"OIII,bangunlah korang"Nak dekat setengah jam Putri mengejutkan dua ekor beruk yang nyenyak sekali dibuai mimpi.
Dia mengeluh berat.
Matahari dah terpacak atas kepala pun masih tak bangun?Parah ni.
Sudah penat dia menggoncangkan tubuh mereka sampaikan lengannya sendiri pun naik lenguh.
Mereka berdua buat apalah sampai penat macam ni sekali?
Nak kata bersengkang mata buat homework,awal-awal lagi diaorang ni dah Sadaqallahul 'Azim tutup buku. Buat projek apalah malam tadi. Omel Putri.
Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.Mata dililaukan memandang keseluruhan bilik Ellia yang luas dan mewah. Kawannya yang seorang itu lebih sukakan rekaan dalaman yang minimalist dan penggunaan perabot berwarna putih kontra sekali dengan berlatarkan dinding warna gelap dan suram.
Pabila ditanya mengapa memilih warna hitam putih jawabnya si Ellia,"Aku nak merasa jadi mistress mafia" dengan muka toya.
Saat itu juga, Putri tertanya-tanya adakah Ellia sudah hilang beberapa skru dalam otaknya?
Putri segera mengehentikan lamuanan dari berpanjangan.
'ish, yang aku ni pun.Menyempat lagi nak usyar bilik orang. Tuan empunya bilik pun masih tak bangun lagi ' getusnya.
Tiba-tiba datang idea bernas. Sesekali jadi jahat takpe kan? Putri mengulum senyuman yang tersembunyi seribu satu makna.
Dengan penuh muslihat, Putri melangkah memasuki bilik air. Sesaat kemudian dia keluar membawa segayung air. Perlahan-lahan dia menapak menuju ke katil Ellia.
Putri mencelupkan kesemua jarinya ke dalam gayung itu.Uish, sejuk!
Dia yang sudah pun mandi masih teringat lagi betapa dia hampir bersilat dalam bilik air Ellia kerana kesejukan tidak terkata. Bukan tiada heater cuma dia lebih terbiasa mandi dengan air sejuk. Biar badannya lebih segar dan tidak berasa mengantuk.
Tanpa sekulmit rasa serba-salah, dia merenjis-renjis air sejuk ke muka kawannya berdua itu sambil menyanyi,
" Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar"Automatik terbangun Ellia dengan muka terkejutnya," huh? Siapa nak kahwin? Wey Putri, kita dah sepakat kan nak bersama selamanya sehidup semati sekubur senanti!" Ujarnya dengan nada yang panik.
Amanda yang terasa renjisan air terpalit je mukanya juga terbangun.
Dalam keadaan yang masih mamai dia bertanya," huh? Ada majls kahwin ke? Mana hidangan buffet? Ada ayam masak merah tak?"
Putri yang sedar tadi hanya menjadi pemerhati di tepi sudah bantai gelak.
Senak perutnya melihat telatah mereka berdua.Tak kering gusi dibuatnya.
"Hah, bangun pun korang. Kalau aku tau plan aku ni efektif, dah lama aku buat sejak pagi tadi. Takdelah buang masa dan tenaga aku" bebel Putri.
Gayung yang telah berbakti kepadanya sudah pun di kembalikan ke tempat asal.
Wajah keliru Ellia yang baru bangun itu bertukar cemberut. Rambut yang kusut masai sudah lama dibiarkan berkerbangan."Alah kau ni Nia. Takleh Kasi chance eh kat kitaorang ni nak bangun lambat? Kan harini cuti"
"Yelah Nia,kalau hari-hari bangun awal macam nak pergi sekolah tu matilah nak" sambung Amanda. Tanpa segan silu dia terus menguap besar.
"Aku memang tak kisah korang nak bangun sampai pukul 12 tengah hari ke apa...tapi siapa yang beria-ria ajak nak pergi shopping semalam?"
YOU ARE READING
Alexander Elite School: Girl Meets Boy
Novela JuvenilAlexander Elite School.Sekolah elite yang terbuka kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi lebih dari yang biasa. Berduit itu adalah semestinya wajib kena ada. Kerana itu AES mementingkan imej mereka sebagai sebuah institusi berkaliber y...