SETELAH kelibat si devils sudah tidak lagi kelihatan, seluruh pelajar kelas Sapphire menghembuskan nafas lega.Mereka sudah terlepas dari cengkaman si devils."Fuh,lega!"
"Aku hampir nak tercirit tadi woi.kenapalah si devils tu buat lawatan mengejut?"rungut salah seorang pelajar.
"Alah,benda dah berlalu usah dikenang lagi. By the way,marilah kita berkenalan dengan pelajar baru tadi"
"Jom,jom"
Tak sampai beberapa ketika, Katherine di kerumuni oleh rata-rata pelajar kelas Sapphire tak ubah seperti gula yang menarik perhatian semut.
"Eh, Kathy tu bukan ke jam tangan limited edition summer collection? Wow jealousnya!dengar cerita Malaysia tak keluarkan lagi edition tu..." Hanna teruja membelek jam tangan yang terletak elok di pergelangan tangan mulus Katherine.
"Oh my gosh, I love your skin condition! Kathy you must tell us your secret how you got those flawless skin!" Jerit Yaya yang tak mahu kalah dengan topik girly. Dia juga berjiwa feminine!
Hidung mancung dia sudah kembang kempis. Gemar sekali dia mendengar pujian-pujian yang terhala padanya.
Putri yang sedari tadi tidak berganjak dari tempat duduknya,sekalipun tidak memberikan respond.
Malas mahu beramah mesra dengan hantu galah yang telah pun merosakkan mood nya di pagi hari.
'Dari aku sibukkan pasal si pelajar baru tu baik aku buat revision Mod Math untuk kelas Mr.Areef nanti,' desis Putri.
Buku teks setebal alam dibuka. Tangan ligat mencari-cari formula untuk membuat ulangkaji tanpa mengendahkan bunyi bising yang membingitkan telinga.
Ellia yang memerhatikan sahaja gelagat sahabat karibnya yang tekun menekan kalkulator. Dia mengeluh perlahan.
Memang dia sudah lali dengan perangai Putri yang hanya tahu belajar dan belajar sepanjang masa. Ketiadaan guru bukan penghalang untukknya untuk megisi masa dengan belajar. Haish tak boleh dibiarkan ni.
Ellia sudah tekad.
Dia lantas bangun dari tempat duduknya menapak menuju ke meja Putri.
Dah kalau member sendiri jenis yang tak reti nak tinggalkan tempat duduk sendiri,terpaksalah diri ini yang mengorbankan diri,ye tak?
"Oi,Makcik sudah sudah lah tu study.Aku kadang- kala kasihan dekat buku latihan kau" tegur Ellia sambil menepuk perlahan bahu Putri.
Tersentak Putri di buatnya.kus semangat. Nasib dia tidak ada sakit jantung.
Mata bundar coklat cair miliknya mencerlung tajam menjeling Ellia.
"Kau ni memang kan tak suka tengok aku hidup tenang ke?" Soal Putri. Kening diangkat sedikit.
"Memang pun" dengan selamba Ellia membalas.
Keluhan berat dilepaskan.Memang kalau bercakap dengan Ellia ni dia takkan pernah menang.
Dahi Putri berkerut seribu. Aik, sekejap. Untuk seketika, otak geliga Putri berputar laju cuba untuk mencerna kembali ayat Ellia.
"Kenapa kau nak rasa kasihan dekat buku latihan aku?"
Ellia tersenyum senget. Baru sekarang ke makcik ni nak tangkap sindiran aku?
"Sebab kau tu asyiklah berkepit dengan buku.Tak pun kalkulator. Boleh tak beri tumpuan kau tu dekat kitaorang ni,bestfriend kau tau?dapat sikit pun jadilah.Ni tak, benda yang tak bernyawa tulah dia sibukkan",dahi licin Putri dijentik perlahan.
YOU ARE READING
Alexander Elite School: Girl Meets Boy
Teen FictionAlexander Elite School.Sekolah elite yang terbuka kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi lebih dari yang biasa. Berduit itu adalah semestinya wajib kena ada. Kerana itu AES mementingkan imej mereka sebagai sebuah institusi berkaliber y...