Bab 4

22 4 0
                                        


"Awatlah hang pi buat kelaku lagu tu?" rungut Lola sebaik sahaja beg tangan dan buku plannernya di letak atas meja depan televisyen. Laju sahaja kaki melangkah kea rah mesin air, teguk beberapa kali biar lepas kering tekak yang tadinya tak berhenti lagi bebelkan Rianna.

" Hang dah tanya soalan tu empat puluh empat kali sejak kita keluaq dari café tu, Lola. Letih dah aku jawab, perlu ke aku lukih atau rakam suara aku untuk puaskan hati hang?"

Lola berdecit perlahan. Sudah buat salah, ada hati lagi tu nak menjawab. Mujurlah Adli makan dek pujuk. Berjaya jugalah dia masukkan Rianna dalam senarai pelajar VIP Adli dan minggu depan kelas pertama. Tempat pula akan diberitahu kemudian. Kalau dibiarkan Rianna pergi sendiri tadi, dijamin ditolak bulat-bulat permohonan nak belajar tu.

" Ni aku nak tanya, Sir tu mengajaq mana? Sekolah mana? Awat cengey lain macam aku tengok. Mesti belum menikah lagi kan?"

Hampir terhambur keluar air yang baru Lola teguk untuk kesekian kalinya.

" Apa kaitan cengey dengan belum kahwin?"

" Hormon dia tak seimbang sebab tak ada sapa sayang dia. Hati dia keras. Dari gaya cakap dah tau dah. Tegak gitu je. Tak ada konar-konar. Tapi aku suka hat lagu tu. Baru boleh focus belajar. Tak ada masa aku nak layan perasaan ke dia. Dia pun tak ada nak jatuh hati kat aku. Tak gitu?"

Lambat-lambat lepas sel-sel otak berjaya berhubung, barulah gelak besar Lola pecah berdekah-dekah. Sampai ke situ minah ni fikir rupanya! Ada logiknya, tapi yang bercakap tu dan yang mendengar sendiri pun masih bujang. Bukan sama dengan aja ke?

" Tak payah nak pikir jatuh hati ka apa. Fokus hang sekarang adalah, nak kena cepat fish fush fish fushhh. Barulah boleh dilabel sebagai pengacara internasional multinasional gitu. Mana nak tau, lepas ni hang boleh jadi pengacara untuk program yang masuk channel luar negara. Hang masyukkk, aku tumpang dua kaki. Untung-untung boleh kita bermastautin negara orang."

" Kan? Apa barang nak jatuh hati dekat call me Sir tu. Nunn dekat sana ramai lagi orang putih yang aku boleh utgahakan, meramaikan lagi ummah Muhammad. Tak dapat Brad Pitt, yang ada lesung pipit pun jadik!"

"Adli, nama dia Adli."

"Aku tau la tu nama dia.Mana boleh panggey lagu tu. Kena panggil Sir. Hang lupa?"

"Sir tu maksudnya encik atau tuan. Jadi hang panggillah dia Sir Adli."

"Dakkkk... panggil Sir aja. Nanti aku panggil Sir Adli dia marah pula. Hang jangan buat leceh kat aku, Lola. Aku dah serius nak menuntut ilmu ni hang nak sabotaj aku pula," balas Rianna tak mahu kalah. Terangguk-angguk Lola iyakan. Iyalah. Sir pun, Sir lah!


                                              *****************

Hujung minggu seterusnya ditemani Lola yang setia, Rianna ke Taman Tasik Titiwangsa. Masalahnya orang datang situ waktu pagi atau petang tapi dia? Lepas Zohor! Sungguhlah nak mendera dengan matahari tegak atas kepala.

" Motif apa belajaq sini?"

"Dekat sini suasana senyap, sunyi. Awak boleh fokus."

" Kalau nak kira focus, baik dok library. Tasik ni hangat kot! Habih cair foundation, sunscreen bagai la haih."

" Library bukan tempat mengajar tapi belajar. Dan awak... yang beria makeup macam nak pergi dinner dah kenapa?"

Pantas sahaja cermin mini dalam bekas pensil bulu-bulu itu dikeluarkan. Tak cukup dengan cermin, telefon di atas meja dicapai. Elok ja! Tang mana macam nak pergi dinner?

Malu apa, 'Sir' ku?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang