Mata dibuka dan dikerdipkan berulang ulang kali. Badan terasa lenguh. Dia melihat ke kiri dan kanan sebelum menoleh ke jam yang terpapar luas di dinding. 6.50 pagi. Dia bangun dari pembaringan mengumpuli nyawa dan data ke otak. Setelah mendapatkan dia turun dari katil mengambil tuala untuk membersihkan diri.15 minit berlalu dia keluar dari bilik mandi sambil mengelap rambut yang basah dengan tuala kecil. Dompet di meja diambil dan dilihat. Masih banyak lagi wang yang perlu dicari jika hendak meneruskan hidup walaupun dia sudah memiliki wang yang banyak.
"Dean..."teguran yang mematikan lamunannya. Gadis dihadapannya menggosok mata perlahan terpisat pisat bangun. Rambut sedikit serabut tetapi tidak terlalu.
"Dean nak pergi mana?"tanya gadis itu dengan wajah polos. Pijama yang dipakai menampakkan lagi kecomelan.
"Buka cafe."jawabnya ringkas dan perlahan.
"Nak ikut...."ujarnya. Matanya terus segar. Apa sahaja yang berkaitan dengan Deane Rachel pasti akan membuatnya bahagia.
"Kau tak ada kelas ke?"soal Dean memandang wajah Aria yang sedang berdiri dihadapannya.
Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya tanda tiada.
"Hurmm."hanya itu yang keluar dari mulut Dean. Dia menyarung sweat shirt berwarna hitam ke tubuhnya.
Aria terus mengambil tualanya dan segera mandi supaya Dean tidak meninggalkannya.
Dean tertawa dengan telatah gadis kecil itu. Tidak tahu mengapa hatinya rasa berbunga melihat gadis itu pada pagi ini.
Tidak lama kemudian dia melihat Aria sudah keluar dari bilik air dan mencari pakaian yang sesuai untuk dipakainya.
"Aku tunggu dekat bawah."kata Dean berjalan mengorak langkah.
"Aria nak turun dengan Dean."katanya dengan wajahnya yang polos.
(Stop making that face. You make me..ahh gosh.)jerit Dean dalam hati.
"5 minutes. Quickly."kata Dean kembali duduk di kerusi.
Aria senyum kemenangan. Dia cepat cepat siap menghias sedikit wajahnya dengan bedak dan sedikit lip tint di bibir.
(Aria Outfit)
YOU ARE READING
FORBIDDEN LOVE [ON GOING]
Short Story*NOTED* Untuk pertama sekali cerita ni lain dari cerita yang saya buat dari sebelum ini... Jadi kepada sesiapa yang tidak suka jangan la baca...dan kepada yang baca dan support cerita saya...terima kasih ye Aria Hazel gadis bertubuh kecil tidak terl...