Yuuma berpeluk tubuh. Sangkakan dia sahaja gila, Amikie lagi gila darinya.
"Makmal kau ni penuh dengan kristal. Tak de benda lain ke kau nak buat koleksi?" Hairan Yuuma. Masuk je makmal Amikie, sana sini terletak bekas kaca yang terisi berbagai-bagai kristal.
"Kau ni tau ke sejarah kristal?"
Soalan Amikie dibalas gelengan selamba dari Yuuma. Amikie sweatdrop. Dia lupa Yuuma tak sekolah. Menghabiskan hari-harinya dengan menjelajah pelosok dunia.
Amikie buka GATE kecil, satu scroll berwarna pudar dan kusam dibawa keluar lalu membaling ke arah Yuuma. Yuuma sambut dan buka. Nampak macam satu cerita yang mempunyai kisah bergambar di dalamnya.
"Ini jurnal bergambar." Ucap Yuuma disambut anggukan Amikie.
"Dulu, manusia dunia ni hidup dengan sihir sendiri. Bergantung hidup dengan sihir adalah kehidupan sebenar mereka.""Pada suatu hari, jatuh meteor menghentam seluruh dunia. Aku tak sangka ada yang terselamat dari kecelakaan itu dan bersembunyi di bawah tanah. Mereka berselindung disana dan tunggu keadaan permukaan kembali reda."
Yuuma menyentuh gambar tersebut. Fikirannya dapat mengambar apa yang terjadi waktu itu.
"Ribut meteor yang melanda meninggalkan keindahan sebalik kekacauan. Pelbagai jenis kristal dan mineral pelbagai warna melata di dunia ni dan diyakini tersimpan keistimewaan yang tersendiri. Sejak itu, mereka mula memanipulasi tenaga yang tersimpan di dalam kristal-kristal tu."
Yuuma menggulung scroll tersebut. Wajahnya masih datar dan tidak berminat. Amikie menggeleng kepala.
"Kau banyak tahu tentang kristal."Amikie merasa bangga tak semena-mena dipuji oleh Yuuma. Amikie mengorak ke satu tempat. Disitu dia mengambil satu benda kecil lalu diserahkan kepada Yuuma.
"Kau tau fosil binatang apa ni?" Tanya Amikie.
"Ini amonit, sejenis haiwan laut yang hidup pada zaman Jurasik sebelum pupus di zaman cretaceous atau zaman batu kapur lalu jadi fosil." Jelas Yuuma sambil melihat jauh batu kecil itu."Batu ni tak ada kepala Shio." Amikie masih pelik.
"Kepalanya tu organik, jadi biasanya akan hilang masa proses pereputan. Benda yang berpusat ni pulak cengkerang amonit. Setahu aku, ni diperbuat daripada keratin dan kalsium karbonat. Ia macam kuku kita, sepanjang proses nak jadi fosil. Bahagian cengkerang akan digantikan dengan bahan yang lebih tahan lama macam Silika atau kadang-kala unsur logam."Amikie pula headstuck.
"Kalau tempat kita, comfirm benda macam ni kena incar."
"Barang kuno memang dapat perhatian. Lagi-lagi lukisan." Ujar Yuuma. Dia yang berada di dunia perisikan juga tau apa yang bernilai dan tidak."Sebenarnya kau nak tunjuk apa?"
Akhirnya Yuuma bertanya, Amikie kalau dah tunjuk minat dengan satu benda. Benda yang tu jugak dulu diceritakan."Oh, Mari sini." Amikie Teleport satu area. Tidak jauh dari tempat pameran kristal tadi. Yuuma ikut teleport. Terlihat tiga patung kaca dengan beberapa aksesori yang agak biasa berwarna hitam. Antaranya rantai, cincin, gelang, subang telinga dan juga jam tangan.
"Sebenarnya aksesoris ni menyimpan sut mengikut type. Aku gabungkan dengan kristal Grane agar ia membentuk dan menyerap kembali ruang gentian sihir pakaian yang aku reka." Jelas Amikie lalu mengambil jam tangan.
"Watch this." Sebaik Amikie memakainya, sesuatu yang keluar dari jam tangan itu. Seakan cecair berselubung hitam menyerap Amikie dengan pantas dalam satu detik.
Tak sampai beberapa saat, terbentuklah satu pakaian berhud kepala dan mempunyai topeng sendiri.
"Bila aku lukakannya." Amikie buka portal pemanggilan. Satu kunai dibawa keluar lantas memotong bahagian leher. Terlihatlah cahaya biru sahaja.
YOU ARE READING
DIMENSION WORLD 𝐂
FantasyAdventure | Fantasy | Reincarnation Dimensi Dunia yang mempunyai relung dimensi dimana pelbagai manusia yang terpilih rawak memasukinya selepas kematian di dunia mereka sebelum ini. Stayer dan Relife, dunia itu sepatutnya hanya milik mereka. Para R...