" kejamnya Abg Lie!" luah Lola, perlahan. Sekilas, wajah tergamam Rianna disebelahnya dikerling. Tangan Rianna diraih dan digenggam perlahan sekadar bagi kekuatan supaya tak lemah semangat lepas dengarkan penerangan terlebih jujur dari Lepat tadi.
" Itulah tu, tengok dari rupa Adli tu Kalau semut nak Lalu pun dia bagi semut tu jalan dulu tapi tang mulut dia tu memang payah sikit nak di kawal. Jenis lepas bebas macam burung gitu," luah Lepat sambil mengaduh sakit bila lengan kena siku dengan Lola.
" Kot ye pun, tapis la sikit. Ini tidak..."
"Itulah kan..."
"La cakap pasal abang, bukan abang Lie," pintas Lola. Bibir di ketap geram. Slow pula Lepat Hari ni. Selalunya kembar dia ni Laju ke pickup nya.
"Kejam tapi ada betulnya, La," sahut Rianna perlahan.
"Apa yang betulnya? Dia nak samakan kau dengan Fazura dan Neelofa. Mana boleh! Lain aliran kot. Diaorang tu pelakon. Kau suruh cakap tamil pun diaorang akan cuba juga sampai pandai demi watak yang ditawarkan."
"Tak apalah, aku nak buat lagu mana lagi..."
" Maksud hang?"
" Hang cancel..."
"Tak boleh cheq! Adoii hang ni. Orang sana dah siapkan dokumen bagai. Hujung bulan ni dapat itinery..."
" Lambat lagi nak hujung bulan. Sempat lagi nak Tarik diri dan bagi orang lagi layak pi. Aku ni level Malaysia je, La. Dan yang paling penting, aku ni takat rancangan guna bahasa melayu je boleh..."
" Tapi..."
" Esok biaq aku yang mengadap Encik Rostam. Pandailah aku bagi alasan dekat dia. Aku masuk bilik dulu na, nak packing barang. Lusa kita nak pi Sungai Besar kan? Abang Pat, thank you na. Sudi tolong Anna." Balas Rianna sambil berlalu bangun bawa hati sendiri yang libang libu.
Esoknya, berbekalkan hati yang dah diredakan tiada harapan untuk dia ke red karpet sekali lagi harapan dia disuburkan dengan penolakan alasan dia yang dengan jujurnya tadi mengaku takt ahu berbahasa inggeris.
Ceh! Buat letih je memalukan diri sendiri tapi alasan tetap tak diterima. Kata Encik Rostam, masih ada masa untuk dia latih diri. Lagi pula, dia cuma pengacara Bersama dekat red carpet bukan dipentas Grammy Award tu sendiri jadi tak ada apa yang hendak dimalukan kalaupun tersalah cakap.
Yang pasti, pihak stesen televisyen dan juga pihak sana tetap mahukan dia. Katanya mereka suka tengok gaya dia menerumah dalam slot pendek Plan Apa Tak jadi Hari ni. Randomly tapi nampak natural.
" Gagal."
" Aku dah agak," sahut Lola sambil hulur cawan putih berisi kopi kegemaran Rianna sebelum masing-masing labuh punggung di ruangan bawah bangunan stesetn televisyen itu.
" Depa ada niat nak perdajal aku ke Lola? AKu dah bagitau aku tak pandai speaking, depa mau aku juga."
" Kau ada pakej tu, babe. Kurang tang speaking je. Halaaa susah sangat hang yes, no je nanti. Yang penting, senyum sampai ke telinga. Muka ada manis, hang cakap apa pun orang tak perasan dah. Orang sana sama je dengan orang kita. Asal muka boleh pergi, semuanya helok."
"Gitu ka?"
" Absolutely correction!"
"Ha?"
" Betui la tu," sahut Lola sambil tertawa sendiri.
" Baju dah setel?"
" Emmmm...Rizz Ruz tengah siapkan. Tapi hang jangan risaulah. Mesti letop dan wajib sopan lagi membawa imej Malaysia gitu."
" Jangan dia wat pasai corak bendera Malaysia pula."
" Hoiii hang ingat dia tengah jahit baju untuk perarakan Hari Kebangsaan ka? Apooooo...."
Rianna tergelak kecil sebelum tawanya mati, keluhan dia lepas perlahan. Baju lawa pun, tak syiok rasa kalau tak berjaya deliver elok masa malam tu. Takkan nak duduk saja jadi tunggul, sengih. Yes, no sahaja?
Nak belajar dari youtube? Memanglah boleh. Tapi orang dok kata, belajar tanpa guru ni tak bagus. Umpama belajar dengan syaiton. Huishhhhh, nauzubillah. Tak hingin dia nak jadi pengikut.
Isyhhhhhh. Ke, dia patut tebalkan saja muka minta belajar secara talian sahaja. One to one. Tak payah jumpa. Haaaa...pandai-pandailah nanti guna filter apa-apa, topeng ke kan?
Aha! Bijak! Apa guna filter, kalau tak boleh nak guna?
