Sambungan bab sebelum ini~
"t...thanks...Ad...Hana janji akan jaga jam ni seperti Hana jaga di sendiri" ucap Hana sambil menahan tanggisannya.
"Ad pegang janji Hana.."
FLASHBACK OFF
Memori-memori bersama Hana terus terbayang di dalam fikiran Adriann, kenangan yang terindah yang akan selalu tersemai di dalam hati Adriann buat selamanya.
ko tahu...selama aku bersama Hana adalah waktu terindah bagi aku, dia selalu disisi aku disaat aku sedih mahupun gembira dan kalau aku rasa down dia selalu ceriakan aku dengan lawak dia, tapi sebenarnya dia tak pandai pun buat lawak tapi bila tengok muka dia yang susah payah buat aku ketawa tu terus buat aku ketawa.... Cerita Adriann sambil tersenyum membayang memorinya bersama Hana.
Sara yang disisinya hanya dia memandang Adriann, melihat senyuman itu,dia tahu betapa lelaki itu sungguh merindui gadis itu.
Dia gadis yang baik dan lemah lembut tapi dia juga seorang yang tegas, dia takkan bagi orang rendah-rendahkan dia dan orang dia sayang, dia gadis yang hebat dan sempurna di mata aku, dia lah gadis pertama yang buat aku jatuh cinta dan ko tahu bertapa gembiranya aku bila dia terima luahan cinta aku,aku rasa aku lah lelaki paling bahagia dalam dunia tu.....hahaha i'm such a kid Ketawa Adriaan mengingatkan betapa gembiranya dia sampai melompat-lompat di tengah-tengah taman waktu itu.
Tapi baru aku sedar yang hidup tidak selalu indah, bila aku tau yang dia curang belakang aku hidup aku tiba-tiba gelap, aku kecewa, aku marah,aku sedih bila orang yang paling aku cinta sanggup buat benda yang terkutuk belakang aku........Luah Adriann sambil menahan tanggisan dia hanya memandang ke tanah, semua memori-memori pahit memenuhi fikiranya
Sara yang melihat Adriann turut berasa simpati melihat bahu Adriann yang bergetar menahan tanggisan, dia tahu yang lelaki ini cukup sengsara
A..Adriann......Panggil Sara
...Ko tahu betapa hancurnya hati aku bila tahu yang dia curang dengan aku dengan cara paling mengaibkan..
Mengaibkan? apa maksud ko? soal Sara sambil mengerutkan keningnya memandang Adriann
Dia...tidur dengan lelaki lain....Jawab Adriann sayu
Sara yang mendengar jawapan dari Adriann terus membulatkan matanya terkejut sambil menutup mulutnya, sungguh dia tak sangka Hana akan buat seperti itu,
bila aku tau benda tu, aku betul-betul rasa dipermainkan, hati aku rasa sakit, sangat sakit...Aku sayang kan dia! aku cinta kan dia! tapi kenapa dia sanggup buat aku macam ni..kenapa...hiks...hiks... apa salah aku Sara...apa salah aku... tanggis Adriann sambil memandang Sara disisinya
Melihat Adriann yang memandangnya dengan pandangan sayu, air matanya yang turut mengalir ke pipi entah kenapa membuatkan hati Sara sakit, baru dia tahu bertapa rapuhnya lelaki didepannya yang selalu bersikap dingin dengan semua orang tapi mempunyai luka yang cukup dalam.
shh..shh... ko tak salah apa-apa, ini semua kententuan tuhan, ko kena redha...Ucap Sara cuba menenagkan Adriann.
kenapa semua benda ni jadi kat aku kenapa! dan kenapa dia kena pergi buat selamanya selepas dia dah sakitkan hati aku dan biar aku hidup penuh dengan penyesalan dan serba salah! kenapa Sara! orang macam aku tak berhak bahagia ke! kenapa aku! ......
ADRIANN! jerit Sara bila melihat lelaki dihadapannya asyik meraung mempersalahkan dirinnya.
....tak semua benda yang kita inginkan dalam dunia ni kita akan dapat dan tak semua yang jadi dalam hidup ini salah kita, tuhan itu maha Adil, DIA takkan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya oleh hambanya. Dan untuk menyelamatkan dari orang yang salah Tuhan telah mematahkan hati ko untuk seketika dan menggantikan dengan kebahagiaan yang tak ternilai kelak.....Luah Sara sambil memandang tulus Adriann
YOU ARE READING
MAID FOR BADBOYS
Teen FictionMengisahkan tentang seorang perlajar perempuan yang baru berpindah dan disebabkan suatu kejadian dia terpaksa menjadi maid kepada sekumpulan lelaki gangster yang digelar THE DEVILS Dari itu pelbagai masalah dan cabaran yang dilalui oleh gadis itu n...