BAB 33

153 21 6
                                    

ISNIN

Sara dengan tergesa-gesa menuruni tangga sambil memakai tudungnya, Redha je lah nak jadi rupa apa tudung tu asalkan bertudung!

Abang! orang gi sekolah dulu! Laung Sara dari pintu pagar rumah, biarlah jiran nak dengar pun anggap jelah free alarm! Tanpa menunggu jawapan daripada abangnya Sara terus berlari menuju ke sekolahnya

Aduhh! dah lambatttt...Ucap Sara seraya melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan 7.15 pagi. Ni semua salah si Syafiq, kalau bukan sebab abangnya yang ajak dia teman marathon movie seram semalam sampai pukul 3 pagi mesti dia tak lewat!

Sara ada juga terfikir nak suruh abang dia yang hantarkan ke sekolah, tapi bila tengok gaya abangnya yang macam tidur mati tu dan alarm dari phone dia yang sentiasa berdering setiap 10 minit yang  langsung tidak menggangu tidur dia membuatkan Sara membatalkan niatnya.

Dalam ralit Sara mengutuk abangnya dalam hati, sampai tak sedar yang dia sudah berada di hadapan sekolahnya. Betulah kalau orang mengutuk ni sampai boleh tak ingat dunia, nasib tak terlanggar apa-apa tadi.

Belum sempat Sara melangkah masuk dia ternampak sebuah motorsikal yang sangat dia kenali sedang memecut di jalan bertentangan dengan arah ke sekolahnya

Tu bukan Adriann ke? dia tak gi sekolah ke? Soal Sara seorang diri, minggu lepas pun Adriann dan The Devils jarang berada di sekolah. Takkan minggu ni pun nak ponteng lagi.

Tak boleh jadi ni! Dengan cepat Sara menahan satu teksi yang kebetulan lalu di situ dan terus masuk kedalam kereta itu, takut-takut ada cikgu nampak and ingat yang dia nak ponteng sekolah pulak.

Pakcik! tolong ikut motor warna hitam tu. Arah Sara sambil menunjuk ke arah motor Adriann yang sedang behenti di traffic light seberang jalan sana.

Pakcik teksi itu hanya mengganguk tanda faham dan mula memulas stereng keretanya mengikuti motor hitam itu.

Sara dah bertekad tak kira apa jadi, dia kena tau apa yang diorang buat selama ni sampai kena ponteng sekolah bagai. Dan sebagai seorang maid yang bagus kita kenalah ikut apa yang tuan kita buat kan?

Pakcik tolong bawak laju sikit! motor tu dan jauh dah tu!.. Pinta Sara apabila melihat motor Adriann yang kian menjauh kedepan.

Nak, kereta pakcik ni dah tua, motor tu pulak motorbike....mana lah lepas pakcik nak kejarnya. Jawab pakcik teksi itu.

Hihihi..Sorry pakcik, tapi tolong lajukan sikit yeh, nanti saya bayar lebih. Ucap Sara sambil menunjukkan senyuman manis plus tak bersalahnya

Pakcik itu hanya mengeleng-gelengka namun dia tetap melajukan keretanya kerana mengingatkan muka Sara seperti anak gadisnya dan mungkin juga bayaran lebih yang dijanjikan anak remaja ini. Dasar pakcik!
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah hampir 20 minit mengikuti Adriann akhirnya lelaki itu sudah menunjukkan gaya-gaya untuk behenti apabila dia memperlahankan motornya di sebuah bangunan terpencil di hujung bandar.

Sara pun menyuruh pakcik teksi itu membehentikan keretanya berberapa meter jauh dari motorsikal Adriann, takut-takut Adriann perasan akan kehadirannya.

Terima kasih pakcik, Ucap Sara selepas menghulurkan duit tambang dan dia tidak lupa untuk membayar lebih seperti yang dijanjikan tadi.

Sara melihat sekeliling kawasan itu dan baru dia perasan yang tempat itu adalah tempat yang sama dia pergi bersama abangnya semalam semasa mengikuti Afiq dan Bella.

Kawasan itu agak berbeza dari waktu dia pergi semalam, mungkin kerana masih pagi suasana di situ kurang menakutkan.

Dalam Sara mengamati suasana di sekelilingnya baru dia perasan yang Adriann sudah tiada dan hanya tinggal motorsikalnya yang di parking berdekatan bangunan tadi.

MAID FOR BADBOYSWhere stories live. Discover now