Bab 6

22 2 0
                                        


" Kau yakin, tak mau join reunion kita Li?"

Laju Adli menggeleng. Sama laju kopi panas dalam cawan dihirupnya. Terasa lega, lapang fikiran dari kelas yang menyeksa dia tadi.

"orang kata, reunion ni salah satu medium terbaik nak cari jodoh." Pancing Lepat dengan harapan Adli termakan umpannya.

" Sebab itu aku tak pergi pun tak apa sebab aku tak mencari lagi."

Cis! Umpan tak mengena, diri sendiri yang terkena balik. Wajah Adli yang nampak keruh, kening berkerut dipandangnya lama. Apa sajalah yang merungsingkan dia agaknya. Nak kata pasal duit, rasanya itu bukan masalah seorang Adli.

" Kau kenapa? Datang bulan?"

" Aku kena gelak ke macam mana ni?" balas Adli bersahaja, bersahut dek tawa Lepat yang panjang berjela.

"Itulah kan, kadang-kadang orang dok anggap kau ni perfect. Ada rupa, kerja, duit pun bukan masalah kau punya. Tapi bab feel tu, kau kurang banyak. Ada deep hole dalam hati kau...aku tak boleh nak bayang la Lee, kalau aku ditempat kau. Aku dekat tempat aku sekarang ni pun, bila tengok kau rasa macam...haih. Nak tolong, tapi tak tahu nak tolong apa dan macam mana tapi aku kesian."

"Ini cara mengumpat zaman now ke? Depan-depan bagi terus?"

"Kau rasa?"

Adli tarik tangan, berpeluk tubuh sambil buang keluhan. Waktu orang tanya, dia jawab balik dengan soalan memang boleh. Bila dia yang kena mulalah malas nak melayan.

"Okeylah, okeylah. Tutup pasal reunion. Kau tak nak pergi, aku pun tak pergilah macam tu. Tak ada geng!"

"Lahhh...Lola?"

"Kerjalah, apa lagi."

Kerutan dekat dahi Adli buat Lepat rasa teruja. Mana tahu, peluang dia nak dapat Iphone latest masih ada.

" Sebenarnya Lola tu kerja apa?"

" PA cum manager cum bestie..."

"Orang macam tu kau orang jadikan kawan baik? Tak paham aku."

"Kau belum kenal dia lagi Lee. Orang utagha kata, nampak gaya macam loqlaq tapi hati dia tu baik..."

"Peribahasa Robin Hood tu dah lapuk la Pat," pangkah Adli dengan dengusan perlahan. Hati baik katanya? Gaya itu hati baik?

"Peribahasa Robin Hood?"

" Mencuri untuk bantu orang susah. Tak kena. Okey?"

"Jangan gitu, bro. Ni aku nak ingatkan kau peribahasa klise dari zaman berzaman. Jangan benci beria nanti..."

"Tak valid untuk aku. Titik. Okeylah, aku blah dulu. Siap-siap nak bercuti."

" Hoii...bercuti tak...."

Dan ayat lepat tergantung macam tu saja bila ngauman motor Adli sahaja yang tinggal. Bertuah punya member!

*****

" Renovate?"

Lola angguk lesu. Jam dipergelengan tangan Rianna kerling sekilas. Dalam 365 hari, waktu dia ada sini jugalah nak renovate kan? Haihh. Kalau awal lagi, memang dia dah ajak Lola pergi cari mana-mana hotel bajet dekat bandar. Masalahnya dah nak masuk maghrib. Kebetulan sekarang ni cepat gelap. Pukul 7 pun dah gaya macam 8 malam. Jalan area situ pula walaupun ada lampu tapi Lorong kecik. Ada juga karang yang tergolek masuk dalam petak sawah tak pun tali air.

" Hang dah..."

"Dah, ni musim cuti sekolah kan? Majoriti homestay full."

"Awat depa tak habaq awai-awai?"

"Katanya first time terima tempahan team produksi. Mana nak tau pengacara perempuan dan ada staff perempuan datang sama."

"Makeup artist? Depa tak boleh nak pikiaq ka?"

"Izzah tu kan, lelaki," balas Lola dengan sengihan.

Lola berdecit perlahan. Lupa pula dia yang nama sebenar Izzah tu, Izzat. Aduh. Ini gaya memang kena letak review dekat group Review Hotel Malaysia. Biar lepas ni pengusaha homestay terminal tu beringat sikit. Jangan nak ada sales je tapi servis, hampeh! Kalau lagi awal beritahu, boleh lah mereka buat backup plan. Ini tidak, dah sampai sini baru cakap. Tengok dari gambar yang Lola dapat tadi bukan hari ni baru mula renovasi. Paling lama dah seminggu lebih juga gayanya.

" Kita tidoq dalam kereta je la malam ni. Tak pun, tidoq dekat surau,"cadang Rianna dengan keluhan. Dengan badan melekit, letihnya lagi memang tak boleh nak fikir panjang lagi dah. Letak kepala mau lelap teruih ni.

"Gila hang! Aku tak berani. Surau tadi nun sebelah kuboq!"

"Nak takut apa, rumah kita juga tu nanti cuma tak tau lokasi tepat," balas Rianna bersahaja sebelum bahu kena lepuk dengan Lola. Waktu macam ni lah dia nak buat tazkirah maghrib!

"Dah tu, macam mana? Surau tak mau, kereta tak mau. Tepi bendang hang mau dak?"

"Double, triple gila punya idea!" sanggah Lola, separa bengang. Yang bukan-bukan sajalah si Rianna ni punya idea.

"Tidur rumah makcik je lah ye!"

"Ha?" soal Lola dan Rianna serentak. Lola pantas menggeleng. Rianna pula tayang muka blur.

"Rumah makcik kan ada, tak jauh pun Hujung jalan ni je. Makcik pun duduk berdua dengan orang gaji makcik."

Berdua? Dengan orang gaji? Rianna tayang sengih pada Lola tapi laju saja Lola ketap bibir tanda tak setuju dengan sengih 1001 akal Rianna. Tapi untuk seorang Rianna, setakat ketap bibir memang tak makan dek dia. Tanpa segan silu, beria lengan makcik Adah a.k.a owner kilang kerepek yang jadi tempat mereka buat temubual tadi dia paut mesra.

" Betui ka ni makcik? Kami tak mengganggu ka?"

" Betui sangat!"

"Laaa...orang kampung kita ka?"

" Dak aih, arwah laki makcik orang sana."

"Innalillah...beruntung arwah pakcik kan? Sampai laaa makcik masih ingat dan setia dengan loghat dia. Haaa jomlah naik dengan kami naa..makcik." balas Rianna teruja pada Lola yang tayang muka pasrah.

" Tak apa. Makcik naik beskal."

"Dah gelap dah ni makcik. Tinggai sini lah dulu. Esok nak mai balik sini dengan kami pun tak apa."

"Risau hilang."

" Kalau lag utu, Lola...haaa...Lola bawa basikal. Makcik naik dengan saya ya! Jom makcik, jom!"

Dan Lola yang pasrah langsung melengung bila kunci kereta ditangannya laju saja dicapai dek Rianna. Yang tinggal, hanya basikal dengan bakul dihadapan untuk dia bawa. Berkurun kot, dia tak bawa basikal. Inia da juga nanti yang sampai ke hujung jalan ni dia tuntun je basikal.

Bertuah punya Rianna!

Malu apa, 'Sir' ku?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang