Yuuma duduk diam sahaja di dalam kelompok tersebut. Hanya dirinya dijauhkan oleh orang-orang disitu.
Apa yang dia tahu, orang-orang disekitarnya boleh membaca jiwa busuknya. Cis!"Kenapa kau membawanya kesini Aido?" Seorang lelaki separuh tua, menghampiri Amikie dengan riak serius. Yuuma boleh mengagak orang tua itu mesti ketua fanalis disitu.
"Untuk mengubah jiwanya. Tak nak tolong aku ke orang tua?" Soal Amikie selamba seraya tersenyum.
"Perubahan itu datang dari sikap dan pemikiran dirinya sendiri. Kami hanya mampu menegur mana yang tidak patut." Ujar orang tua itu mengerling Yuuma yang ketika itu merenung ke arah kanak-kanak yang sedang bersembunyi di sebalik khemah yang diduduki mereka."Dia baik, cuma hatinya masih busuk untuk menilai sikap orang lain. Itu sahaja yang aku kenali tentang dirinya." Jelas Amikie bersama senyuman tipis.
Orang tua itu mengurut janggutnya sambil berfikir sesuatu.
"Jadi, kedatangan kau ini meminta aku untuk menyedarkan dia tentang sifat kemanusiaan?"Amikie menggeleng.
"Dia boleh berubah suatu hari nanti. Tapi kami ada tujuan lain datang kemari.".....................
Negara ParlyMorie tergamam melihat kemunculan Kagami yang tersenyum manis di hadapannya.
"Ka-Kagami!?"
"Ya yang mulia, saya abangnya Itachi dan Momori, saya datang membantu."
Kerana tugas meronda di seluruh dunia telah selesai maka dia akan ikut menolong mana yang patut."Kami mencari kau selama ini, tapi tidak menyangka kau akan muncul sendiri."
Kagami tertawa dengan kata-kata Morie terhadapnya.
"Saya agak sibuk kebelakangan ini." Jelas Kagami akan situasi sebenarnya."Sebenarnya, Negara Perpurchpedia menolak tawaran aku." Adu Morie akhirnya mengubah topik. Kagami beriak bersahaja. Tiada yang perlu dirisaukan kerana Perpurchpedia sekadar batu loncatan tuannya.
"Oh ye ke, tinggal dengan menghantar tawaran ke negara yang lain." Ujar Kagami menjumpai solusi terbaik.
"Tapi, mereka tidak beriliansi denganku, malah kami tidak melakukan apa-apa kontrak perdagangan serta kerjasama." Jelas Morie dengan situasinya."Kalau begitu kita mulakan dengan negara Aurora, setahu saya mereka tidak pernah putus berbahagi hasil pertanian?"
Morie terkejut.
"Bagaimana kau mengetahuinya?" Hanya menterinya sahaja yang mengetahui.
"Kami mengetahui dari tuan kami." Maksud Kagami terhadap Yuuma.
Morie mendesah, Yuuma memang membuat kerja dalam diam.
"Tapi negara kecil itu tidak memberi sebarang kesan untuk menyakinkan negara yang jauh lebih besar." Morie sedikit memandang rendah negara Aurora sedangkam mereka sebelum ini pernah cuba untuk beraliansi. Tetapi gagal di pertengahan jalan atas kejadian sejak enam tahun lalu."Negara kecil jangan dipandang ringan yang mulia, sekiranya kami bekerjasama dengan mereka, negara Aurora pasti mendapat perhatian dari seluruh negara. Apatah lagi mendapat barrier secara percuma. Yang mulia tidak mahu mencuba nasib?" Asak Kagami mengikut rencana tuannya dalam diam.
Morie serba salah. Kebingungan dalam satu masa yang sama setuju.
"Aku cuba yakinkan Aurora. Tetapi, negara itu jauh dari sini. Kena sebarangi laut." Jelas Morie.
"Kami ada pengangkutan yang sesuai." Kata Kagami tersenyum manis.✧✧✧✧✧✧
Di tempat lain pula, di sebuah kawasan terpencil jauh dari kota. Terlihat sebuah bangunan sedikit usang namun masih tegap berdiri. Mengumpulkan beberapa orang di dalamnya.
"Relife dah buat konspirasi besar-besaran di kerajaan tu. Kalau benda ni berlanjutan, identiti kita sebagai Reborn akan terbongkar juga. Siapa yang buat perangai ni?" Person 1
"Kita dah kumpul Reborn yang lain. Tapi yang aku tau, agensi kita tak terlalu active. Mungkin ada Reborn lain yang sedang berani menentang. Kalau benda ni berlaku. Akan ada peperangan terbesar nanti." Person 2
"Relife yang berkuasa sekarang." Person 3
"Tapi kita boleh bergabung dengan Reborn tu, ini simbol mereka 'A' Alive. Mesti mereka organisasi yang besar." Person 4
"Kau gila ke!? Jumlah kita terlalu kecil dari Stayer yang sekarang berpihak dengan Relife. Kita akan ditangkap dan dijadikan hamba. Paling sadis, mati!" Person 1
"Macam ini sahaja, siapa yang setuju dengan 'A', kita boleh menetapkan pilihan masing-masing untuk ikut siapa yang mahu. Siapa yang tidak mahu, boleh kekal dalam agensi ni." Cadang person 7
"Aku tetap ingin mencari wang. Jadi aku berada dalam agensi ni sahaja." Person 3
"Aku cuba nasib dengan 'A'." Person 4
"Same." Person 8"So, kita akan beritahu agensi yang lain. Mungkin mereka juga akan merancang sesuatu untuk mengikuti 'A'." Person 7
..........
Di tempat lainnya.
Kerajaan yang lain.Sosuke mendekatkan matanya ke tiang lampu jalan. Sana tertampalnya notis pemberitahuan tentang Reborn dengan simbol 'A' Alive.
Berdiri disebelahnya pula, Madrid menjadi pengikut. Pakaiannya simple berbaju t-shirt. Semuanya Yuna yang sediakan untuk Sosuke yang teringin membawa Madrid.
"Apa ni manusia?" Sosuke berpaling ke arah Madrid. Jari telunjuk comelnya menunjuk poster kecil yang ditampal di tiang lampu jalan.
"Itu peringatan. Saya tidak tahu tentang kerajaan jadi saya kurang tahu makna sebalik ini." Jujur Madrid berhati-hati berkata. Risau Sosuke mencubit lengannya. Satu fakta tentang Sosuke ialah dia suka mencubit kalau dirinya tidak bersuara.
"Maaf cik, yang ni sebenarnya apa?" Sosuke menegur seorang wanita yang kebetulan duduk di bangku yang disediakan di situ. Jawapan Madrid tidak memuaskannya.
"Oh ini, "A" Alive tu Reborn yang jahat. Nak mengambil kesempatan merampas dunia kita. Jadi kamu kena jaga diri. Sebab mereka ni suka merampas sihir kita secara paksa." Ujar wanita itu sangat ramah.
"Alive, tapi ini kami. Kami tak jahat. Kami suka membantu manusia. Mereka yang tidak mengenali kami berfikiran sebegitu." Ujar Sosuke tanpa malu-malu mengaku dirinya ahli "A". Membuatkan wanita itu yang tadinya sangat ramah muka terkedu.
Madrid pula.
'Kenapalah aku dalam situasi ni juga?' Sweatdrop."Arghhhh! Reborn disini! Budak ni Reborn!" Jerit wanita itu histeria membuat orang-orang disekitar mula memandangi mereka. Madrid menjeling Sosuke yang beriak selamba apabila didekati.
"Betul ke kau Reborn?" Tanya seorang pemuda. Sosuke mengeleng kepala polos.
"Aku dari oragnisasi A, iaitu kami adalah Alive." Jujur Sosuke. Perkataan yang keluar dari mulut Sosuke akhirnya membuat mereka mula berbisik-bisik.Dari berkumpul akhirnya menjadi tempat tumpuan ramai.
"Kita kena beredar dari sini." Ujar Madrid mula risau dengan situasi sekarang yang kini didatangi beberapa truk tentera. Atau lebih tepat sekarang, mereka dikepung!"Kami telah meletak Whabba di sekitar ini, mohon orang awam menjauh untuk penangkapan Reborn mulai sekarang!"
Mereka terkepung. Orang awam mula beralih posisi dan melihat dari jauh.
Madrid? Dia lebih selesa berdiri di sebelah Sosuke kerana...BAM! Satu kotak dibaling oleh musuh. Satu peluru terisi dengan kapsul gas tidur berdekatan.
"Manusia, kau mungkin akan tidur." Ujar Sosuke sebelum Madrid rebah ke lantai.Semua orang terkejut. Sosuke dengan selambanya menyepak kapsul yang masih menyebut asap tersebut menyebabkan ia menyebar ke tempat lain.
"Tembak!"
Sosuke menyengetkan kepala. Terkejut dan terkagum dalam satu masa yang sama, manusia di hadapannya mengenakan btopeng gas. Orang awam? Sudah ada yang mula tertidur."Jangan bagi dia lepas!"
Arahan didengar sekali lagi. Tembakan yang berpusat ke arahnya membuat Sosuke mengaktifkan perisai di dalam tubuhnya.
Apabila peluru melanggar perisai yang pandang tembus itu, peluru itu terapung tidak menyentuh Sosuke.
Para tentera akhirnya tergamam melihat situasi tersebut sedangkan mereka sudah mengaktifkan Whabba."Manusia, boleh aku tahu kenapa kau menyerang aku?"
YOU ARE READING
DIMENSION WORLD 𝐂
FantasyAdventure | Fantasy | Reincarnation Dimensi Dunia yang mempunyai relung dimensi dimana pelbagai manusia yang terpilih rawak memasukinya selepas kematian di dunia mereka sebelum ini. Stayer dan Relife, dunia itu sepatutnya hanya milik mereka. Para R...