WAKTU MALAM DI RUMAH THE DEVILS
Kelima-lima ahli The Devils sedang berkumpul di salah sebuah bilik mesyuarat yang tersedia di dalam rumah itu. Mereka sedang membincangkan tentang kejadian yang berlaku di luar sekolah tadi, nampaknya bukan Sara seorang sahaja yang terganggu dengan kehadiran lelaki itu.
Korang rasa kenapa si Afiq tu tiba-tiba muncul depan sekolah kita? Soal Alex setelah sekian lama memikirkan tentang kejadian siang tadi
Entah aku pun tak sure yang pasti aku benci si tak guna tu, dah elok-elok hilang ni tiba-tiba muncul! luah Ayyan yang duduk berhadapan Alex sambil menggempal erat kedua tangannya menahan geram.
Kalau bukan disebabkan kita kat kawasan sekolah dah lama dah aku belasah si tak guna tu! Sambungnya lagi, Ayyan memang benar-benar menyimpan dendan terhadap lelaki itu, sekilas kenangan lama mula menerpa pemikirannya
Relax Ayyan, aku rasa mesti ada sebab kenapa dia tiba-tiba muncul depan kita. Celah Khai disebalahnya.
Maksud kau? soal Alex
Macam yang Ayyan cakap tadi selama ni dia elok-elok hilang and now dia tiba-tiba muncul, I don't think is just a coincidence. Balas Khai sambil membetulkan kacamatanya.
Aku dah agak! dia still nak cari pasal dengan kita, sial betul! Bengang Ayyan sambil menghentak meja dan menyebabkan air kopi di dalam cawannya tertumpah sedikit.
Khai disebelahnya hanya menghela napas dengan sikap baran tak tentu masa kawannya ni, nak marah pun tak guna, sabar jelah. Seketika di memandang ke arah lelaki di depannya yang masih diam termenung di tempat duduknya.
Ad....
Ad...
Ad..
Panggilnya berulang kali namun lelaki di depannya masih lagi hanyut dengan lamunannya, agak-agaknya dah sampai planet mana dia pergi eh
Adriann Lee!! Jeritnya sambil membaling tisu basah bekas air kopi yang di lap Ayyan tadi kepada Adriann
Huh?!......mende ni Khai main lempar-lempar tisu, basah pulak tu! Marah Adriann sambil mengambil tisu basah yang terlekat di pipinya dan melemparnya kembali ke arah Alex namun sempat di elak empunya badan
Kau tu, dari tadi Khai panggil tak dengar, khusyuk sangat ko termenung tadi sambil berkerut-kerut kening kau aku tengok. Soal Alex di sebelahnya,
Ha!..mesti ko tengah fikirkan Sara kan! Ujar Ayyan sambil terangkat-angkat keningnya dan dibalas dengan renungan tajam dari sang empunya badan.
Kau teringatkan tentang kejadian dulu ke..Celah Khai sambil menghirup kopinya tanpa memandang ke arah Adriann.
Adriann hanya diam mendengar ucapan Khai, memang betul dia tengah teringat kejadian dulu di mana Tengku Afiq masih menjadi ahli The Devils dan juga perbuatan lelaki itu kepadannya yang membuatkan dia terpaksa digantung sekolah.
Entah kenapa sejak pertemuan dengan lelaki itu hatinya tidak tenang dan kejadian-kejadian silam sering terlintas di mindanya.
Melihat Adriann kian membisu cukup menjawab pertanyaannya, lelaki itu masih di hantui dengan kisah-kisah silamnya.
Jangan lah fikir sangat, benda dah lepas, kau fikir banyak kali pun benda tu still tak boleh ubah, Ujar Khai sambil memandang sahabat di depannya.
Betul tu bro, sekarang better ko fokus tentang apa yang jadi sekarang dan orang di sekeliling kau itu lebih penting. Sambung Alex sambil menepuk-nepuk pundak Adriann di sebelahnya memberi semangat.

YOU ARE READING
MAID FOR BADBOYS
Teen FictionMengisahkan tentang seorang perlajar perempuan yang baru berpindah dan disebabkan suatu kejadian dia terpaksa menjadi maid kepada sekumpulan lelaki gangster yang digelar THE DEVILS Dari itu pelbagai masalah dan cabaran yang dilalui oleh gadis itu n...