Di tengah hari tepat-tepat waktu matahari berada tegak di atas langit di mana waktu rakyat Malaysia 'takut' untuk keluar. Kelihatan Sara sedang berjalan di laluan pejalan kaki sambil menjinjing beg plastik di kedua-dua belah tangannya hasil dia membeli belah di mini market tadi.
Aduh panasnyaaaaaaa! Keluh Sara, sambil mengelap peluh di dahinya.
feeling-feeling lagi kau kan Sara nak exercise bagai, sekarang penat dapat sunburn pun dapat! Jerit Sara menyalahkan dirinya sendiri, kalau dia tahu akan jadi macam ni baik dia naik grab je tadi.
Kruk...Kruk..
Diamlah perut! sebab kau aku kena berjalan tengah-tengah panas ni tau! Marah Sara sambil menekan-nekan perutnya yang berbunyi itu, kalau tak disebabkan stock makanan di rumahnya habis dan perutnya yang tak habis-habis berbunyi minta di isi dari pagi tadi memang tak dia nak keluar rumah hari ni, sepatutnya dia tengah berguling-guling di katilnya sambil memeluk bantal peluknya memandangkan ini hujung minggu.
Relax Sara Relax, kau merungut pun bukan dapat apa. Makin gelap muka kau adalah, you can do it Sara! for the sake of my face and my future husband! Ucap Sara dengan semangat sebelum menyambung perjalanannya .
10 minutes later...
Finally, sampai! Ucap Sara sambil cuba meneutralkan pernafasannya akibat berlari tadi Punyalah nak cepat sampai, nasib tak jatuh makanan-makanan yang dibelinya tadi.
Eh! kejap... seingat aku tadi, aku sempat kunci pagar sebelum pergi kedai tadi. Ucap Sara bila melihat yang pintu pagarnya terbuka sedikit.
Aku lupa kut. Sambung Sara tanpa berfikir panjang, well sebelum-sebelum ni pun banyak kali juga dia terlupa kunci pagar atau pintu rumah. Syukur tak pernah ada benda buruk yang berlaku kepada Sara sepanjang waktu itu.
Sedang Sara membuka pintu rumahnya dia perasan ada sepasang kasut leather boots berwarna hitam di rak kasutnya. Seingat Sara dia tidak pernah beli leather boots sebelum ni.
Macam kasut lelaki, tapi siapa punya? setahu aku, aku mana pernah bawak lelaki masuk rumah, paling kurang Adrian jemput or hantar aku setakat kat luar pagar je...Astaghfirullah! pasal aku teringatkan laki tu pulak. Ucapnya dalam hati sambil cuba menghilangkan figure Adrian dalam fikirannya.
Takkan pencuri? kalau ya pun, sopan betul pencuri tu sampai nak mencuri pun buka kasut dulu siap susun atas rak kasut lagi. Hebat pencuri zaman sekarang.
Tak tahan bersoal jawab dalam hati, Sara dengan perlahan-lahan membuka kasut dan menuju ke ruang tamu. Dia melihat keliling ruangan itu, tiada tanda-tanda orang pecah masuk. Semuanya sama seperti keadaan dia meninggalkan rumah tadi.
Cawan yang digunakannya pagi tadi masih di atas meja makan, tuala yang dia sidai masih lagi atas sofa, Televisyen yang masih terpasang...
SEKEJAP!
Televisyen terpasang?! Seingat dia eh! tak, memang dia ingat yang dia tidak menonton Televisyen pagi tadi. So macam mana Televisyen tu boleh tiba-tiba terpasang?
Tiba-tiba dia terdengar suara orang sedang ketawa di sofa yang membelakangi dia, Sara dengan berhati-hati mengambil penyapu yang kebetulan berada di sebelahnya dan perlahan-lahan mendekati sofa itu.
Semakin dekat semakin Sara nampak dengan jelas figure seorang lelaki yang sedang terbaring sambil mengiring menghadap televisyen dengan kepala bertongkatkan tangan kirinya sementara tangan kananya menyuap popcorn ke dalam mulutnya.
Bertuah punya pencuri, dia siap makan lagi...memang tak boleh jadi ni...
1
2

YOU ARE READING
MAID FOR BADBOYS
Novela JuvenilMengisahkan tentang seorang perlajar perempuan yang baru berpindah dan disebabkan suatu kejadian dia terpaksa menjadi maid kepada sekumpulan lelaki gangster yang digelar THE DEVILS Dari itu pelbagai masalah dan cabaran yang dilalui oleh gadis itu n...