Janji Temu Part 2

8 0 0
                                    

Usai menonton wayang di TGV, Ell mengajak pergi ke satu tempat kesukaannya iaitu pusat permainan kanak-kanak tapi biasalah ada juga orang dewasa yang bermain di situ.

"Khai, jom lawan drive kereta!" Pelawa Ell selamba lalu menarik tangan lelaki itu. Khair hanya akur.

Untuk menutup rasa cemburu Nada, dia berpeluk tubuh sambil memerhatikan pelajar kolej international yang bermain hoki ais tu.

Sedang dia leka, dia terdengar namanya dipanggil kuat oleh Ell.

Ell pantas saja menarik lengannya untuk menuju ke mesin bergambar.

"Aduh budak berdua ni," Keluh Nada lantas dia tersenyum terpaksa. Sempat dia memandang wajah Khair. Akhirnya gambar mereka dicuci oleh mesin itu dan keluar empat keping gambar.

Ell menjerit.

"Muka aku!!!" Laungnya.

Khair mengusap rambut Ell.

"Comellah tu." Puji Khair lantas mencapai sesuatu di dalam poket seluarnya.

"Ell, tutup mata." Tutur Khair lembut saja kepada Ell.

Ell menutup matanya perlahan.

Khair memasangkan loket yang berbentuk hati itu di leher mulus Ell.

"The Nelly, I love you."

"I love you so much sayang."

Ucap Khair meluahkan perasaannya yang selama ini dia pendam.

Nada yang sedari tadi membatukan diri di situ hanya tersenyum nipis.

Apabila Ell membuka luas matanya, dia sempat memegang loket yang dipasangkan oleh Khair itu. Lantas dia mendakap tubuh Khair.

"I love you too my future husband!" Balas Ell akhirnya membalas perasaan Khair yang akan menjadi bakal suaminya itu.

Nada terkedu tapi dalam masa yang sama dia gembira. Gembira melihat sahabatnya bahagia.

"Tahniah Ell. Mesti Datin Haliza tak sabar nak tunggu kau habis belajar. Atau kau nak terus kahwin dengan Khai?" Soal Nada tenang saja.

Ell tersengih.

"Nak terus kahwin pun no hal, Nad. Aku sayang Khai. Aku nak sangat dia jadi suami aku ," Tukasnya.

Khair yang berada di sebelah Ell turut tersenyum.

"Terima kasih Nad sebab temukan saya dengan The Nelly, cinta pertama saya," ujarnya tulus sekali.

Nada hanya mengangguk.


Nada terasa malas mahu pergi kerja hari ini. Entah apa yang menganggunya malam tadi. Mungkin sukar mahu tidur.

Masuk saja di pejabatnya selalunya Nada akan mengemas mejanya yang berselerak dengan fail staf tapi kali ini dia hanya membiarkan.

"Nad, harini induction pukul berapa? Sapa Abang Razi yang merupakan senior hr.

"Pukul 10 pagi," Jawab Nada berlagak tenang. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Sedang dia leka merenung fail-fail yang berselerak di atas meja, Abang Razi sekali lagi menyapanya.

"Nad, ada orang kat luar tu. Cuba tengok kejap. Rasa nak interview tu," Kata Abang Razi apabila sedari tadi melihat seorang lelaki yang mundar mandir di depan pejabat mereka.

"Kejap eh Abang Razi," Dengan malas, Nada perlahan menuju ke luar pintu pejabat mereka.

Buntang matanya melihat sekujur tubuh Khair di depannya.

"Err, apa awak buat kat sini?" Soal Nada kaku.

Khair menarik perlahan tangan Nada.

"Awak habis kerja pukul berapa? Saya nak ajak awak teman saya pergi satu tempat boleh?" Ujar Khair. Di mana dia tahu Nada bekerja di tempat ini, dia sengaja bertanya kepada Ell tentang di mana tempat Nada bekerja.

"5.30 petang. Hmm, mana awak tahu saya kerja kat sini?" Soal Nada kembali kerana hairan. Setahunya sepatutnya Khair pergi ke tempat kerja The Nelly bukan dirinya.

"Sekarang apa-apa hujung jari je," Getus Khair ringkas sahaja dia menjawabnya.

"Boleh tak teman saya? Nanti petang saya datang jemput awak," Sambung Khair.

Nada seperti biasa hanya menganggukkan kepalanya.

MIMPI INDAHWhere stories live. Discover now