" Lambat. Kalau nak belajar, anak murid patutnya tunggu cikgu. Bukan sebaliknya."
Langsung berubah air muka manis Rianna yang dari jauh dah tersengih-sengih bila nampak gerangan yang Lola tunjuk. Muka maneh tapi mulut, urghhh! Tanpa dijemput, punggung dia labuh betul-betul depan cikgu yang Lola dok gebang hebat sangat tu.
" Nak buat lagu mana, jalan jem. Bangsar ni kot!"
Adli tak membalas cuma ekor matanya yang curi jeling kehadapan sebelum dengusan dilepaskan dengan wajah tak puas hati ditayang pada Lola yang masih tersenyum.
" Sori bang. Salah Lola. Lola lupa isi minyak kereta. Tu lambat sikit. Takut kereta mati pula dalam jam tadi."
" Hmmmm...okey. Kali ni, abang maafkan. Tapi lain kali, jangan lewat ye! So, ini Rianna?" soalnya lagi sambil curi pandang sekilas sebelum pandangannya ditala pada Lola yang beria mengangguk.
" Ha ah bang, inilah Rianna."
" Looorr haih. Dah tentu-tentulah kami ni Rianna. Tak kan yang dekat sebelah ni kot. Hangpa tak kenai kami ka? Jangan kata majalah, surat khabaq, blog eh semua apa yang ada lah... ada kami. Tak kenai jugak?"
" Pernah pergi bulan?" soal Adli tiba-tiba.
Rianna pandang Lola, Lola pandang Rianna. Sejenis soalan apakah itu? Laju je lengan Rianna, Lola siku sebagai isyarat untuk respon .
" Pergi bulan belum pernah. Datang bulan, tiap-tiap bulan. Hahahahahahh." Balas Rianna bersahaja sebelum tawanya terhenti bila anak mata lelaki dihadapannya hanya memandang redup sebagai respon jawapannya tadi.
" Tak kena ka? Sorilah. Soalan-soalan berbau sarkasim ni kami malas nak layan. Kami wat boo layan ja. So, bila nak mula belajaq ni? Kami dah semangat ni. Tengok. Siap beli buku nota bulus-bulus pink purple...pen baru. Baju baru je belum beli lagi. Hehehe."
"Saya belum bagi persetujuan lagi..."
Aik? Rianna pandang Lola. Lola geleng tanda takt ahu. Tubuh rianna sandarkan ke kerusi sambil pandang tepat pada wajah bersahaja cikgu belum tentu jadi dihadapannya ini. Juai mahai nampak? Itu masalahnya kalau cikgu muda ada ghupa ni agaknya kan? Tapi kalau cikgu baya-baya Abah, lambat pula ilmu nak meresap. Semangat tak berapa nak tinggi datang kelas.
" Abang Lee...janganlah macam tu," pujuk Lola. Dari rumah lagi dia dah pesan pada Rianna. Sepanjang perjalanan ke sini pun dah puas dia bagi briefing pasal seorang yang bernama Adli ni tapi rasa membazir je air liur bila sampai je sini Rianna dok buat juga perangai gila dia. Aduhhh. Kalau bukan Adli, siapa lagi? Rasanya orang macam Adli je boleh betulkan kesengetan Rianna alang-alang sambil mengajar.
" Abang kata, abang Lee dah setuju."
"Setuju dengan syarat. Abang nak jumpa dulu orangnya," sambung Adli.
" Dah jumpa dah kan? Kami nak minta hangpa ajaq ja, bukan nak suruh jadi suami kami pun. Apa yang dok kalut sangat ni. Nak belajaq pun siap syarat bagai. Bukannya kita minta free. Kita bayaq pa," rungut Rianna sebelum lengannya jadi mangsa cubitan manja Lola. Mencemik wajahnya menahan sakit.
" Nak masuk U pun kena ada syarat Cik Rianna. Bukan main serbu tembok je. "
" Yalah..yalah. Walaupun kami ni takat masuk university nak pi temuramah orang ja, tapi kami tau la bab kelayakan tu. Taka da lah ghau sangat pun. Haa apa lagi syaratnya ni? Habaq ja la."
Adli tegakkan tubuh, tangan disilang. Wajah Rianna di balik kaca mata hitam dipandang tepat dengan wajah serius.Memang taka da yang tersasar langsaung cerita Lepat tentang kawan baik adik di ani. Dia punya kekwat, overconfident dia memang A.
" Yang pertama, call me Sir. Bukan hang pa."
" Sir? Macam poyo je."
" Hmmm?"
" Yes Sir! I, I, Sir!"
Lola disebelah Rianna hampir lepas gelak tapi kerutan dahi Adli buat niatnya terbantut. Dalam hati, dia puji ketegasan Adli bab ini. Biar Rianna ni tahu sikit erti hormat dan Batasan dalam nak berlajar. Tak adalah nanti dia buat perangai gila dia.
" Kedua. No sunglasses. Saya Sir awak, bukan peminat awak. Jadi tak payahlah acah-acah datang fan meeting ke apa."
Laju sahaja kaca mata hitamnya ditolak ke atas kepala dengan kening berkerut. Fan meeting? Apa tu?
" Perjumpaan dengan peminat," sahut Lola.
" Lahhhh. Ingatkan apa tadi. Kami ni, pengacara ja. Bukannya kepop idol nak pen-pen meeting bagai. Alahai Sir ni pun!".
" Ketiga, no phone during class. Wajib flight mode."
" Haaa? Flight mode? Kita nak belajaq dekat mana?"
Lola tepujk dahi berkali-kali. Ya Allah Ya tuhan, apa jadi denkat si Rianna petang ni. Dia punya blur taka gak-agak sungguh. Dia tunjuk terangan.
" Kalau saya suruh silent, nanti awak set vibrate. Sama juga bisingnya. Mengganggu."
" Aaa..okey. Faham. I understand what you talk, Sir. Next?"
" Apa yang nexrnya?"
" Syarat."
"Last but not least, be puntual."
" Apa beza last dengan least?"
" Macam awak dengan Lola. Lola ni terang hati sikit. Awak samar-samar macam dalam jerebu tebal."
" Hah? Apa makna tu?"
Tawa Lola dah berdekah-dekah tak tertahan. Untuk kali pertamanya Adli lah orang yang berjaya patahkan gila dan soalan mengarut Rianna.
" Akan ditambah ikut keadaan semasa."
" Laa, never ending story la macam ni ye? Ada banyak season, lag utu? I no story. Try me."
" Huh?" Kali ini, Adli pula yang tercengang dibuatnya.
" Tak kisah berapa syarat pun Sir nak letak. Yang penting, kami nak pandai cakap inggeris. Kami tak ada syarat nak bagi dekat sir cuma nak bagi amaran je."
"Amaran?" soal Adli. Separuh hati rasa nak ketawa tapi separuh lagi rasa teruja nak tengokkan akal pelajar VVIP dia ni yang nampaknya lagi mencabar nak diajar.
" Kau dah kenapa nak bagi amaran dekat dia perempuan oiii...dia dah setuju nak ajar kau pun dah cukup baik," gumam Lola di tepi telinga Rianna sambil tersengiih segan pada Adli yang nampak terpinga-pinga.
" Amaran? Pada saya?" soal Adli kembali sambil jari ditunjuk pada diri sendiri.
Rianna angguk bersungguh. Perlahan-lahan kaca mata hitam diatas kepala ditarik dan disangkut pada rantai hiasan di dadanya.
" You don't play-play haaa. I am Rianna. Don't fall heart with me. You know what I mean?".
"Allah!" Lola dah tepuk dahi. Adli pula dah tersenyum sendiri menahan tawa.
