Janji Temu

9 1 0
                                    




Tepat pukul 10 pagi, Ell sudah mengetuk kuat pintu bilik Nada. Mujur teman serumah Nada membukakan pintu untuknya. Kalau tak berjanggutlah tunggu kat luar rumah.

"Nad!!!!" Laungnya kuat memanggil Nada.

Nada yang berada di tingkat atas katilnya itu sudah menggeliat malas. Suara kedengaran seperti si Ell saja. Aduh ada apalah budak datang pagi-pagi. Mesti nak ajak teman pergi kelas makeup.

Dengan malas, Nada bingkas bangun dan menuruni anak tangga katilnya.

"Cepatlah Nad, teman aku!" Laung Ell lagi.

Nada pantas membuka pintu biliknya. Dia memisat matanya beberapa kali.

Ell hanya tersengih. Muka excited sungguh!

"Kau nak pergi mana lawa-lawa gini?" Soal Nada.

"Jom Nad... Nad, teman aku pergi date please!" Pujuk Ell sambil buat muka comel.

"Dengan siapa?" Soal Nada malas.

Ell kemudian menolak perlahan Nada masuk ke dalam bilik.

"Shh, diam-diamlah Nad. Aku nak keluar dengan.... Khai!" Balas Ell dengan ceria sekali. Hari ini dia menggunakan sepenuhnya bakat solekannya. Foundation setebal lima inci!

Nada melabuhkan punggungnya di atas meja solek. Dia tak salah dengar kan? Ell mahu keluar dengan Khai? Berdua?

"Kau apa? Keluar dengan Khai? Pergi mana? Lepastu kenapa kau datang rumah aku pulak. Aku ingat kau nak ajak aku teman kau pergi kelas makeup." Ujar Nad sengaja berlagak tenang sedangkan hatinya bergelora.

Ell tayang sebaris giginya yang putih tersusun itu.

"Dah-dah Nad, kau pergi siap. Aku nak kau teman aku. Tak syok kau tak ada!" Balas Ell. Dia sudahlah tidak sabar mahu keluar kali pertama dengan Khai. Bakal suaminya itu.

Nada akur.








Selepas memakirkan kereta Hondanya di parking Sunway Pyramid, Khair keluar dari keretanya dan membukakan pintu kereta untuk Ell. Manakala dia hanya membiarkan Nada keluar sendiri dari kereta. Walaupun dalam hati agak terasa tapi Nada hanya membiarkan. Dia tidak suka orang melihat dia sedih atau menangis sekalipun. Dia lebih selesa menyimpannya sendiri.

"Terima kasih awaknya," Ujar Ell. Setelah keluar dari kereta laju saja dia memaut lengan Khair. Mereka berjalan beriringan ke depan meninggalkan Nada yang jauh di belakang.

Nada pantas mengatur langkah untuk membuntuti mereka namun kakinya melecet pula. Sudah lama tidak berjalan sepantas ini.

Sampai di TGV Cinema, Ell tersedar Nada tidak berada di situ. Mungkin ketinggalan jauh di belakang tadi.

"Kenapa Ell? Awak cari siapa?" Soal Khair yang baru saja membayar tiket wayang.

"Nad mana? Dia tak ada kat sini." Getus Ell risau.

Tangan Khair laju mencubit pipi Ell.

"Eii geram, comel!" Puji Khair lantas tangannya perlahan memeluk pinggang Ell. Sepuluh tahun dia amat merindui semua ini.

"Kejap lagi Nad sampailah tu." Sambung Khair.

Dari jauh Nada terpandangkan Khair mesra dengan Ell. Nada hanya tersenyum nipis. Dia agak lewat sampai ke TGV kerana kakinya melecet tadi.

"Sorry korang, aku baru sampai." Sapa Nada.

"Khai, Nad... Laparlah. Jom makan dulu. Masa nak tengok lambat lagi kan pukul 1.45 tengah hari. Nak makan apa eh? Khai awak suka makan apa?" Ujar Ell lalu mengusap perutnya yang sudah berkeroncong hebat. Mana taknya bangun pagi dia tidak menjamah apa-apa terus saja bersiap-siap untuk keluar.

"Jom Myeondong Topokki?" Nada memberikan cadangan. Haraplah semua orang setuju.

Khair dengan Ell hanya mengangguk tanda setuju.

Sampai di Myeondong Topokki, Khair memilih untuk duduk di bahagian hujung restoran. Privacy katanya. Senang mahu berborak.

"Cepatlah order. Lapar sangat dah ni. Khai awak nak makan apa?" Tanya Ell lagi. Khair hanya merenung wajah putih mulus Ell.

Telefon Khair berdering pula.

"Kejap ya Ell." Khair meminta diri untuk menjawab panggilan kerana mamanya yang call. Selalu kalau mama call ada urusan penting.

"Assamualaikum mama. Ada apa call Khai?" Sapa Khair di dalam talian.

"Waalaikumussalam. Saja je kacau kamu. Nak bagitahu mama dengan papa singgah pergi rumah Aunty Delina, Mami Ell. Nanti kirim salam Ell ya," Pesan Datin Haliza di dalam talian.

"Okey baik mama. Nanti Khai kirimkan. Kirim salam jugak dekat Aunty Delina." Balas Khair lalu talian dimatikan.

Khair kembali menuju ke meja dan melihat makanan yang dipesan sudah sampai. Matanya tertancap pada Bulgogi Beef yang harum baunya. Sedap!

"Siapa order ni? Sedap..." Getus Khair lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Ell.

Ell menuding jarinya ke arah Nada.

Nada mengukirkan senyuman.

"Makanlah." Balasnya ringkas.

Khair pantas mencapai sudu dan garpu. Dia menjamah Bulgogi Beef Deopbab tu dengan rakus lantas menjerit kepanasan.

"Panas!"

Nada memberikan secawan air green tea. Ell hanya tergelak.

"Cepatlah korang makan. Lambatnya. Tengok saya dah habis dah," Ell menyampuk. Makanannya sudah pun habis. Melihat Khair dan juga Nada makan macam siput!

"Sabarlah kita orang menikmati." Getus Nada.

Khair mengalih pandangannya kepada Nada.

"Tahu tak apa. Awak tu makan laju-laju nanti gemuk macam mana nak jadi isteri saya," Balas Khair selamba.

"By the way Ell, awak belajar ambil course apa?" Soal Khair pula.

"Saya ambil course fashion design. Lepastu buat part time makeup artist stand for MUA." Jawab Ell lalu dia menghirup air green teanya. Kemudian dia mengeluarkan bedak kompaknya dan menempekkan sedikit di atas mukanya.

Khair hanya mengangguk tanda faham. Di dalam hatinya terasa lain. Kenapa dia tak pernah tahu The Nelly buat semua ni sedangkan The Nelly yang dia kenal belajar course business studies dan bekerja part time juga. Tapi segala galanya The Nelly memberitahunya.

"Kejap saya nak pergi tandas nak betulkan makeup. Macam dah luntur," Getus Ell. Dia bingkas bangun dan menuju keluar dari restoran.

Suasana menjadi sunyi sepi apabila Ell pergi ke tandas namun Nada hanya berlagak tenang.

"Nada, saya hairanlah." Getus Khair memecah kesunyian.

"Kenapa tu..." Balas Nada perlahan. Dia cuba memandang wajah Khair yang kelihatan berkerut itu.

Nada sekali lagi tersenyum.

"Awak selama ni chat dia kan? Apa yang nak hairan awak dah kenal hati dia lebih dari tu. Cuma semua ni take time bila korang berdua bertemu depan mata. Sabar ya Khair. Ell perlukan masa." Ujar Nada tenang.

Khair melepaskan keluhan berat apabila mendengarnya.

"Betul jugak kan, Nad. Awak pulak ambil course apa?" Tanya Khair mengajukan soalan kepada Nada pula.

"Business studies," Balas Nada ringkas.

Ell kembali ke meja dan mengajak untuk pergi ke panggung wayang semula.

"Jomlah korang. Dah pukul berapa ni. Nanti terlepas nak tengok spiderman." Ell bersuara.

MIMPI INDAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang