Sara masih memikirkan tentang percakapan mereka petang tadi, entah kenapa dia tidak boleh behenti memikirkan itu dan wajah Adriann selalu terbayang difikirannya, antara rasa sedih,simpati dan mungkin marah,
Ishhh!, pening aq fikir benda ni!. Kesal Sara sambil menghirup air teh ais ditangannya menghilangkan rasa dahaga.
lepas je berjumpa dengan The Devils tadi Sara terus balik ke rumah. Sara sempat membeli makanan di kedai runcit berdekatan disebabkan dia tidak rasa ingin memasak hari ni memikirkan tentang apa yang berlaku hari ni sungguh buat dia pening dan lelah.
Dalam Sara menghirup air teh ais sambil disuapi berberapa cookies di mulut, dia tiba-tiba teringat tentang kejadian berlaku waktu balik sekolah tadi....
FLASHBACK
Sara dalam perjalanan menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang lepas sahaja bertemu dengan The Devils, Dalam perjalanan dia ternampak seorang perempuan yang sedang menunggu di Bus stop
Sara seperti mengenali tubuh perempuan yang sedang membelakanginya itu, dia cuba mendekatkan diri untuk melihat wajahnya
'Bella?' guman Sara terkejut.
ternyata perempuan itu adalah Bella a.k.a sotong darat internasional. Sara semakin pelik, kenapa Bella ada disitu biasanya perempuan tu akan balik awal sekali dengan kawan-kawannya tapi hari ni dia hanya seorang.
'Pahal di buat kat situ? dia tunggu orang ke?' soal Sara dalam hati, Dalam sibuk Sara memerhati Bella tiba-tiba ada sebuah motosikal behenti didepan Bella.
Penunggang itu mencabut helmetnya dari kepala dan menunjukkan muka seorang lelaki yang asing di mata Sara.
'Sape lelaki tu? BF dia ke? tapi buat apa di selalu kacau Adriann kalau dia dah ada BF?' Pelbagai persoalan yang berlunggu di fikiran Sara bila melihat lelaki itu, tapi dia tau yang lelaki itu adalah pelajar sekolah kerana dia mengenakan seragam sekolah. dan lencana di baju itu kelihatan familiar di matanya.
'mak ai siap main cium-cium lagi diorang' terkejut Sara melihat lelaki itu mencium pipi Bella dan dibalas Bella dengan menciup pipi lelaki itu sebelum menaiki motor lelaki itu dan berlalu dari situ
Sara hanya memandang sahaja motor itu berlalu meninggalkan perkarangan sekolah.
END FLASHBACK
Sape laki tu? apa hubungan dia dengan Bella? Soal Sara bila teringat kejadian itu.
Ah!! makin pening aku! banyak betul benda kena fikir baik aq tidur. Kata Sara lalu bangun dari tempat duduk nya dan berlalu ke bilik tidur selepas meletakkan mug dan sisa cookies di dapur.
Keesokan harinya~
Sara dan kawan-kawannya rehat di kantin seperti biasa. Mereka selalu rehat bersama The Devils disebabkan Ayyan yang menyuruh mereka makan bersama-sama dan dipersetujui oleh ahli yang lain.
Tapi dengan keadaan sekarang dimana Sara dan Adriaan yang saling tak bertegur sapa dan Adriann yang senyap makan tanpa menghiraukan Sara sungguh membuat suasana di meja itu canggung.
Aly,Umai dan ahli the Devils yang lain sudah tahu dengan apa yang berlaku antara Sara dan Adriann hanya mampu mengeluh sahaja, entah sampai bila diorang nak macam tu, dah sudah masuk hari ketiga keadaan macam ni berlaku dan takde apa-apa berubah
Ayyan yang sudah tak tahan menghentak meja dengan kuat dan membuat semua yang ada di meja itu terkejut.
Aq dah tak tahan dengan keadaan macam ni! sampai bila kita nak jadi cam ni just disebabkan masalah korang berdua?! Marah Ayyan sambil memandang Sara dan Adriann bersilih ganti.

YOU ARE READING
MAID FOR BADBOYS
Teen FictionMengisahkan tentang seorang perlajar perempuan yang baru berpindah dan disebabkan suatu kejadian dia terpaksa menjadi maid kepada sekumpulan lelaki gangster yang digelar THE DEVILS Dari itu pelbagai masalah dan cabaran yang dilalui oleh gadis itu n...