" Marah si berambut hijau. Sedar-sedar sahaja mereka menjadi tumpuan ramai tanpa disedari.

"Kita bergaduh kat arena. Nanti datang cari aku." Yuuma on smirk.

DIMENSION WORLD 𝐂Where stories live. Discover now