Rayyan dan Faris yang duduk berdua sahaja di dalam bilik rawatan itu hanya berdiam tanpa satu suara.
Rayyan yang sedang tekun merawat luka-luka di tubuh badan Faris itu memecahkan suasana yang sepi itu dan Rayyan memulakan bicaranya.
"Faris can I ask you something " ujar Rayyan
Faris masih berdiam kan diri dan memandang Rayyan untuk menyambung percakapan nya itu. Malas hendak menjawab, kalau dia kata tak boleh pun tetap si mamat itu menanyakan nya juga.
" Nama penuh kau apa, siap nama bapak kau sekali " kata Rayyan dengan senada
Faris diam sejenak dan memberitahu nama panjangnya.
"Faris Fahrezzi Bin Ahmad Taufiq " kata Faris dengan tenang.
Rayyan mula hanya diam setelah mendengar nama sebenar Faris. Dia diam dan otak nya berfikir apa kena mengena Faris dengan Danny.
Faris Fahrezzi ?
Fikri Danny ?
Apa kena mengena dengan diaorang ni sampai Deryan suruh Danny balik, tak pernah-pernah Deryan suruh Danny balik Malaysia semenjak dia kutip mamat tu, argh serabut otak aku fikirkan.
" Tadi aku dengar kau sebut abang. Means kau ada abang kan? Nama dia apa " kata Rayyan untuk memastikan apa yang dia fikir sama. Adakah Faris dan Danny adalah adik beradik?.
" Kenapa kau nak tahu nama abang aku, rasanya tak penting untuk kau tahu. And aku pun tak kenal kau, tiba-tiba kau nak kenal family aku asal " datar Faris dengan tenang
" Aku tanya jawab bukan menjawab " marah Rayyan dan menekan kuat tapak kaki nya itu
"Stop sakit gila " marah Faris apabila Rayyan menekan tapak kakinya itu, sakit tahu tak
Rayyan senyum sinis dan sambung menjahit tapak kaki Faris
Faris pula diam dan menarik nafas dalam-dalam, dengan satu nada dia menyebut nama abangnya itu " Fikri Danny bin Ahmad Taufiq nama abang aku"
Terus berhenti Rayyan menjahit kaki Faris itu dan memandang wajar Faris dengan terkejut.
" Kau tahu abang kau dekat mana sekarang " soal Rayyan dengan perlahan
Faris hanya menggeleng sahaja. Dia jadi sebak apabila teringat akan abangnya itu, dimanakah lelaki itu sekarang? .
Rayyan mematikan jahitan itu dan memotong lebih benang, dan setelah itu dia membalut tapak kaki Faris dengan bandage.
Setelah selesai Rayyan terus mengemas barang rawatan itu dan meletakkan di tempat asalnya itu.
"Follow me " ringkas Rayyan berkata
Faris bangun dari duduknya itu dan mengikuti Rayyan. Malas hendak membantah arahan Rayyan, kalau dia bantah dia kena juga maki dengan Rayyan. Baik dia ikut je.
Rayyan dan Faris menuju ke parking kereta Rayyan itu.
" Masuk " kata Rayyan dengan dingin
Faris hanya mematuhi arahan Rayyan sahaja, malas hendak berlawan. Dengan kaki nya tambah sakit dan berdenyut-denyut lagi.
" Ray rumah aku bukan jalan sini, patah balik " kata Faris
Rayyan hanya diam sahaja. Faris mula geram dengan sikap Rayyan yang dari tadi sikap dingin setelah menanyakan nama abang nya tadi. Abangnya ada buat salah ke dengan mereka, haih. Mana lah kau pergi bang, aku rindu kau gila. Baliklah, Nana pun rindu kau
Setelah hampir 15 minit dalam kereta, akhirnya tiba di Condominium mewah milik Deryan.
Tercengang mulut Faris memandang Condo mewah itu. Kalau dia ingin membeli condo mewah macam ni belum tentu gajinya 10 tahun dapat beli.
YOU ARE READING
Martin's
ActionDARK S1 [Slow update] (TAK ADA DESCRIPTION ) Story ini terlalu random dan tidak masuk akal Alert : story ini teramatlah hambar dan plot tunggang langgang dan juga banyak bahasa kasar !!! Beautiful cover by ranchakv - DI LARANG PLAGIAT -