Bab 6

51 11 2
                                    

"SERIUSLAH sampai macam tu sekali?" Terlopong mulut Amanda saat mendengar cerita yang disampaikan penuh dramatik oleh sang penglipur Ellia.

"Iyaa.Takkanlah aku nak kelentong kau?"

Amanda menyepetkan matanya. Jujur dia katakan yang dia takkan percaya apa yang keluar dari mulut Ellia.

"Betul ke semua itu terjadi,Nia?" Amanda menyoal Putri. Jelas sekali yang dia sukar untuk memberikan kepercayaan dekat kawannya yang sorang itu.

Putri menangguk perlahan.

Ellia sudah berdecit kegeraman.Apakah dia tidak boleh dipercayai sampai begitu sekali?

"Tulah kau, lama sangat betapa dekat tandas tu! Kenapalah kau takde saat-saat kami memerlukan back up tadi?" herdik Ellia sambil menunjal dahi Amanda.

Tubuh genit Amanda terdorong ke belakang dek tolakan ganas rakannya.

"Alah aku bukannya sengaja pun nak betapa lama-lama. Dah perut aku buat hal,macam mana nak berkrompomi?"getus Amanda.

Ingat senang ke nak pujuk perut yang meragam?susah tau? Protes Amanda dalam hati.

Putri yang sedari tadi tidak membuka mulut, mulai menjadi orang tengah meredakan situasi.

"Since semua dah tau cerita marilah kita buka buku baru,yang lama tutup. Aku malas nak peningkan kepala dengan benda remeh macam tu. Fokus kita datang sekolah adalah untuk...?"suaranya sengaja dileretkan sambil menjungkitkan keningnya.

"Main!" Sahut Amanda seriang kanak-kanak ribena.

" Cari boyfriend!" Ellia tergelak sendiri dengan jawapannya.Memang taklah nak cari boyfriend.Ni kalau twins tu dengar, kaw kaw  aku kena soal jawab.

"Ish korang ni kan dasar tak makan saman" keluh Putri.

"Aik? Tapi kan saman tu tak boleh makan? Macam mana nak makan saman? Saman tu kan kertas? Kan?" Soalan naif Amanda yang tak ubah seperti pertanyaan budak lima tahun dibalas dengan usapan di kepala.

"Iya nak, aku tau kau tu kecil lagi.Belum mampu nak guna otak tu untuk berfikir. Kasihan" usik Ellia. Tangannya setia mengusap kepala Amanda .

"Hey kau!" Amanda membentak marah. Dia menepis telapak tangan Amanda sambil memucungkan bibir.

Putri memicit kepalanya. Sah lah, silap haribulan dia kena diagnosis dengan penyakit migraine melayan karenah beruk dua ekor dihadapannya.

"Dah,dah korang ni kalau tak gaduh sehari memang tak sah kan?" Putri mengeluh perlahan . Jenuh nak layan karenah mereka berdua.

Masing-masing membuat muka seposen. Ellia membuat isyarat mata dengan Amanda. Seperti mempunyai kuasa telepati, mereka berdua menganggukan kepala tanpa berbicara.

"Alah, kitaorang gaduh-gaduh pun tak sampai tahap terbalik bangunan AES  ni kan,Bat?" Laju Ellia menyiku lengan Amanda.

Amanda menanyangkan sengihan serupa kerang busuk. Tanda dia mengiyakan sahaja statement Ellia.

Putri memutarkan bebola matanya. Ada sahaja jawapan yang diberikan.

"Eh,Nia malam ni jadi kan kau sleepovers dekat rumah aku?" Soal Ellia. Sengaja dia menukar topik baru dengan harapan Putri tidak lagi membebel dekat mereka berdua.

"Eh hallo? Nia je ke kau tanya? Yang aku ni kau palau,asal?"sampuk Amanda. Matanya terjungkil seakan ada laser yang keluar dari panahan mata.

"Iya dengan kau kau sekali. Jadi tak?" Dengan nada ton yang malas, Ellia menyoal kembali.

Alexander Elite School: Girl Meets BoyWhere stories live. Discover now