"AMBOI, kemain eh gelak sampai tak ingat dunia korang ni" jerkah Ellia sambil mencekak pinggang.Terus tawa mereka bertiga berhenti kerana terkejut dengan jerkahan secara tiba-tiba Ellia.
"Tsk, kak kau ni menyibuk lah" Ezekiel berdecit kegeraman. Wajahnya di paling ke tepi sambil memeluk tubuh.
Muka jangan cakap, masam mengalahkan tapai basi!
"Party poopers..." Gumam Elyas.
Senyuman di wajah Ellia terus mati. Mata dia membulat seluasnya memandang kedua-dua remaja lelaki itu. Bertuah punya adik!
"Hold my coke,Bat. Let me teach this brat some manners" lengan baju disisingkan sambil menekan-nekan penumbuk.
Amanda yang menjadi pak turut sudah termangu-mangu di tepi.
Tangannya yang sudah dipenuhi snek berserta buah-buahan makin berat dirasakan bila Ellia menyuruhnya memegang tiga botol air coke yang bersaiz jumbo.
Putri mengekekeh kecil. Dia tidak mahu masuk campur hal keluarga Ellia. Baginya mereka sekadar bergurau kasar.Tiada pertumpahan darah yang akan berlaku pun.
"Bak sini separuh snek tu. Aku tolong pegangkan" pelawa Putri. Kasihan dia lihat kawannya yang sorang ini mengangkut semuanya sendiri.
Dengan senang hatinya Amanda menghulurkan sebahagian besar snek pelbagai rasa dan jenama kepada Putri.
Tangannya sudah mula lenguh. Nasib ada yang nak offer tolong.
"Err, kau rasa hidup lagi ke budak dua orang tu?" Bisik Amanda perlahan dekat Putri yang juga berdiri di sebelahnya.
"Hmm?Siapa?" Soal Putri sedikit bingung.
Tangannya sudah laju membuka plastik snek lalu dengan riangnya dia menyumbat segengam snek rangup itu ke dalam mulut.sedap!
"Ish, Siapa lagi kembar tulah"
"Oh diaorang tu. Ni first time eh kau tengok WWE Ellia vs twins?" Gelak Putri.
"Hah? WWE?" Terlopong mulut Amanda.
Putri menjungkitkan bahunya. " One of the things they usually did whenever they meet each other even in gathering"
"Kau macam dah biasa je dengan diaorang tu,Nia" Tanya Amanda dengan penuh minat.
"Well,it's because we're grown up together" pendek sekali Putri memberikan jawapan. Dia malas nak cerita panjang-panjang.
"Ohh gitu"
Setelah beberapa minit bergelut untuk hidup,akhirnya twins sudah berjaya melepaskan diri dari cengkaman kakak mereka. Habis lebam satu badan mereka dikerjakan oleh Ellia tanpa belas kasihan.
"Dah pergi masuk bilik korang. Korang dah puas kan spend time dengan princess korang?kalau tak puas meh sini akak bagi lagi" gertak Ellia. Tanganya diacukan ke arah mereka.
Penuh berhemat lagi berakhlaknya mereka menggelengkan kepala. Serik sudah.
Dengan muka cemberut masing-masing melangkah pergi meninggalkan Ellia and the geng sebelum lesap memasuki perut lift.
"Dah jom gerak" ajak Ellia.
"Lah, kau pergi lengang kangkong je? Ni Siapa yang nak bawak banyak-banyak ni?"rungut Amanda. Serius, dia tak puas hati. Mana taknya, kemain orang tu kaut semua snek dekat rak pastu alih-alih dia jugak yang kena pegangkan?
Ini betul-betul tidak adil!
"Alah,aku kan tuan rumah. Bagilah aku merasai jadi VVIP " Ellia tergelak kecil.
YOU ARE READING
Alexander Elite School: Girl Meets Boy
Teen FictionAlexander Elite School.Sekolah elite yang terbuka kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi lebih dari yang biasa. Berduit itu adalah semestinya wajib kena ada. Kerana itu AES mementingkan imej mereka sebagai sebuah institusi berkaliber y...