" Tolong la Lola bang...." Pujuk Lola buat sekian kalinya. Dari malam semalam membawa ke malam ni. Makan malam tadi pun, beria dia masakkan makanan kegemaran Lepat dengan harapan misi bantuannya berjaya Lepat penuhi.
"Payahlah dik. Kau pun tau...".
"Dia kan kawan abang...bukan kawan biasa. Dia dah kategori sehidup semati...sebantal..."
" Ha ah. Sebantal tu memang tak lah. Kami sama-sama di jalan yang lurus ye. Harap maklum. Kena bagitahu awal-awal. Karang kau fikir bukan-bukan pulak."
Lola gelak mengekek. Memang tahu pun, tapi saja nak menyakat sesambil serkap jarang. Lagi pula kawan baik Lepat tu jenis tertutup orangnya. Kawan tak berapa ramai. Manalah tahu kan kalau dahulunya lurus je jalannya sekarang ni dah senget sikit ke. Mencapah ke kiri 30 darjah.
" Plzzz bang. Demi Lola...."
Lepat acah-acah kerutkan kening, memikir. Sejujurnya, dia memang tak yakin yang mamat tu akan sudi tolong hal-hal macam ni. Paling tinggi dia akan bagi cadangan daftar je mana-mana kelas bahasa yang berlambak secara online sekarang ni.
" Kalau abang tolong, boleh ke kau arrange dinner abang dengan Rianna?" soal Lepat sambil jogket kening berkali-kali. Laju je bahu abangnya dilepuk diriingi gelengan panjang.
" Tolonglah. Dia tu taste abang ke? Tak payahlah bang. Dia bukan stok buat bini atau menantu mak kita. Tiap kali dia datang sini, mesti lepas dia balik mak demam. Abang lupa eh?" komen Lola, bersahaja. Pecah tawa kecil Lepat bila Lola ingatkan tentang tu. Ah mana tidaknya, mulut yang tak berhenti tanya itu ini satu hal. Memang tak cukup nafas mak nak jawab soalan dia. Belum kira lagi semangat nak menolong dia yang terlebih tu tapi lebih baik dia duduk diam-diam je bila semua serba tak kena. Tapi itu dululah, zaman sekolah. Sekarang ni, jarang dah Rianna ke mari.
" Dah tu stok apa? Stok ayam? Ikan bilis?"
" Okeylah..okeylah. Setakat nak dinner je kan? Bukan nak jadikan teman sehidup semati. Deal. Itu biasa diatur sebab yang mengatur aktiviti harian dia pun, ini orangnya. Yang depan abang ni. Yang penting, Lola nak abang tolong Lola. Okey?".
" Ini Lepat. Lepat tak kan gagal."
" Yeahhhh...ini semangat yang kita mahu! Lola & Lepat the best!"
***********
" Nope."
Lepat tepuk dahi sendiri. Rasa nak je dia telan balik janji dia semalam. Lepat tak kan gagal ye? Lupa dia agaknya. Yang dekat depan dia sekarang bukan biasa-biasa punya orang. Adli. Macam mana pendek dan jitu namanya macam tulah orangnya. Kalau tak, tak lah.
" Tolonglah aku Lee. Demi adik aku Lola. Kalau dia kena buang kerja, macam mana? Kau tahukan, mak aku dah tak meniaga. Makan duit pencen ayah aku je. Aku pun kerja biasa-biasa je. Harap Lola je lah..."
" Cari kerja lain. Rezeki Allah kan luas."
Lepat dah ketap gigi menahan rasa. Dah dia agak Adli akan respon macam ni.Lepas dia bagi kata dua yang tak perlu bersebab memang akan dia ceramah cukup-cukup apa yang berkaitan.
" Selebiti tu, mesti dia bayar lebih. Masyuk kot Lee. Haa mana tau, lepas ni minah tu rekomen kau dekat member lain ke. Kau juga yang untung."
Adli geleng laju sambil sedut Mocha Caramel dari cawan dihadapannya. Sesekali matanya menerawang ke arah jalan hadapannya yang tak pernah kosong dari kenderaan. Sibuk sentiasa.
" Buat masa ni, gaji aku masih cukup. Aku belum terdesak nak cari duit lebih," dalih Adli lagi.
" Duit kahwin dah cukup? Duit nak pergi umrah ke...haji ke?"
Adli jeling sekilas sebelum meggeleng lagi. Dia nak jadi personal tutor pada hos selebriti? Memang tak lah! Secara personal dia tak kenal pun nama yang Lepat sebutkan tadi. Walaupun bukan semuanya begitu, tapi orang dari bidang itu boleh diagak ragamnya macam mana dan dia tak berminat nak kusutkan kepala untuk layan orang macam tu.
" Lee, tolonglah. Bukan hari tu kau cakap, kau akan tolong aku ke sebagai balasan aku..."
" K..."
" Betul ke huruf yang aku dengar tadi tu? Kau sebut huruf K kan? Bukan L, M, N. K. Betul kan?"
" K"
" Ya Allah Lee. Aku sayang kau dunia akhirat Lee. Dapatlah aku merasa...".
" Hmmmm? Merasa?"
Lepat dah sengih panjang sambil geleng berkali-kali bila tengok kening Adli dah jungkit tinggi.
" Tapi, aku nak jumpa dulu orangnya. Kalau aku rasa okey, proceed. Kalau tak...".
" Janganlah tak pulak. Kau dah cakap K tadi kan?".
" Aku cakap K je. Tak cakap pun okey. Okey chow dulu lah. Kelas aku start pukul 3 ni. Jumpa Ahad ni."
Sengihan Lepat dah sampai ke telinga. K dengan okey tu kira samalah kan? Kira jadilah tu.
Dik, misi berjaya. Ahad ni kasik clear schedule si Rianna tu. Jangan lupa Iphone 13 abang ye wahai adik kesayanganku. Hihihi.
Done!
Telefon dapat, dinner dengan Rianna pun bakal dapat. Sesungguhnya Lepatlah lelaki paling bahagia untuk awal bulan ini. Yieeha!
