Chap 10 (Itoshiteru..)

171 9 3
                                    

Dean mengalamun jauh sehingga lamunannya dimatikan oleh Ivy. Mana tidaknya dia hampir saja menumpahkan susu yang dituang ke dalam cawan.

"Are you alright Dean?"soal Ivy dengan wajah yang berkerut. Dia pelik beberapa hari ini Dean kerap mengelamun.

"Yeah.."jawab Dean teragak agak.

"If you want to share just find me okay."kata Ivy lagi. Dia tahu pasti ada yang mengganggu fikiran sahabatnya itu.

"Yeah.. don't worry. Im good."kata Dean sambil menayangkan sedikit senyuman.
Benar sejak dia dan Aria bertengkar sebulan lepas dia kerap mengelamun. Dia juga banyak menghabiskan masa diluar dorm untuk mengelak dari bertemu dengan gadis itu. Bukan itu sahaja dia juga sudah lama tidak pulang ke dorm. Dia menginap di rumah Ivy. Alasan mengapa dia mengelak, dia juga tidak tahu.

Dia memicit pelipisnya. Kepalanya sedikit sakit. Ini mungkin kerana dia kurang tidur kerana sibuk akan kerja. Apabila tiada kelas dia akan membuat kerja untuk mendapatkan wang.

Pranggg!!

"Haish!!"marah Dean pada diri sendiri. Minggu ini saja dia sudah memecahkan lima cawan. Kaca yang bertaburan dikutip.

Ivy yang dengar bunyi pecahan kaca terus berlari ke dapur.

"Dean...kenapa ni?"soal Ivy. Jelas wajahnya risau.

"No, I'm good just aku mengelamun tadi. I'm so sorry Ivy. About this mug..kau tolak je gaji aku ganti bayar mug yang aku dah pecahkan."kata Dean masih cuba mengelak dari terus ditanya.

"Deane Rachel listen to me. Take a rest in a restroom."arah Ivy sambil mengutip kaca yang bertaburan.

"No. I don't need a break. Let's me clean this."tolak Dean masih lagi ingin mengutip kaca kaca yang ada.

"Aku kata pergi rehat. Stop doing this. Kau nak pecahkan lagi ke cawan cawan cafe ni."arah Ivy sedikit kuat suaranya. Dia tidak marah cuma geram dengan sikap degil Dean.

Akhirnya Dean mengalah dan beredar ke bilik rehat. Tidak tahu apa yang membuainya tapi kini dia sudah lena dia atas sofa kecil dibilik itu.

Sementara di dorm Aria mundar mandir resah memikirkan sesuatu. Rambutnya yang kemas disepit tadi sudah berantakan.

Dia menampar beberapa kali mulut.

"Mulut tu lancang sangat...."katanya geram pada diri sendiri.

"Kau ni mulut..kenapa kau cakap kau benci dia."omelnya sendiri.

"Sekarang ni dia betul betul dah benci kau...huaaaaa...kau la ni mulut..jahat.."bebelnya sambil menghentak hentakkan kaki.

"Aku sayang dia lagi tau..ni semua salah kau..kau tengok sebab kau, dia dah tak balik dorm lagi"katanya menepuk mulutnya lagi.

Dia berhenti sejenak. Dia memandang katil kosong dihadapannya.

'dia tak akan balik lagi ke?'soalnya dalam hati. Cecair panas mengalir di pipi. Rasa sedih menghurung diri.

Dia merasa sunyi. Di kolej apabila terserempak dengan Dean. Gadis itu seolah tidak mengenal dirinya bahkan selalu menjauhinya.

Mungkin benar. Dean memang sudah benci dengan dirinya. Kebelakangan ini dia tidak nampak lagi Dean. Kekadang juga dia pergi ke cafe mencari Dean tapi mesti gadis bermata helang itu tiada. Yang ada cuma Ivy. Mungkin memang Dean sedang mengelak dari bertemu dengan dirinya.

Dia merungut. Kaki menghampiri katil kosong itu lalu melabuhkan punggungnya di kerusi bawah katil itu. Lama berdiam membuatkan mata Aria memberat. Akhirnya gadis itu tidur dalam keadaan duduk sambil menyandarkan kepalanya ke dinding.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now