Demi Sahabat

11 1 0
                                    

Nada merenung siling. Pandangannya kosong tapi fikirannya melayang. Moodnya hilang terus selepas pulang dari TBS tadi. Dia kemudian duduk di birai katil dan sekejap baring pula.

Stres!

Dia bingkas bangun dan membuka laci meja soleknya. Tangannya pantas mencapai album gambar yang tertulis 'My Bestie'.

Nada menyelak helaian demi helaian. Penuh satu album gambar-gambarnya bersama sahabatnya Dalia Farhana yang lebih dikenali sebagai Ell itu. Ell itu juga panggilan yang diberikan olehnya kerana nama Dalia Farhana itu panjang baginya, jadi dia ringkaskan kepada 'Ell' saja.

Ell juga sahabatnya sejak dari kecil lagi. Sentiasa ada untuknya dikala susah atau senang. Kemana saja dia pergi pasti Ell membuntutinya. Dia bersyukur walaupun dirinya serba sederhana, bukan juga dari keluarga senang tapi Ell tetap mahu berkawan rapat dengannya. Sekarang ni mereka juga menjalani latihan internship di tempat yang sama iaitu di pejabat korporat di bandar Kuala Lumpur. Keluarga Ell pula, keluarga yang sangat kaya dan ternama. Pada mulanya Nada segan mahu mendekati Ell tapi melihat Ell selesa dengannya, jadi mereka bersahabat sehingga sekarang.

Ell ada juga mengajak Nada untuk tinggal bersamanya tapi seperti biasa Nada segan. Dia selesa tinggal di bilik sewa. Nada juga kadang-kadang terpaksa mencari duit sampingan dengan bekerja separuh masa. Yalah mahu membayar bilik sewa bukan murah di bandar Kuala Lumpur ni.

"Aku sayang kau, Ell. Mana mungkin aku rampas jodoh yang dah ditetapkan oleh keluarga kau." Desis Nada sendirian lantas dia menampar perlahan pipinya.

"Apa yang kau cakap ni Nad. Khair bukan sesiapa dalam hati kau. Dia hanyalah kawan kau."

Nada merenung lagi senyuman Ell yang diukirkan di dalam sekeping gambar mereka semasa belajar di semester satu. Lain sungguh wajah mereka pada masa itu. Tapi Ell tetap nampak cantik dan bergaya. Maklumlah Ell mengambil bidang fesyen dan kadangkala mereka berada di dalam kelas yang sama.

Nada menutup kembali album. Dia terpandangkan komputer ribanya.

"Laptop ni lah aku selalu chat dengan dia. Sepuluh tahun kami berchatting dan bertanya khabar setiap hari. Siang malam dan berkongsi pelbagai cerita serta suka dan duka. Dia janji nak bawak aku pergi Namsan Tower. Jalan-jalan kat Korea. Dia suka makan Bulgogi Beef."

Nada redha.

Sabar Nad.

Bukan salah Khair tak cam kau. Salah kau sebab tak tegur dia dulu. Demi sahabat, Nada akan berusaha menyatukan Ell dan juga Khair.

Akhirnya Nada terlelap dan dibuai mimpi.














Sejak pulang dari TBS tadi. Khair berkurung saja di dalam bilik. Mamanya ada mengajaknya turun makan tapi dia tidak berselera mahu menjamah apa-apa.

Dia merenung skrin komputer ribanya. Dari tadi menunggu The Nelly menghantar mesej.

Sunyi. Melihat peti masuk chat kosong.

Betul ke Ell tu The Nelly?

Sudah satu jam dia berfikir benarkah Ell yang mamanya mahu menjodohkan itu The Nelly yang selama ini bertakhta di dalam hatinya dan dia juga tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang muncul di dalam mimpinya itu. Adakah Ell orang itu?

Melihat senyuman Ell. Sungguh ikhlas. Tapi kenapa masa dia turun dari TBS Ell tak tunggu. Mungkin dia ada hal. Khair memujuk hatinya sendiri.

Tapi Ell manis jugak orangnya. Tinggi lampai. Berkulit putih dan mempunyai rambut yang lurus. Dia juga pandai bergaya.

Awak tahu tak saya ni tak cantik tau tapi kalau nak jadi suri hati awak, boleh je.

Khair tersenyum sendiri.

"Dia saja cakap macam tu. Padahal depan-depan macam model catwalk."

Khair mencapai telefon dan menghubungi Ell.

"Assalamualaikum awak, sorry ganggu. Awak dah tidur ke?" Sapa Khair di dalam talian.

"Waalaikumussalam ye Khai. Belum tidur lagi. Tengah tunggu awak call." Balas Ell. Suaranya serak. Sebenarnya dia sudah mahu tidur tapi melihat gerangan Khair yang call terus saja matanya segar bugar.

"Esok hari ahad. Hmm..." Getus Khair serba salah pula mahu mengajak anak dara orang keluar.

"Hehe. Kenapa dengan hari ahad?" Jantung Ell berdebar. Khair mahu mengajak dia keluar ke? Tak sabar betul!

"Jom keluar. Tengok wayang ke? Boleh tak kita pergi yang dekat-dekat je sebab saya biasalah tak tahu lagi jalan kat sini." Kata Khair jujur. Sememangnya dia tak familiar lagi dengan tempat di Malaysia ini lagi-lagi sudah sepuluh tahun tinggal di negara orang.

"Boleh je Khai. Saya on je. Nanti saya bawak awak tengok wayang. Kita tengok movie spiderman. Orang cakap best. Jom! Tapi janji awak jemput saya tau. Haa btw, saya kena ajak Nada sekali." Tutur Ell.

"Kenapa pulak nak ajak dia?" Desis Khair.

"Dia kan kawan baik saya. Kalau tak ada dia. Lain macam. Saya dah biasa ajak dia pergi mana-mana." Ujar Ell lantas dia terlelap.

"Hello?" Sapa Khair. Talian senyap. Khair matikan talian.

Khair tersenyum sendirian.

"Lain betul dia dalam chat dengan luaran."

Akhirnya Khair merasakan hidupnya separuh lengkap apabila dapat bercakap dengan The Nelly.

MIMPI INDAHWhere stories live. Discover now