Adriann duduk termenung memikirkan kata-kata Sara haritu. Entah kenapa dia tidak dapat melupakannya, Jujur dia mengaku semua yang Sara cakap itu betul, tapi entah kenapa dia masih tiada keberanian untuk melupakan kisah silamnya, makin dilupa makin di ingat dalam fikirannya.
Adriann hanya mampu mengeluh memikirkan masalahnya itu,Dia membaringkan diri di atas katil sambil pandangan menghala ke syiling bilik tidurnya. Hari ni dia hanya bermalas malasan di biliknya memandangkan hari ni Ahad.
Adriann membaca setiap mesej yang masuk dalam fonnya, dari semalam dia tidak membuka fon disebabkan fikirannya yang masih kacau. Dia melihat tiada satu pun mesej dari Sara. Dia sedar sejak pergaduhan diorang, Sara langsung tak mencontactnya langsung
Adriann tahu mesti gadis itu marah akan dirinya, Dia mengaku yang selama ini dia salah, dia tak patut tarik Sara kedalam masalahnya sendiri. Tapi disebabkan ego nya dia buat gadis itu terluka.
Adriann meraup mukannya, sungguh pelbagai jenis masalah yang perlu dia tanggung sekarang.
Hah...better aq gi ambik angin kejap..Kata Adriann lalu keluar dari biliknya menuju ke laman belakang rumahnya.
Adriann duduk di salah satu bangku disitu. Dia menyandarkan kepalanya sambil menutup mata menghirup udara ditaman itu, sungguh menyenangkan, untuk seketika dia terlupa akan masalah yang dihadapinya.
Dalam leka Adriann seperti terasa ada seseorang duduk di sampingnya. Dia membuka matanya untuk melihat orang disamping nya
Khai? buat pe kat sini. Soal Adriann pada orang disebelahnya.
Macam ko, nak tenangkan diri. Jawab Khai yang turut menyandarkan kepalanya sambil menutup mata
Adriann yang melihat itu hanya membiarkan dan turut menyambung aktivitinya tadi
Keheningan berlaku seketika diantara dua sahabat itu sebelum Khai membuka suaranya
So....what happen between ko ngn Sara. Soal Khai tanpa membuka matanya
Adriann yang mendengar soalan dari Khai itu membuka mata memandang Sahabatnya
Nothing............. Jawab Adriann
Ko tau Ad, dalam kalangan kita ko yang paling tak pandai menipu. Kata Khai yang sudah membuka matanya sambil memandang Adriann
Adriann hanya tersenyum mendegar ucapan kawannya, memang betul, dia paling tak pandai menipu lagi-lagi dengan kawannya
Aq buat dia marah and menangis... Ucap Adriann lirih sambil pandang kedepan.
Apa yang ko cakap sampai dia menangis? Soal Khai kembali
Aq cakap dia bukan sape-sape untuk campur urusan aq and takde hak untuk cakap aq selfish, Tapi ko tau.. aq memang selfish aq sanggup biarkan orang sekeliling aq terluka disebabkan aq dan aq baru buat seorang gadis yang ambik berat pasal aq pun terluka.. Jawab Adriann lirih.
Khai hanya mampu mengeluh memandang Sahabatnya.
Aq tak cakap ko selfish cuma ko jenis susah untuk move on dengan kisah silam ko, aq nak ko tau, dalam setiap yang berlaku pasti ade hikmah dan sebabnya, ko hanya perlu berlajar untuk redha dan terima takdir ni. ingat bukan semua salah ko..Ucap Khai lembut sambil mengusap bahu Adriann
Adriann hanya mampu menunduk sambil menahan tanggisan yang hampir keluar dari tubir matanya, sudah lama rasanya dia tak menangis sejak kejadian itu
Ingatlah yang tuhan tu maha adil, dia takkan bagi ujian kat hambanya melebihi keupayaan hambanya sendiri. aq nak pesan yang peluang takkan datang dua kali, ko kena pandai menghargai orang-orang sekeliling ko bukan semua orang tak boleh dipercayai ko just perlu buka hati ko untuk terima diorang dan mungkin sebelum ni Allah mengambil seseorang yang bermakna dari ko tapi sekarang Allah pulangkan dengan seseorang yang lagi baik dan istimewa untuk ko. Sambung Khai.
Adriann yang mendengar ayat terakhir dari Khai terus memandang empunya badan dengan pandang keliru.
Maksud kau.....soal Adriann
I don't know, but aq just nk ko tau aq dengan yang lain ada untuk ko we will always support ko, kitaorang sentiasa disisi ko, so ko kena kuat dan pilihlah jalan yang terbaik untuk ko Balas Khai Sambil tersenyum manis.
Adriann yang mendengar itu tidak dapat menahan air matanya, sungguh dia bersyukur dipertemukan dengan kawan-kawan sebaik mereka, entah kenapa perasan bersalah nya semakin menggunung memikirkan yang selama ni dia tidak pernah ambil peduli sangat tentang kawan-kawannya kerana memikirkan masalahnya sahaja.
Dah takyah nangis, buruk giler aq tgk. Sekarang aq nk ko gi rumah Sara and explain everything kat dia. Kata Khai sambil menepuk-nepuk belakang Adriann
Adriann yang mendengar itu terus teringat kepada gadis itu, dia perlu minta maaf, dia taknak kalau gadis itu menghiraukannya lagi lepas ni. Adriann hanya mengganguk mengiyakan Kata-kata Khai dan terus bangun dari tempat duduk menuju ke dalam rumah.
Khai hanya tersenyum nipis sebelum turut masuk kedalam rumah, Dalam tak sedar ada seseorang yang mendengar perbualan mereka berdua dari awal lagi, orang itu turut tersenyum sambil memandang ke arah Adriann.
-----------------------------------------------------------------
Rumah Sara~
Sara duduk diruang tamu sambil bermain handphonenya. Ini dah masuk hari ketiga dia tidak dengar sebarang kabar tentang Adriann dan The Devils yang lain. entah kenapa dia malas untuk contact mereka, mungkin disebabkan dia masih merasa marah dengan Leader mereka itu.
Sara bukannya benci sangat kat Adriann cuma dia rasa terkilan dan kecewa memikirkan Adriann sanggup menekingnya sebegitu rupa. Dan apa yang membuatnya lebih marah mamat tu takde pun usaha nak minta maaf dengannya buktinya sekarang takde satu mesej pun yang dihantar dari Adriann
Ish, dasar tenuk, mesej pun tak telefon pun tak,ego! Marah Sara sambil menghempas telefonnya ke sofa.
Sara hanya bersandar di sofanya sambir memejamkan mata menenagkan fikiran. Selang berberapa minit dia terdengar notification masuk melalui telefonnya. Sara pun mengambil telefonnya untuk melihat gerangan yang memesejnya
Tenuk giler😡 Keluar sekarang, aq ade kat depan rumah ko
Melihat saja mesej yang terpapar di phonenya terus dia melihat kearah cermin tingkapnya, dan memang betul Adriann sedang menunggunya diluar pagar.
Sara pun keluar dari rumahnya dan menuju ke arah Adriann yang setia menunngu di depan pintu pagar.
Ko nak ape datang sini. Soal Sara sambil memandang datar Adriann.
kalau ya pun tak suka aq datang, tolong lah buka pagar ni dulu. Jawab Adriann sambil menyilangkan tangan kedada
Sara hanya memamparkan riak menyampah dia sebelum membuka pintu rumahnya.
Lepas je Sara membuka pintu pagar Adriann terus menarik tangan Sara masuk ke dalam kereta
eh! eh! ko nak buat ape ni lepas lah!! Bentak Sara sambil melepaskn pegangan Adriann tu.. ish tak malu ke pegang tangan Anak dara orang.
Jom ikut aq, aq ada hal nak cakp ngn ko. Kata Adriann yang masih tidak melepaskan tangan Sara.
Kalau ya pun bagi lah aq kunci rumah aq dulu! Kata Sara
Adriann melepaskan tangan Sara menyuruh dia mengunci pintu rumahnya. Sara yang tak berpuas hati itu hanya mendengus sebelum masuk kerumah untuk mengambil kunci rumah dan mengunci rumahnya dan pagar sebelum kembali masuk kedalam kereta Adriann.
Lepas Sara memasuki keretannya, Adriann terus memandu menuju ke suatu tempat
Bersambung~
please vote~🤗

YOU ARE READING
MAID FOR BADBOYS
Fiksi RemajaMengisahkan tentang seorang perlajar perempuan yang baru berpindah dan disebabkan suatu kejadian dia terpaksa menjadi maid kepada sekumpulan lelaki gangster yang digelar THE DEVILS Dari itu pelbagai masalah dan cabaran yang dilalui oleh gadis itu n...