Hq utama - Alive
Yuuma menggosok-gosok mata. Terlalu lama dia meneliti suasana kerajaan yang dirakam oleh Sosuke ketika itu. Jauh lebih kemodenan dari negara. Tapi berapa kali pun tak guna, lebih baik pergi merasai sendiri. Betul kan?
"Tuan, nak saya check bawah tanah pulak? Sini ada landasan."
Yuuma berkerut, dia tidak tahu itu setelah melihat gerabak panjang dan melekat tersebut.
"Apa benda tu?" Soalnya.
"Sejenis pengangkutan yang berjalur untuk jarak jauh. Boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas." Sosuke yang ketika itu berada di kerajaan merayau-rayau menyamar menjadi anak seusia empat tahun. Sangat comel bersama belon dibawa sekali."Ia hampir sama dengan floating bullet train (FBT) pada abad kita. Yang bezanya tapak kereta ni guna sihir medan magnet." Muncul Amikie dengan GATE.
Yuuma menyandar malas ke kerusi hologramnya. Berpusing dan menghadap Amikie.
"Kau bawak aku." Yuuma senyum sungging.
Amikie menggeleng.
"Kerajaan tak boleh masuk dengan mudah kalau kau tak ada key card.""Key card?" Yuuma berkerut.
"Dah tu kenapa Sosuke dan yang lain boleh masuk? Siap guna GATE lagi?" Tanya Yuuma lagi.
"Mereka robot, bukan benda hidup. Ada barrier yang menghalang kemasukan benda hidup kat sana. Jenis barrier dia pakai kristal, bukan sihir."
"Kenapalah kau tak cakap awal-awal?"
"Kau tak tanya, aku tak bagitaulah."Yuuma mendengus, kalah kata.
"Jadi, mana aku nak dapatkan Key card ni?"
"Dari dalam kerajaan sendiri, kau nak guna bila?"
"Sekarang boleh?" Yuuma excited.
"Dengan syarat, kau kena bagi satu area dengan jumlah kristal yang banyak kat situ. Aku tau kau sorokkan dari aku."Yuuma mengeluh. Tak habis dengan kristal.
"Aku baru nak kaji tempat tu, mana tau boleh buat markas lain." Ujar Yuuma dengan jarinya menari di papan hologram.
"Kau akan letupkan tempat tu tanpa kebenaran aku lagi. Aku dah muak dengan perangai kau Shio." Ujar Amikie tidak suka dengan gaya Yuuma.
"What? Aku dah pastikan tiada benda hidup disana jadi tiada masalahkan?"
"Yang masalahnya, kristal. Aku nak cari jenis lain. Kau merosakkan khazanah yang ada."Yuuma meleret skrin hologram dengan wajah cemberut. Kalah kata lagi dengan Amikie. Dia tau dia tiada ilmu tentang kristal. Dan kristal boleh membantu dirinya juga walaupun dia tidak menggunakannya. Amikielah tempat kajiannya dan tempat dia bagi bila dia sendiri tidak dapat merungkai fungsi kristal tersebut.
"Ini, tempat yang aku jumpa dengan pelbagai kristal di barat daya. Aku hantar peta ke draft kau, bukalah nanti." File dihantar ke makmal Amikie sekaligus ke bahagian kerja Amikie.Amikie tersenyum puas hati dengan kerja Yuuma.
"Kalau macam tu, ikut aku. Kita masuk kerajaan sekarang. Aku nak beli key card kau."....
Di tempat yang lain. Sebuah Kerajaan."Tuan, saya perlu menunggu berapa lama untuk kekal begini?"
Ya, Sosuke yang hanya berdiri tercegat bosan memerhati manusia.
Tiada apa-apa dari balasan tuannya. Seperti kontak panggilan mereka setakat itu sahaja. Sudah lima belas minit dia begitu.
"Lantaklah, aku nak pergi bersiar sebelum dipanggil balik." Sosuke tersenyum meleret. Belonnya dilepas dan dia beredar pergi dari stesen itu.Ya, tugasnya bersama Sakura adalah meneroka seluruh Kerajaan dan memberi maklumat.
Kerajaan mempunyai CCTV juga. Berbeza dengan negara yang menggunakan bebola kristal untuk berhubung dan melihat tindak jenayah. Tetapi kerajaan mempunyai segala-galanya.
Yuuma boleh mengakses dan mengodam sistem yang terdapat pada pangkalan Reborn sebelum ini. Apa yang lebih menarik, dia boleh mengawal dan melihat seluruh kerajaan. Sangat hebat boleh mengakses sesuatu diluar pangkalannya. Sepertinya Reborn yang mencipta jaringan tersebut sudah tiada di dunia. Hanya tersisa pembantu dari kalangan orang dunia itu sendiri. Ada sahaja Reborn yang baik, namun mencurigai itu lebih kuat dari rasa saling mempercayai.
YOU ARE READING
DIMENSION WORLD 𝐂
FantasyAdventure | Fantasy | Reincarnation Dimensi Dunia yang mempunyai relung dimensi dimana pelbagai manusia yang terpilih rawak memasukinya selepas kematian di dunia mereka sebelum ini. Stayer dan Relife, dunia itu sepatutnya hanya milik mereka. Para R...