🔗

102 17 7
                                    

"Yoon! Cepatlah bertugas, nanti nak balik pulak!!" bebel Jisoo lalu ke pintu kelas mereka.

"Na A Yoon- eh kau cakap dengan sape?"

A Yoon atau lebih dikenali sebagai Yoon memandang Jisoo. "Ni, orang kat depan ni," di menunjuk ke arah depan.

"Pft! Wei kau kesepian sangat ke sampai bercakap dengan angin? Hahaha!" Jisoo tergelak.

"Kesepian apanya? Ni ada orang kat depan aku lah!" Yoon tetap dengan pendiriannya.

Jisoo ketawa sampai keluar air mata. "Agak agak lah sis~ masalahnya aku tak nampak apa apa kat depan kau. Dah kalau kau nampak sangat, sape kat depan kau ni?"

"Kim Sunoo lah! Ketua pengawas yang korang tergila gilakan sangat tu. Kau tak nampak?" serta merta wajah Jisoo berubah.

"Psst! Weh kau jangan sebut nama dia kuat kuat lah bodoh!" dia tarik Yoon masuk ke dalam.

Yoon menyuruh Sunoo pergi. Sunoo mendapat isyarat itu terus pergi dari kelas mereka sambil menunduk. Matanya sempat menjeling tajam Jisoo. 'Ish! Aku takkan biarkan Yoon dekat dengan pembunuh tu!'

"Lepaskan aku lah Jisoo! Asal kau tiba tiba tarik aku?!"

"Weh kau yang patut diam! Tak baik sebut nama mendiang Sunoo sembarangan!"

Kali ni Yoon pula pelik. "Hah?! Mendiang? Bila pulak crush kau tu jadi arwah?!"

"What?! Tu lah lain kali jangan sibuk belajar je. Kau kena tahu isu semasa sekolah kita. Sunoo dan mati 3 minggu lepas sebab kena bunuh, takkan kau tak tau?!" Jisoo membulatkan matanya.

"Ha? Tapi asal dia datang kat aku baik baik je tadi? Cuma ada lebam kat dahi then luka kat bibir je,"

"Err, mungkin imaginasi kau je kot. Dah cepat kemas kelas, nanti tak balik kita,"

•~•

Setelah keluar kelas, lagi lagi Yoon tersempak dengan Sunoo. Sunoo meletakkan jari di bibirnya tanda senyap, Yoon hanya ikut je arahan Sunoo.

Sunoo datang senyap senyap ke arah Yoon lalu membisikkan sesuatu. "Bagitau kawan kau ni yang kau akan balik sendiri. Aku nak cakap sesuatu dekat kau,"

"Lah kalau aku balik sendiri nanti aku kena culik baru tau! Lagipun apa yang penting sangat?" Yoon tak sengaja meninggikan suara.

"Ha? Kau cakap dengan sape tu Yoon?" tanya Jisoo.

"Takde sape sape pun, aku berangan kot. Kau balik dulu lah eh, aku ada hal. Balik lambat sikit,"

"Ala, baru nak ajak kau ke rumah aku,"

'Ha? Kenapa tiba tiba dia ajak aku pergi rumah dia,'

"Takpe, esok lusa lah eh. Aku kena cepat, bye!" Yoon memecut laju meninggalkan Jisoo sendirian.

👻🔗__________🤍_________🔗👻

DIE OR ALIVE || 김선우 [✓]Where stories live. Discover now