"Sunoo! Kim Sunoo! Mana kau?!" Yoon menjerit jerit di sekitar sekolah sambil mencari keberadaan Sunoo.
Tadi Sunoo elok je duduk dengan dia, tapi lepas dia keluar dari tandas, Sunoo dah hilang. Mujur takde orang dah dekat sekolah.
"Haih, penat lah nak cari Sunoo ni," dia menuju ke loker dan membukanya. Saat dia menutup pintu loker, dia hampir membaling buku yang dibawanya dek kerana dikejutkan oleh makhluk 2 alam ni.
"Terkejut aku!" dia memarahi Sunoo. "Kau pergi mana tadi? Aku cari tak jumpa jumpa,"
Tapi Sunoo senyap. Mulut dibuka tapi tiada suara. "Hey, jawablah soalan aku," Sunoo menggeleng kepalanya.
"Kau dah tak boleh bercakap?" dia mengangguk. Yoon menghela nafas, dia tau masa dia dengan Sunoo dah tak lama.
"Jom balik," Yoon memusingkan badannya dan berjalan sambil menahan tangisnya.
•~•
"Bos!" panggil seorang bodyguard Yoon.
Yoon berjalan ke arahnya. "Korang dah jumpa ke badan Sunoo?" bodyguard tersebut mengangguk.
"Ok arahkan-" kata kata Yoon dipotong oleh bodyguardnya
"Kejap bos, saya nak ambil nafas jap,"
Yoon membiarkannya menghirup udara segar seketika. "Dia masih hidup ke?"
"Ye bos. Sunoo masih hidup tetapi dia dalam keadaan yang lemah dan kritikal,"
"Korang dah bawak dia ke hospital?"
"Tidak bos. Kami diarahkan oleh Tuan Na agar tidak membuat kecoh di tempat awam, Tuan sudah menyewa seorang doktor peribadi,"
"Baiklah, kau boleh beredar. Oh ye, jangan lupa bagitau yang lain kalau saya naikkan gaji korang,"
"Baiklah! Terima kasih bos!" dia terus beredar.
Yoon memandang Sunoo yang masih berusaha untuk menyentuh beberapa barang walaupun hakikatnya ia tetap tidak berjaya.
Yoon juga turut memandang kaki Sunoo. Kakinya sudah hilang dan kawasan pehanya kian pudar.
"Sunoo, diorang dah jumpa badan kau!" Sunoo yang mendengar itu terus pergi ke arah Yoon sambil tersenyum manis.
Yoon faham kalau Sunoo nak tau diorang jumpa badan dia kat mana. "Diorang jumpa kat rumah kau,"
Sunoo menggaru kepalanya yang tak gatal. "Kau lupa ke kita ada Jay, hacker paling kaya sedunia?"
Sunoo baru teringat tentang Jay.
•~•
Hari ni Yoon membawa Sunoo ke suatu tempat. Mereka masuk ke dalam sebuah bilik yang agak mewah dan ada seorang doktor serta jururawat di situ.
"Selamat pagi, doktor," ucap Yoon sambil menunduk 90 darjah.
"Selamat pagi, A Yoon. Kami keluar sebentar ya," lalu doktor dan jururawat itu keluar dari bilik tersebut.
Yoon perlahan lahan mendekati tubuh Sunoo. Dia beralih memandang roh Sunoo yang mengalirkan air mata.
"Dah 2 bulan kau tak jumpa badan kau sendiri. Rindu tak dengan muka hensem kau ni?" tanya Yoon kalu tergelak. Sunoo hanya mencebik.
👻🔗__________🤍_________🔗👻
YOU ARE READING
DIE OR ALIVE || 김선우 [✓]
FanfictionSIRI HORROMANCE (i):- _∞_STUDENT'S SPIRIT_∞_ "Agak agak lah sis~ masalahnya aku tak nampak apa apa kat depan kau. Dah kalau kau nampak sangat, sape kat depan kau ni?" - Jisoo ∆∆∆ "Kim Sunoo lah! Ketua pengawas yang korang tergila gilakan sangat tu...