Seoul, Korea 2016
Musim sejuk di korea telah tiba. Semua orang di sini tahu kalau musim sejuk tiba mesti Namsan Tower menjadi sasaran untuk pasangan kekasih datang untuk mengunci cinta mereka. Begitu juga dengan Khair yang sudah sepuluh tahun menetap di sini kerana mengikut keluarganya. Tak lama lagi dia akan pulang ke Malaysia. Itu pun kerana mamanya mahu menjodohkannya dengan seseorang yang dia tidak kenali.
Khair merenung jauh dari puncak atas Namsan Tower. Sesekali dia meniup tangannya kerana sangat sejuk.
"Agaknya siapalah gerangan yang mama nak jodohkan aku. Kalaulah aku dapat jumpa orang yang selama ni aku mimpi dan selalu menemani setiap hari-hari aku dengan chattingnya di facebook." Getus Khair sendirian.
Biarpun dia tidak pernah melihat wajah gadis itu kerana gadis itu meletakkan gambar profilnya gambar anime tapi selama sepuluh tahun ini dia ingin sekali melihat wajah gadis itu dengan dua matanya.
Terlihat seorang gadis yang memakai gaun putih yang sedang duduk di tirai langsir juga berwarna putih tapi sedikit warna krim itu membuatkan Khair tertanya-tanya. Siapakan gadis itu? Gadis itu mengukirkan senyuman manis.
Khair menghampirinya namun gadis itu hilang sekelip mata.
Khair terjaga.
"Astagfirullah. Mimpi rupanya."
Gadis berkulit sawo matang yang rambutnya disanggul kemudian lengkap berpakaian gaun sering muncul di dalam mimpinya.
Kemudian Khair melangkah ke meja dan membuka komputer ribanya. Dia tersenyum melihat gambar profil anime milik gadis itu. Nama pun misteri.
The Nelly
Khair tidak pasti sama ada gadis ini meletakkan nama akaun rasmi dengan namanya sendiri atau sebaliknya.
Sikit lagi nak tahun baru. Tunggu saya dekat TBS, KL. Dah lama saya nak tengok wajah awak. Saya pasti akan cam awak nanti sebab imej awak dah ada dalam hati saya. - Khair
Tangan Khair laju menaip di atas papan kekunci. Sekarang dah bulan Disember 2016. Sikit lagi akan masuk tahun 2017 di mana dia akan pulang ke Malaysia selama sepuluh hari cuti annual leavenya.

YOU ARE READING
MIMPI INDAH
RomanceBagaimana aku boleh mencintai seseorang yang salah sedangkan sebenarnya aku mencintai si dia yang sudah lama menunggu aku? "Saya redha kalau selama ni Nad yang berada di setiap denyutan hati awak." - Ell "Shh. Awak terlalu banyak cakap. Sudikah awa...