Moveon| Tryhappy

110 52 0
                                    

Hampir dua bulan lamanya, tentang kematian Kokoru dan yang lain menyebar di seluruh pelosok negeri. Morie, raja Parly jatuh sakit lamanya. Mak cik kembarnya dan Shiori menjaga ayahanda mereka.

Pak cik - pak ciknya yang lain mungkin masih melayani emosi mereka. Ayahnya juga seperti itu, namun kini dia mula menjalani rutin harian seperti biasa. Tetapi, dia masih menyayangi adik - beradiknya yang kadangkala mengunjungi rumah ini.

"Kita pindah."
Yuuma tahu, sakit kehilangan orang tersayang. Kerana itu terbayang-bayang. Untuk dia yang baru menerima mereka sebagai keluarga, juga turut rasa ditampar kecewa dan kesal. Kalaulah, masa boleh diputar balik untuk menghalang Kokoru dan yang lain pergi. Namun ia sudah berlaku. Dia merasa sedih yang teramat kerana tidak sempat memperolehi kenangan manis bersama mereka.

Yuuma dan keluarganya meninggalkan rumah lama mereka. Dalam perjalanan menaiki kereta kuda, Yuuma diam sambil membaca buku. Seketika dia akan menjeling ayahnya yang membelakangi dia dan ibunya. Ibunya pula santai menjahit disebelahnya.

"Bila Yuuma akan bersekolah?" Yuuma bertanya sekadar membuang sunyi.

"Kamu baru berusia enam tahun Yuuma." Andou berkata sambil tersenyum.

"Yuuma boleh masuk lebih awal. Bagaimana ayah?"

Moegi menggeleng, Yuuma menunggu balasan. Dia sebenarnya tidak tertarik dengan sekolah. Setakat mempelajari pelajaran asas, itu akan membuang masa berharganya.

"Kamu akan bersekolah pada usia kamu sepuluh tahun nanti sehingga dua belas tahun. Tahun pertama dan ketiga kamu kena ikut pelajaran. Tahun terakhir kamu akan ada uji nyali yang menentukan kamu mendapat sijil kelayakan atau tidak. Keputusan yang teruk akan ditempatkan di akademi yang kurang baik. Sekiranya kamu lulus, kamu akan ditempatkan di akademi yang lebih baik. Yah, cakap tentang kamu mungkin tidak berguna sebab kamu menguasai semua asas."

Penjelasan Moegi yang panjang lebar membuatkan Yuuma tertawa sendiri.
"Untuk Yuuma semua boleh. Tetapi," Andou membelai rambut Yuuma sambil menatap Yuuma manis. Yuuma menelan air liur. Dia lupa ibunya pencari jenis sihir yang baharu.

"Yuuma akan bantu ibu membuat sihir yang baharu."
"Terima kasih Yuuma!" Andou memeluk Yuuma gembira. Yuuma sweatdrop.

Sampainya mereka di tempat itu, Yuuma kagum dengan pemandangan disana. Di belakang rumah mereka diliputi hutan bergunung-ganang.
"Ini negeri Grisaly, negeri paling terhujung sekali." Jelas Moegi bercekak pinggang.

"Kenapa tidak ramai petempatan disini?" Ya, disana sangat luas. Tidak berpenduduk padat dan paling penting, rumah disana boleh dihitung dengan jari. Tinggal jauh dari jiran agak janggal dirasakan.

"Kerana negeri ini hampir dengan lembah raksasa disebelah tembok. Sebab itu ramai yang takut tinggal disini."

Oh begitu, Yuuma smile in evil. Nampaknya dia boleh mengeledah seluruh kawasan disana. Peluang untuknya membuat sarang sendiri.
'Mungkin ada gua yang berdekatan.'

"Kamu pergilah bermain, kalau bosan sangat, pergi tanya pengawal gerbang negeri ni. Boleh bermain di negeri jiran sebelah."

Cadangan Moegi disambut anggukkan.
"Kamu melepaskan Yuuma?" Andou datang bersama wajah risau. Dia tadinya sedang melihat-lihat rumah baharu mereka, jadi dia terlepas perbualan dengan anak dan suaminya di luar rumah. Sibuk sangat memerhati sekeliling.

"Yuuma boleh jaga diri, awak asyik bagi dia terperap je. Kalau saya memang saya akan bosan nak mati."
Ujar Moegi selamba membuatkan Andou terus mencubit lengan suaminya.

"Kalau Ibu tak izinkan takpe, Yuuma baik-baik je." Yuuma masih ingin menjaga hati.

"Tidak apalah, pergi berseronok. Ibu bergurau je tadi." Andou menggosok kepala Yuuma kasar. Yuuma tersenyum suka.

DIMENSION WORLD 𝐂Where stories live. Discover now