Loket untuk si dia

10 1 2
                                    

Malaysia 2017

Sepanjang berada di dalam ETS, Khair tersenyum sendiri melihat loket yang berbentuk hati yang dibelinya sebelum bertolak ke Malaysia pagi tadi.

Mamanya, Datin Haliza yang perasan anak lelakinya itu sedari tersengih itu pantas saja menyapanya.

"Kamu dah kenapa Khair? Tersengih-sengih. Dah tak sabar nak jumpa bakal isteri kamu ke?" Sapa Datin Haliza. Haraplah anak lelakinya dapat menerima Ell atau nama sebenar anak kawannnya itu Dalia Farhana.

Datuk Khir yang turut perasan keletah Khair itu sengaja mencuit bahu Khair.

"Ada-ada je papa dengan mama ni. Khair tengah fikir nak jumpa kawan-kawan Khair yang dekat Malaysia ni. Lama betul tak jumpa dia orang. Mesti dah besar panjang. Maklumlah dah umur 25 tahun masing-masing kan." Balas Khair tenang saja riak wajahnya. Padahal dalam hati sudah terbayang wajah gerangan The Nelly yang sudah lama bertakhta di hatinya.

Sampai saja di TBS, Kuala Lumpur, Khair yang terlebih dahulu turun dari ETS dan matanya melilau mencari gerangan The Nelly namun terasa hampa kerana tidak ada satu pun seseorang yang sedang menunggunya di situ.

"Kamu cari siapa Khair?" Getus Datin Haliza yang hairan melihat Khair tercari-cari seseorang.

"Tak ada apalah mama. Saja tengok-tengok kawasan ni dah lama sangat tak datang sini kan." Jawab Khair.











Nada Amelia sedari tadi berdiri di depan stesen ETS. Menunggu seseorang tapi di manakah dia? Matanya juga melilau mencari tapi turut hampa.

"Aku kena scam agaknya. Dia takkan datang jumpa aku." Desis hatinya sendiri.

"Nad!!!!" Laung Ell sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Nada.

"Weh Ell... Mana kau tahu aku kat sini?" Soal Nada yang tidak tahu menahu bahawa sahabatnya Dalia Farhana turut berada di sini.

"Tak aku...." Belum sempat Ell meneruskan kata-katanya, Datin Haliza pantas menjerit memanggil namanya. Teruja gamaknya melihat bakal menantunya.

"Dalia Farhana!!!!" Laung Datin Haliza pula bersama sekujur tubuh lelaki muda yang berbadan tegap. Kalau Datuk Khir dia kenallah. Ni handsome gila!

Bulat mata Ell memandang wajah ketiga-tiga mereka serta wajah anak lelaki Datin Haliza. Betullah kata mami yang anak lelaki dia memang handsome. Mungkin anak dia tu, berkali-kali Ell meyakinkan dirinya.

"Assalamualaikum aunty," Sapa Ell dan juga Nada lalu mengucup tangan tua Datin Haliza.

"Waalaikumussalam. Cantik betul dua-dua ni. Tapi bakal menantu aunty lagilah cantik." Ujar Datin Haliza. Melihat kecantikkan Ell serta gayanya membuatkan dia lebih yakin untuk menjodohkan Khair dan juga Ell.

"Haa by the way, perkenalkan ni anak aunty Khair. Khair, ni la Dalia Farhana yang mama cerita selama ni. Ni pulak kawan Ell, Nada namanya." Datin Haliza memperkenalkan bakal menantunya dan juga Nada kepada Khair.

"Hai, cantik." Balas Khair seperti tidak berminat dengan sesiapa pun di antara mereka. Loket yang dibawanya disimpan kembali di dalam backpacknya.

Nada amat mengamati wajah Khair. Biarpun dia hanya meletakkan gambar anime di profil facebooknya tapi lelaki yang selama ni dia berchatting itu ada gambarnya. Khair ialah orang yang selama ini dia tunggu. Berbadan tegap, tinggi dan juga berambut sedikit blonde. Ya, Khair memang orangnya. Tapi kenapa Khair tidak mengecam wajahnya? Khair juga telah menyatakan yang dia akan mengecam imej dirinya kerana Nada sudah memberitahu segala tentang dirinya selama sepuluh tahun ini. Sampai hati lelaki itu langsung tidak mengecamnya.

Apabila mendengar kata-kata dari Datin Haliza lagilah buat Nada hendak tahu adakah benar Ell akan menjadi bakal menantunya dan juga bakal suami lelaki yang dia kenali terlebih dahulu itu?

Nada redha.

"Khair, Ell cakap dia selalu chat dengan sorang lelaki ni dekat facebook. Awak ke orangnya tu?" Sapa Nada. Pura-pura saja dia bertanya begitu.

Mata Ell menjenggil.

"Aik bila masa pulak aku ada chat?" Getus Ell tak puas hati lantas Nada mencekup mulutnya.

Ell yang tidak tahu menahu itu berkerut dahinya.

Nada memberi isyarat kepada Ell. Terus Ell faham isyarat sahabatnya itu.

Khair di situ turut berkerut. Mendengar gadis yang bernama Nada ini memberi teka-teki kepadanya. Malas sebenarnya mahu melayan. Sudahlah dia kecewa kerena The Nelly tidak datang hari ini. Punah harapannya.

"Err Encik Khair, ni lah The Nelly yang awak cari selama ni tu." Nada bersuara lantang. Hatinya ingin menjerit sekarang ini. Tak apalah Nad, kau kan hanya anggap Khair sebagai kawan rapat kau yang mengisi setiap hari-hari hidup kau. Bukan kau cintakan dia pun, desis hatinya.

Datin Haliza dengan Datuk Khir memandang wajah sesama sendiri.

"Dahlah Khair jom balik. Nanti lambat pulak nak balik rumah. Mama dengan papa dah penat ni. Perjalanan jauh sakit pinggang mama." Getus Datin Haliza.

"Kejap mama." Balas Khair.

Baru saja Nada mahu menjelaskan lebih panjang lagi tentang The Nelly yang palsu yang dilakonkan oleh Dalia Farhana, sahabatnya sendiri, ada seorang lelaki yang berlari seperti mahu mendapatkan bas terus melanggar kasar tubuhnya. Nada hampir saja mahu terjatuh dan Khair pantas memaut pinggangnya. Mata mereka bertatapan untuk seketika.

Nada menelan air liurnya melihat wajah Khair yang begitu kacak. Wajahnya yang kuning langsat, mata sepet itu membuatkan hatinya berdebar-debar.

Ell yang melihatnya terus berdehem.

"Ehem. Bakal suami aku tu." Sapa Ell.

Khair melepaskan tubuh Nada perlahan.

"Sorry, by the way. Panggil saya Khai pun boleh. Awak berdua memang cantik. Mulai hari ini korang berdua boleh jadi kawan saya. Korang orang pertama yang saya jumpa kat Malaysia lepas sepuluh tahun saya duduk Korea. Bye kawan baru." Ujar Khair dengan tenang sekali wajahnya.

"Khai, nombor?" Ell mencelah.

"Takkan awak masih tak cam saya. The Nelly awak?" Getus Ell lagi cuba meyakinkan Khair. Siapa tak cair melihat lelaki tampan seperti Khair. Walaupun Nada menyuruhnya menyamar. Yalah alang-alang mahu menjadi bakal isterinya kan. Kena menyamar pun sanggup sebab handsome sangat!

Khair mengeluarkan iPhone 12 pronya. Akhirnya mereka berdua bertukar nombor telefon dan Khair bingkas membuntuti papa dan juga mamanya menuju ke limousin yang ditempah papanya.

"Bye handsome!" Laung Ell sambil melambaikan tangannya lalu tersenyum sendiri.

"Bakal suami aku ke tu. Weh handsome teruk!" Getusnya lagi.

Nada turut melambaikan tangannya.

Dia hanya melihat Ell tersenyum bahagia.

Di dalam hatinya berkali-kali mengatakan "Kau kuat Nad, kau tak boleh nangis depan orang,"

"Nad, jom balik! Aku hantar..." Getus Ell girang sekali.

MIMPI INDAHWhere stories live. Discover now