BAB 12

10 0 0
                                    

Airport Kuala-Lumpur Malaysia

" Panas nya hari ni dekat Malaysia " kata Lelaki itu

" Mana lah diaorang ni, dalam Airport pun rasa bahang tu dekat luar mesti lagi panas ni, argh nak balik France " bebel Hendry dengan mengibas-ngibas tangan ke muka nya.

" Bising lah kau ni, memekak je " Marah Jay apabila dari tadi suara Hendry berbunyi tak reti diam sekejap ke apa. Dia ingat dia sorang je panas aku ni bukan setakat panas di badan tapi panas hati pun ada. Manalah diaorang ni lupa ambil kitaorang ke apa, dah setengah tunggu.

Hendy menjeling Jay apabila Jay memarahi dia. Parents aku pun tak pernah nak marah aku ni kawan, hurm.

"Merajuklah tu, menyampah . Umur dah 20 tahun tapi masih macam 20 bulan " sindir Jay apabila perasan Hendry berdiam dan mulutnya dah serupa itik.

Jay dan Hendry sebaya , 20 tahun. Rayyan, Aerez , Deryan, Felix dan Danny pula sebaya umur mereka 24 tahun. Harry pula berumur 23 tahun.

" Désolé monsieur ( maaf Tuan ) " kata Salah seorang anak buah Martin's itu dengan tiba-tiba. Baik mereka berdua tak ada sakit jantung kalau tak dah mati dekat situ.

Jay terus berubah muka dingin nya dan memandang mereka dengan tajam. Mereka memang akan membuat muka dingin dengan anak buah bawahan sahaja sebab tak nak mereka naik lemak nanti.

"Hendry bangun now, jom " Kata Jay dengan dingin

Hendy yang masih merajuk itu terus bangun dari duduknya dan ikut gerak kan Jay. Kang tak pasal kena tengking lagi pula.

Beg-beg mereka hanya di tinggal sahaja disitu, pandai-pandailah anak buah Martin's bawak nanti, dia tinggalkan memang tempah maut.

" Masuk Hendry " kata Jay dengan dingin nya lagi.

Hendry Menjeling tajam jay dan mencebit " pour prévenir mon frère, je le saurai plus tard (bagi tahu abang aku baru tahu nanti) " desis Hendry dengan perlahan. Tetapi masih boleh didengari oleh Jay. Ingat aku takut dengan abang kau tu.

" bagilah tahu, entah-entah abang kau pun malas layan kau" kata Jay dengan selamba nya.

Hendry hanya diam sahaja dan memandang keluar tingkap. Kereta mula bergerak dipandu oleh salah sorang anak buah Martin's.

Setelah hampir 30 minit sampai di mansion milik Rayyan, kenapa Rayyan sebab rumah dia tu bukannya ada orang duduk pun, yang duduk Rayyan dan Harry berdua sahaja, itu pun kadang-kadang Rayyan duduk seorang diri sebab Harry tinggal di Markas.

Mereka berdua turun dari kereta itu dan merenggangkan segala tulang sendi.

Dua lelaki berjalan ke arah Jay dan Hendry dengan menampakkan muka dingin mereka.

" Korang pergi bawak beg-beg diaorang letak dalam Mansion lepastu berambus dari sini " arah Harry dengan dingin.

Harry memandang tajam Jay dan Hendry , lalu dia masuk ke dalam Mansion diikuti oleh Rayyan , Jay dan Hendry.

"Ray, Harry kenapa ? " Soal Jay seakan berbisik

"Dia tak ada mood tu, jangan kacau kang ada yang mati dekat tangan dia sekejap lagi " kata Rayyan dengan perlahan juga.

Hendry yang berjalan di belakang mereka itu tidak beberapa dengar perbualan antara mereka berdua.

Hendry yang masih mood merajuk itu hanya diam tanpa berkutik suara keluar dari mulutnya. Biasalah anak bongsu, manja teramat lah.

" Kata Yan nak jumpa aku dengan Hendry, mana mamat tu" soal Jay memecahkan suasana sepi itu.

" Dia busy , kena jaga Reis. Nanti dia datang lah tu " balas Rayyan

Martin'sWhere stories live. Discover now